PAS
cuba maklum malah sangat sedar tentangan sengit kepada keinginan
mereka untuk mewujudkan undang-undang hudud di negara ini sebenarnya
mendapat tentangan yang paling kuat adalah dari DAP, bukannya MCA
atau GERAKAN mahupun parti-parti nyamuk yang lain. Walau
bagaimanapun, PAS tidak berani mengakui kebenaran tersebut sebaliknya
terus bertaici kepada MCA dan GERAKAN walaupun dari semasa ke semasa,
pelbagai peringkat kepimpinan dalam DAP terus lantang menyatakan
ketidaksetujuan mereka dengan hukum hudud.
Penghalauan
PAS dari Pakatan Rakyat juga telah dibuat secara terbuka.
Jawatankuasa Teknikal berkaitan hudud yang merupakan kerjasama atau
kolaborasi antara PAS dengan UMNO telah dilabelkan oleh DAP sebagai
ancaman terbesar kepada kewujudan Pakatan Rakyat. PAS secara halus
dikatakan tidak lagi berminat dan tidak lagi boleh dipercayai untuk
terus berada dalam Pakatan Rakyat.
Isu
hudud telah menyebabkan DAP cukup takut dan cuba mengelak daripada
berada sepentas dengan para pemimpin PAS. Lebih ditakuti sekiranya
para hadirin bertanya kepada para pemimpin DAP dan PAS yang berada di
atas pentas yang sama, tentang hudud dan reaksi daripada kedua-dua
parti tersebut.
Justeru,
beberapa ceramah yang sepatutnya dikongsi bersama oleh PAS dan DAP,
terpaksa dipinda, bahkan dibatalkan terus bagi mengelakkan
perpindahan undi masyarakat Cina dan Melayu kepada pihak lawan ekoran
kontroversi hudud.
Itulah
yang berlaku dua malam sudah di Dewan Kwan Tung, Jalan Tokong,
Taiping. Sepatutnya satu ceramah PAS diadakan di situ.
Malangnya, DAP telah melakukan tekanan dan membatalkan ceramah
tersebut atas alasan bimbang memberi kesan kepada PRK Bukit Gelugor
dan PRK Teluk Intan.
Akhirnya
PAS terpaksa mengadakan ceramah di Markaz PAS Ayer Kuning. PAS
benar-benar kecewa apabila DAP yang diketuai oleh Ahli Parlimen
Taiping, Nga Kor Ming enggan memberikan kerjasama untuk mengumpulkan
masyarakat Cina untuk hadir ke program berkenaan.
ADUN
Pokok Assam dari DAP, Teh Kok Lim secara berterus-terang menyatakan
bahawa isu hukum hudud yang dibawa oleh PAS Kelantan akan menggugat
peluang kemenangan besar calon-calon DAP di Bukit Gelugor dan Teluk
Intan. Tambahan pula, kenyataan susulan daripada Timbalan Menteri
Besar Kelantan yang mengatakan, PAS tetap bercadang membawakan usul
hukuman hudud ke Parlimen pada bulan September nanti, akan memberi
ruang kepada calon-calon lawan meraih sokongan pengundi-pengundi
Cina.
Usul
tersebut sepatutnya dibentangkan dalam Sidang Dewan Rakyat pada bulan
Jun nanti tetapi PAS yang didesak kuat oleh DAP, akhirnya menerusi
Presiden parti, telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS menunda atau
menangguhkan terlebih dahulu usul berkenaan dibentangkan di Parlimen
bagi menyelamatkan air muka DAP dalam dua PRK.
Disebabkan
itulah, dalam kempen-kempen pilihanraya yang berjalan di Bukit
Gelugor dan pra-kempen di Teluk Intan, DAP dan PAS selagi boleh cuba
mengelak daripada berada di atas pentas yang sama. Baik PAS mahupun
DAP langsung tidak berani menyentuh tentang isu hudud di kalangan
hadirin masing-masing. Sebaliknya apa yang dilakukan oleh pemimpin
kedua-dua parti tersebut yang dikerahkan untuk berkempen ialah,
mempergiatkan penyuburan sentimen agar rakyat bangun memberontak dan
menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional dengan sebarang cara.
Menariknya
penyokong kedua-dua parti ini terus menyorak-nyorak dan
mengejek-ngejek UMNO serta Barisan Nasional. Tanpa melihat apa yang
berlaku dalam parti yang mereka sendiri sokong, Barisan Nasional dan
UMNO khususnya dikatakan terus menentang hudud dan tidak selayaknya
mengaku yang mereka beragama Islam.
Sedangkan
pada masa yang sama, PAS sendiri bekerjasama rapat dengan UMNO untuk
mendapatkan sokongan dan berkongsi kedudukan dalam Jawatankuasa
Teknikal mengenai hudud yang telah pun dibentuk untuk mengkaji
kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam Undang-Undang Syariah (II)
Kelantan untuk perlaksanaan di negeri berkenaan.
Yang
mereka langsung tidak berani sentuh ialah KETAKUTAN PAS dan DAP
menceramahkan hudud di atas pentas-pentas ceramah di PRK Bukit
Gelugor dan PRK Teluk Intan.
MyKmu
No comments:
Post a Comment