Monday, May 12, 2014

Batal Hudud Semalam, Sebab Dia Nak Sembah Lim Guan Eng Hari Ini


Semalam sudah kecoh satu Malaysia apabila Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengeluarkan satu pengumuman media yang PAS menangguhkan atau lebih tepat lagi membatalkan terus keinginan untuk melaksanakan hudud. Walaupun cuba menjadikan Jawatankuasa Teknikal Hudud yang menggabungkan Kerajaan Persekutuan dengan PAS Pusat sebagai kambing hitam, lebih ramai yang melihat tekanan daripada DAP adalah punca sebenar Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan tersebut.

Pengumuman pada saat-saat akhir itu sebenarnya dibuat untuk memudahkan DAP mengharungi dua PRK iaitu di Bukit Gelugor dan Teluk Intan. Pengumuman itu juga akan dijadikan modal oleh DAP untuk memantapkan lagi tuduhan mereka bahawa hudud adalah rekayasa UMNO dan PAS telah terperangkap dengan permainan UMNO walaupun sebenarnya hudud adalah senjata politik PAS selama ini.

Hari ini, ketika penamaan calon di Dewan Sri Pinang, Presiden PAS itu seperti diduga, muncul untuk memberikan sokongan kepada calon DAP, Ramkarpal Singh, anak lelaki Karpal Singh yang terlibat dalam kemalangan lebuhraya bersama-sama bapanya, tetapi hanya bapanya dan pembantu peribadi bapanya sahaja yang terbunuh. Sedangkan dia pula terselamat bersama-sama pemandu kenderaan serba guna yang khabarnya telah pun diterbangkan balik ke India serta-merta selepas kemalangan maut tersebut.

Maka benarlah seperti yang diperkatakan. Hadi Awang dan PAS sebenarnya tidak lebih daripada macai upahan DAP untuk mendapatkan undi Melayu bagi pihak DAP semata-mata. Hadi Awang dan PAS telah dilacurkan oleh DAP dengan menggunakan isu-isu agama dan akidah demi memastikan Malaysia berada di bawah penjajahan chauvinisme tegar yang sudah pun bersumpah untuk menjadikan Malaysia sebagai NEGARA KRISTIAN dengan DAP menyediakan PERDANA MENTERI BERAGAMA KRISTIAN yang pertama di negara ini!! 

No comments:

Post a Comment