Kalau mahu cerita dah kalah masih tetap di calunkan, tu tu ... pambangkang kan ramai macam gitu. Macam Khalid Samd tu pun berkali-kali bertanding dan kalah tapi akhirnya menang. Tan Sri Anuar Musa pun lebih dua kali kalah malah menang kalah menang kalah ... akhirnya menang balik.
Isunya adakah calun itu sesuai dengan tepat, masa dan situasi? Bagi yang tak tahu, cuba cari sebab apa. Agak-agak kalau letak Dato Saifuddin Abdullah boleh menang ke sini???
Latarbelakang Dato Mah adalah berikut:
Calon BN bagi PRK Parlimen P076 Teluk Intan:
Dato' Mah Siew Kiong.
Umur 53 tahun. Berkeluarga.
Lahir di Teluk Intan.
Kelulusan:
BSc London School of Economics 1981.
MBA City Uni London 1982.
LLB Uni of East London 1991.
Jawatan dlm Parti:
Presiden Parti GERAKAN sejak Okt 2013.
Pernah jadi CWC, Ketua Pemuda, Naib Presiden & SU Agong Parti GERAKAN.
Ketua Bhg GERAKAN Teluk Intan sejak 2003.
Pengalaman sbg Wakil Rakyat:
ADUN Pasir Berdamar 1995.
MP Teluk Intan 1999-2008.
Pengalaman dlm Kabinet:
Timb Menteri MITI 2004-06.
Timb Menteri MOA 2006-08.
Pendidikan? Ada
Pengalaman? Ada
Pencapaian? Ada
Dah berjasa? Ada
Kewibawaan? Ada
Tanya kenapa dia kalah pada tahun 2008 dan 2012? Kenapa dia sesuai sekarang? Adakah calun lain yang lebih sesuai?
Cayalah ... ada sebab dia sesuai sekarang. Ini tak ada cerita kroni ke atau power play ke atau isu dalaman ke.
The Unspinners
No comments:
Post a Comment