DALAM
mana-mana peperangan, tidak ada kelebihan yang lebih baik melainkan
jika dua pihak yang berseteru dapat memperalatkan penyokong atau
tentera pihak lawan untuk menjadi duri dalam daging bagi pihak
mereka.
Israel
melakukannya di Palestine, Amerika melakukannya di Afganistan dan
Iraq, Rusia melakukannya di Amerika dan sebagainya.
Negara
kita pun tidak terkecuali, malah sejarahnya boleh dilihat
sejauh zaman kesultanan Melayu Melaka lagi bila Portugis berjaya
menembusi pertahanan kota tersebut setelah si Kitol mendedahkan
rahsianya kepada mereka.
Semasa
zaman darurat pula, Parti Komunis Malaya (PKM) yang dianggotai
majoriti orang cina berusaha keras mendapatkan sokongan kaum majoriti
di negara ini, iaitu orang Melayu sehingga mereka menubuhkan Regimen
ke 10 yang dikhaskan untuk komunis dari kaum itu.
Walaupun
Islam dan orang Melayu adalah ibarat perkaitan yang tidak boleh
dipisahkan, tapi ada juga dikalangan kita yang terpengaruh dengan
idealogi komunis yang antara lain menolak sebarang bentuk fahaman
agama.
Tergolong
di dalam kelompok ini adalah wanita bernama Shamsiah Fakeh. Keterujaannya dengan fahaman komunis telah meletakkannya
sebagai salah seorang pemimpin utama dalam pergerakakan komunis.
Mula-mula tu memang ingat masuk PKM untuk lawan British, tapi
bila dah hari-hari didedahkan dengan fahaman komunisme, langsung jadi
komunis teruslah.
Zaman
moden hari ini, ada parti politik yang agenda perjuangannya pernah
dilabel Nik Aziz sebagai adik komunis, turut tidak ketinggalan
memperalatkan perempuan Melayu untuk dijadikan contoh bahawa kaum
majoriti negara itu turut menyokong perjuangan mereka, sama seperti
PKM memperalatkan Shamsiah Fakeh dulu.
Hakikatnya,
kawasan yang nak diletakkan perempuan ini sebagai wakil, bukanlah
kawasan majoriti Melayu pun, tapi kawasan majoriti cina, dan kalaupun
dia menang itu adalah kerana undi cina yang diketahui menjadi tulang
belakang parti politik berkenaan, bukan kerana sokongan Melayu.
Semua
orang tahu tentang hakikat tersebut, tapi dalam dunia yang penuh
dengan maklumat putar belit, ada orang boleh menjadi ‘buta’
walaupun matanya celik terutama di kalangan orang Melayu dan parti
politik berkenaan tahu ini.
Jadi
semua pihak perlu berhati-hatilah dengan taktik politik yang macam
ini. Janganlah sesekali terpedaya kononnya orang ini akan
membawa suara Melayu, takde mananya. Dia sebetulnya hanya
diperalatkan, sama ada sedar atau tidak sahaja.
Mykmu
No comments:
Post a Comment