Puak PR berkokok lagi sejak dua tiga hari lepas gara-gara isu dua ekor panda, Fu Wa dan Feng Yi, yang dipinjamkan dari negara China kepada Kerajaan Malaysia sebagai tanda persahabatan dua negara. Paling kuat menyalak adalah puak PAS. Kita maafkan mereka. Sebab mereka ini memang bodoh kalau tidak baghal.
Juak
ortdok mana tahu makna perhubungan diplomatik antarabangsa antara dua
negara. Mereka hanya pernah dan sedang mentadbir negeri saja. Panda
ini adalah hadiah daripada kerajaan China kepada negara kita sebagai
tanda hubungan diplomatik yang erat.
Hanya
beberapa negara sahaja di dunia yang mendapat penghormatan tersebut
sejak ianya dimulakan pada tahun 1950an. Adakah kita hendak tolak
pemberian kerajaan China kepada kita bagi mengeratkan lagi hubungan
Malaysia-China?
Banyak
zoo-zoo di Amerika Syarikat telah menghabiskan jutaan dollar untuk
melobi mendapatkan panda-panda berkenaan untuk mendapat keuntungan
lumayan, Zoo Negara yang dapat panda-panda berkenaaan dengan mudah,
hendak ditolak?
Kita
tengok kos apa yang terlibat:
a)
Conservaation Fee USD1 juta selama 10 tahun.
b)
Bangunan RM25 juta dibiayai kerajaan RM10 juta dan RM15 juta dibiayai
oleh badan lain.
c)
Tanaman pokok buluh RM530,000.
d)
Food and Veterinary Service RM144,000 setahun dibiayai oleh Zoo
Negara.
e)
Geran Kerajaan kepada Zoo Negara sebanyak RM5 juta (one off).
Itu
kos yang ditanggung untuk panda-panda berkenaan. Mari kita lihat pua
apa pentingnya negara China kepada Malaysia dan Rakyat Malaysia?
Perdagangan
Malaysia-China pada tahun 2013 bernilai RM203 billion dan pelaburan
dua hala RM5.02 billion. Beberapa tahun lalu Amerika Syarikat dan
Eropah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia. Sekarang China menjadi
rakan dagang terbesar kita. Jika kita masih bergantung pada Amerika
Syarikat dan Eropah, dengan kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat dan
Eropah yang di alami sejak tahun 2008, negara kita akan turut
mengalami kejatuhan ekonomi.
Apa
kesannya macai-macai PR? Penguncupan ekonomi, penutupan kilang,
pembuangan pekerja, kehilangan gaji, pendapatan isirumah merosot
sehingga tak mampu menghadapi kos kehidupan yang semakin tinggi,
kerajaan terpaksa mengadakan bajet tambahan untuk bantuan kebajikan
yang akan mengeringkan tabung kerajaan, kutipan cukai oleh kerajaan
berkurangan.
Nasib
baik rakan dagang terbesar Malaysia adalah negara China. Justeru
ekonomi kita terus berkembang sehingga memperolehi pertumbuhan 6.2%
antara tertinggi sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Cuba bayangkan
apa akan terjadi kalau kita tolak simbol persahabatan dengan Negara
China dan Negara China menarik balik untuk membuat hubungan dagangan
dengan Malaysia. Bokeh macai-macai jawab.
Kesimpulannya,
kalau Kerajaan PR Selangor boleh bercita-cita mewujudkan ladang babi
terbesar di Asia Tenggara bernilai RM100 juta untuk meraikan
kemenangan mereka merampas Selangor, apa salahnya kita berbelanja
sedikit untuk mengekalkan hubungan dagang dengan China? Tak gitu?
Ekonomi negara kukuh bukankah Rakyat akan mendapat manfaatnya juga
bukan?
No comments:
Post a Comment