Menjelang PRK Bukit
Gelugor dan PRK Teluk Intan yang ditandingi oleh calon-calon dari DAP,
kesempatan tersebut telah digunakan oleh Lembaga Pengelola Sekolah SMJK Pulau
Sebang, Melaka untuk membuat satu demonstrasi menentang Kementerian Pelajaran
dan guru-guru Melayu.
Demonstrasi tersebut telah
dibuat dari jam 6:00 pagi tadi sehingga jam 7:00 pagi di hadapan SMJK Pulau
sebang berhubung isu Guru Penolong Kanan (GPK) 1 yang bukan dari aliran Cina
ditugaskan di sekolah berkenaan. Bantahan dianjurkan oleh Lembaga Pengelola Sekolah
(LPS) SMJK yang diketuai oleh LEE KHEE YOON, Pengerusi LPS SMJK Pulau Sebang.
LEE KHEE YOON merupakan
salah seorang pemimpin DAP tempatan.
Bantahan tersebut telah
dihadiri seramai lebih kurang 30 orang Cina. Antara yang dikenali termasuklah:
(1) YANG YIN CHONG -
Pengerusi Dong Zhong Negeri Melaka
(2) LIM MENG KING -
Setiausaha Dong Zhong Negeri Melaka
(3) LEE YON HUA - Presiden
Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Malaysia.
(4) KHOO PAOY TIONG
- ADUN Ayer Keroh
(5) GINIE LIM SIEW LIN -
Naib Ketua PKR Cabang Alor Gajah
(6) VEERAPAN A/L
SUPARMANIAM - ADUN Repah
Dalam tunjuk perasaan itu,
kumpulan terbabit telah menaikkan dua sepanduk besar berukuran 2x6 kaki yang
mengandungi tulisan dwi-bahasa iaitu Cina dan Melayu. Antara isi kandungan kain
rentang tersebut adalah:
(a) KAMI MEMBANTAH GUU
YANG TIDAK BERKELAYAKAN BAHASA CINA SEBAGAI GURU PENOLONG KANAN 1 SMJK PULAU
SEBANG.
(b) TETAP MEMBANTAH
JABATAN PELAJARAN NEGERI MEAKA MENGHANTAR SEORANG GURU PENOLONG KANAN 1 YANG
TIDAK MEMPUNYAI ALIRAN CINA KE SMJK PULAU SEBANG.
Pengerusi Dong Zhong
Negeri Melaka, Yan Yin Chong dalam ucapannya berkata, apa yang mereka lakukan
adalah mempertahankan hak sekolah tersebut dan hanya menuntut agar guru yang
beraliran Cina sahaja dibenarkan bertugas di sekolah berkenaan. Dia juga
mendakwa, SMJK Pulau Sebang merupakan sekolah Cina TETAPI TELAH DIJAJAH oleh
Melayu memandangkan 60% daripada guru-guru di sekolah tersebut adalah guru-guru
Melayu.
Menurutnya lagi,
disebabkan lebih ramai guru Melayu di sekolah itu, maka seluruh warisan,
pendidikan dan kebudayaan serta kesenian orang Cina telah terhakis secara
perlahan-lahan. Bukan itu sahaja, Kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran
mempunyai niat jahat untuk menghapuskan Cina dan seluruh sistem pendidikan Cina
apabila secara beransur-ansur menjadikan sekolah-sekolah Cina sebagai sekolah
campuran.
Pendapat Pengerusi Dong
Zhong Melaka itu dipersetujui oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah SMJK
Pulau Sebang, Lee Khee Yoon yang berkata, LPS SMJK Pulau Sebang berpendirian,
Jabatan Pelajaran Negeri Melaka seharusnya akur dengan tuntutan mereka agar
dihantar seorang Guru Penolong Kanan 1 yang beraliran Cina.
Manakala Lee Yoon Hua pula
berkata, sekolah-sekolah Cina perlu dipertahankan kerana wujud perjanjian
semenjak tahun 1961 manakala demonstrasi yang dilakukan pagi tadi, tidak
mempunyai sebarang maksud politik mahupun bertujuan perkauman walaupun yang
dinyatakan adalah hak-hak Cina dan tentangan terhadap guru-guru Melayu. Malah
dia turut menggesa agar orang Melayu turut bangun menentang dan mempertahankan
hak-hak sekolah Cina.
Sependapat dengan
Pengerusi Dong Zhong Melaka, Pengerusi Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan
Malaysia itu juga kecewa kerana Kementerian Pelajaran telah beransur-ansur
menjadikan SJKC sebagai sekolah campuran.
Hari ini, jam 7:40 pagi
tadi, Pengetua Sekolah SMJK Pulau Sebang, TEE KIM THIENG telah mengadakan
pertemuan dengan semua guru-guru sekolah. Dalam pertemuan tersebut, Pengetua
yang bimbang peruntukan daripada Kementerian Pelajaran disekat, telah memaklumkan
bahawa sekolah tidak akan turut serta atau terlibat dengan bantahan Lembaga
Pengelola Sekolah di luar pintu pagar sekolah. Sebaliknya, menurut pengetua itu
lagi, sebagai penjawat awam, mereka seharusnya mengikut segala perancangan yang
ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Pertemuan itu turut
dihadiri oleh Cikgu Md. Nor bin Md. Yusof yang dibantah oleh Lembaga Pengelola
Sekolah.
No comments:
Post a Comment