Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, May 17, 2014

CAJ ELEKTRIK NAIK : Berita Dari Akhbar Utusan Lebih Profesional Dari Berita Harian.


Bila kita kita baca dari akhbar Berita Harian mengenai pengumuman kenaikan caj elektrik tentu timbul perasaan 'meluat' dan marah kepada kerajaan. Apatah lagi sekarang kita di sumbat dengan pelbagai berita yang 'panas'...

Berita dari Utusan lebih bertanggungjawab.

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mutu perkhidmatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) khususnya dalam pembekalan tenaga elektrik kepada pengguna ditingkatkan dari semasa ke semasa, bersesuaian dengan kenaikan tarif elektrik sejak Januari lalu.

Malah Perdana Menteri melihat tiada maknanya tarif elektrik dinaikkan jika masih terdapat gangguan bekalan elektrik yang akhirnya akan mengakibatkan beliau selaku ketua kerajaan merasai bahang 'kemarahan' rakyat.

Kadar tarif elektrik akan kekal seperti kebiasaan seperti sebelum ini dan tidak ada sebarang kenaikan yang di umumkan oleh TNB mahupun YAB Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak di laporkan hadir ke majlis perhimpunan warga kerja TNB sempena Hari Pekerja 2014 di Kompleks Sukan TNB, Kuala Lumpur semalam.


Dalam ucapannya , beliau mengingatkan kepada pihak TNB dan seluruh kakitangannya supaya memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna khususnya dalam pembekalan tenaga elektrik dari masa ke semasa bersesuaian dengan kenaikan tarif elektrik sejak Januari lalu.

Memetik kenyataannya daripada utusan online, Perdana Menteri melihat tiada maknanya tarif elektrik dinaikkan jika masih terdapat gangguan bekalan elektrik yang akhirnya akan mengakibatkan beliau selaku ketua kerajaan merasai bahang 'kemarahan' rakyat.

Oleh itu, katanya, TNB perlu komited terhadap enam bidang keberhasilan utama yang telah digariskan oleh syarikat milik kerajaan (GLC) berkenaan iaitu:

* Menambah baik hubungan dengan pihak kawal selia;

* Melangkaui kepuasan pelanggan;

* Mengurus kos dan operasi secara efisien;

* Meluaskan bisnes baharu;

* Mentransformasi organisasi;

* Memperkukuhkan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).

"Apabila naik tarif, saya sendiri yang menerima bahangnya sebagai ketua kerajaan. Sebabnya, tiada siapa suka tarif elektrik naik. Tetapi jika tidak naik, TNB akan mengalami kerugian. Kalau rugi, kita terpaksa menggunakan wang rakyat untuk subsidi TNB. Bukan nak bebankan rakyat tetapi realitinya kita tiada pilihan.

"Kalau ambil duit rakyat dan beri kepada TNB, kita tak boleh buat pembangunan untuk rakyat. Sebab itu kalau naikkan tarif, mesti ada justifikasinya. Jika tak, TNB akan jadi organisasi defisit, saham jatuh, gaji tak boleh naik. Dan demikian, warga kerja TNB mempunyai tugas menjamin bekalan elektrik yang terbaik. Apa guna menaikkan tarif kalau masih terdapat gangguan sana sini," katanya.

Dalam masa yang sama sebagai kerajaan, sudah pasti apa yang menjadi keutamaan adalah memastikan bekalan elektrik berada pada tahap terbaik bagi menambah keyakinan rakyat termasuk pelabur asing.

"Kepuasan kepada rakyat, sudah tentu (mendapat) bekalan elektrik kepada isi rumah pada setiap waktu, kepada industri, kalau putus bekalan elektrik ini akan menyebabkan ramai mengalami kerugian besar.

"Pelabur tak akan melabur jika bekalan elektrik tidak bagus. Pertumbuhan ekonomi akan terjejas. Nak kejar negara maju, mungkin tinggal impian jika tak pastikan asas iaitu bekalan elektrik yang terjamin. Kita mesti lakukan tambah baik," kata Perdana Menteri.

Secara jujurnya YAB Perdana Menteri menekankan kepada seluruh keluarga TNB supaya komited terhadap tugas dan tanggungjawab masing-masing agar ianya tidak menjadi masalah bukan sahaja kepada kerajaan tetapi juga kepada rakyat di akar umbi.

Keselesaan rakyat menjadi intipati utama ucapan beliau selain daripada memastikan mutu perkhidmatan TNB di pertingkatkan sejajar dengan kenaikan tarif elektrik sebelum ini.

Tidak ada sebarang pengumuman kenaikan tarif elektrik seperti mana yang di gembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu melainkan cubaan mereka yang cuba menghasut rakyat agar terus membenci kerajaan. 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.