Sekali
imbas, gambar ini memberikan persepsi yang sangat buruk kepada Dyana
Sofya terutama di kalangan pengundi-pengundi Melayu.
Namun siasatan mendapati, gambar ini bermula dari puak yang kuat mempropagandakan DAP dan Pakatan Rakyat.
Justeru, penyebaran gambar ini sebenarnya adalah untuk memerangkap cytro pro-BN terutama yang gopoh untuk mendapatkan ranking dan kemasukan ramai pembaca yang tanpa usul periksa menyatakan Dyana Sofya melakukan kesalahan.
Kalau diperhatikan betul-betul, gambar tersebut adalah palsu terutama sekali pada bahagian 'KEPALA ANJING BADAN KUCING' yang didakap oleh Dyana Sofya. Kenapa anjing?
Sebab anjing adalah haiwan taboo dalam masyarakat Melayu moden. Sasaran gambar ini adalah untuk memberitahu masyarakat pengundi Melayu bahawa UMNO dan BN gemar memainkan isu fitnah dengan bukti penyebaran gambar ini.
Propa pro-DAP tak menjadi kali ini. Belang dah diketahui dan sumber pun sudah terdedah.
Sumber : Theflyingkick
No comments:
Post a Comment