Media
sosial dihebahkan dengan berita palsu kemangkatan DYMM Sultan Perak
pada Hari Ahad yang lepas, sedangkan Baginda Sultan Perak waktu itu hanya
dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaan Baginda
dilaporkan stabil. Umum juga mengetahui bahawa apabila berlaku
sebarang kemangkatan Sultan atau pembesar negara, bendera akan
dikibarkan separuh tiang.
Tindakan
seorang blogger pro PAS Perak yang dikenali sebagai Otai Manjung di
laman sosial Facebook, menyamakan Baginda Sultan Perak dengan
'berhala' amat keterlaluan dan biadap. Dalam parti PAS sedang
mengusung dan menjunjung ikon anak muda calon DAP di Teluk Intan, mereka sendiri gagal mentarbiyah akhlak dan sahsiah anak
muda yang menyokong perjuangan PAS.
No comments:
Post a Comment