Bila
kita kita baca dari akhbar Berita Harian mengenai pengumuman kenaikan
caj elektrik tentu timbul perasaan 'meluat' dan marah kepada
kerajaan. Apatah lagi sekarang kita di sumbat dengan pelbagai berita
yang 'panas'...
Berita
dari Utusan lebih bertanggungjawab.
Datuk
Seri Najib Tun Razak mahu mutu perkhidmatan Tenaga Nasional Berhad
(TNB) khususnya dalam pembekalan tenaga elektrik kepada pengguna
ditingkatkan dari semasa ke semasa, bersesuaian dengan kenaikan tarif
elektrik sejak Januari lalu.
Malah
Perdana Menteri melihat tiada maknanya tarif elektrik dinaikkan jika
masih terdapat gangguan bekalan elektrik yang akhirnya akan
mengakibatkan beliau selaku ketua kerajaan merasai bahang
'kemarahan' rakyat.
Kadar
tarif elektrik akan kekal seperti kebiasaan seperti sebelum ini dan
tidak ada sebarang kenaikan yang di umumkan oleh TNB mahupun YAB
Perdana Menteri.
Datuk
Seri Najib Tun Razak di laporkan hadir ke majlis perhimpunan warga
kerja TNB sempena Hari Pekerja 2014 di Kompleks Sukan TNB, Kuala
Lumpur semalam.
Dalam
ucapannya , beliau mengingatkan kepada pihak TNB dan seluruh
kakitangannya supaya memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada
pengguna khususnya dalam pembekalan tenaga elektrik dari masa ke
semasa bersesuaian dengan kenaikan tarif elektrik sejak Januari lalu.
Memetik
kenyataannya daripada utusan online, Perdana Menteri melihat tiada
maknanya tarif elektrik dinaikkan jika masih terdapat gangguan
bekalan elektrik yang akhirnya akan mengakibatkan beliau selaku ketua
kerajaan merasai bahang 'kemarahan' rakyat.
Oleh
itu, katanya, TNB perlu komited terhadap enam bidang keberhasilan
utama yang telah digariskan oleh syarikat milik kerajaan (GLC)
berkenaan iaitu:
*
Menambah baik hubungan dengan pihak kawal selia;
*
Melangkaui kepuasan pelanggan;
*
Mengurus kos dan operasi secara efisien;
*
Meluaskan bisnes baharu;
*
Mentransformasi organisasi;
*
Memperkukuhkan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).
"Apabila
naik tarif, saya sendiri yang menerima bahangnya sebagai ketua
kerajaan. Sebabnya, tiada siapa suka tarif elektrik naik. Tetapi jika
tidak naik, TNB akan mengalami kerugian. Kalau rugi, kita terpaksa
menggunakan wang rakyat untuk subsidi TNB. Bukan nak bebankan rakyat
tetapi realitinya kita tiada pilihan.
"Kalau
ambil duit rakyat dan beri kepada TNB, kita tak boleh buat
pembangunan untuk rakyat. Sebab itu kalau naikkan tarif, mesti ada
justifikasinya. Jika tak, TNB akan jadi organisasi defisit, saham
jatuh, gaji tak boleh naik. Dan demikian, warga kerja TNB mempunyai
tugas menjamin bekalan elektrik yang terbaik. Apa guna menaikkan
tarif kalau masih terdapat gangguan sana sini," katanya.
Dalam
masa yang sama sebagai kerajaan, sudah pasti apa yang menjadi
keutamaan adalah memastikan bekalan elektrik berada pada tahap
terbaik bagi menambah keyakinan rakyat termasuk pelabur asing.
"Kepuasan
kepada rakyat, sudah tentu (mendapat) bekalan elektrik kepada isi
rumah pada setiap waktu, kepada industri, kalau putus bekalan
elektrik ini akan menyebabkan ramai mengalami kerugian besar.
"Pelabur
tak akan melabur jika bekalan elektrik tidak bagus. Pertumbuhan
ekonomi akan terjejas. Nak kejar negara maju, mungkin tinggal impian
jika tak pastikan asas iaitu bekalan elektrik yang terjamin. Kita
mesti lakukan tambah baik," kata Perdana Menteri.
Secara
jujurnya YAB Perdana Menteri menekankan kepada seluruh keluarga TNB
supaya komited terhadap tugas dan tanggungjawab masing-masing agar
ianya tidak menjadi masalah bukan sahaja kepada kerajaan tetapi juga
kepada rakyat di akar umbi.
Keselesaan
rakyat menjadi intipati utama ucapan beliau selain daripada
memastikan mutu perkhidmatan TNB di pertingkatkan sejajar dengan
kenaikan tarif elektrik sebelum ini.
Tidak
ada sebarang pengumuman kenaikan tarif elektrik seperti mana yang di
gembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu melainkan cubaan mereka
yang cuba menghasut rakyat agar terus membenci kerajaan.
No comments:
Post a Comment