Friday, July 18, 2014

TRAJEDI #MH17 : NENEK TIRI DS NAJIB DAN DS HISHAMUDDIN TURUT MENJADI MANGSA ???



Dunia dikejutkan dengan kejadian pesawat penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di Ukrine awal pagi semalam

Setelah beberapa fakta didedahkan, satu daripadanya cukup mengejutkan. Ini adalah kerana, salah seorang daripada penumpang yang terbabit dalam nahas MH17 itu adalah nenek tiri kepada Dato Seri Najib dan Dato Seri Hishamuddin sendiri.

Menurut sumber yang rapat dengan keluarga kedua-dua pemimpin (sepupu) ini, salah seorang dari penumpang malang tersebut adalah Puan Sri Siti Amira Prawira Kusuma. Beliau merupakan isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noah, lapor Malaysian Digest.

Tan Sri Mohd Noah merupakan bapa kepada Tun Raha (Ibu kepada Dato Seri Najib) dan Tun Suhaila (Ibu kepada Dato Seri Hishamuddin).

Di bawah meupakan foto Puan Sri Siti Amirah bersama Tan Sri Mohd Noah.




seterusnya 

Thursday, July 17, 2014

3 Awek seksi basah, kereta terjunam dalam parit dekat RTM

rrrr






RABU, Kota Kinabalu- Sebuah kereta dilaporkan terbabas ke dalam parit di sini yang berlaku di dalam kawasan RTM. Kereta putih tersebut dilihat terapung di dalam parit berkenaan ketika gambar tempat kejadian diambil.

Pemandu dan kereta berkenaan, tiga orang wanita, tidak mengalami apa-apa kecederaan. Orang ramai yang berada di tempat berkenaan bergegas untuk menyelamatkan ketiga-tiga mereka.










Sumber

Skandal Tanah dan Balak Bakal Ulangi Sejarah 1978 di Kelantan

48 tahun dulu yakni sekitar tahun 1964, Kerajaan Pas Kelantan tika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300 000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber & Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya untuk tujuan pembangunan.

Namun rakyat bukannya buta kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu kayan.
Rentetan daripada itu, timbul riak-riak kemarahan rakyat terhadap Kerajaan Pas Kelantan namun untuk beberapa ketika suara protes rakyat dapat dibendung dan dikekang daripada merebak lebih luas.

Bagaimanapun apabila berlaku krisis kepimpinan Pas di negeri itu yang turut membabitkan isu pemberian tanah dan kawasan balak untuk kepentingan kroni, akhirnya rakyat bangkit secara besar-besaran mengakibatkan Pas jatuh terduduk di Kelantan pada 1978.
Kini, di era milenium selepas Pas memerintah Kelantan selama 22 tahun timbul lagi isu yang mirip seperti dulu.

Tika ini tanah seluas 10,526 ekar ataupun bersamaan 4,259.9 hektar di Gua Musang telahpun dipindah milik kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd melalui pajakan selama sekitar 50 tahun.

Syarikat itu asalnya milik individu lain tapi kini menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min. Dengan demikian, kedua-dua pemimpin yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu berkuasa penuh ke atas tanah tersebut selama beberapa dekad seterusnya menikmati hasil bumi Kelantan sepuas-puasnya.

Gayanya saling tak tumpah seperti Kerajaan Pas Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat secara sedar atau sebaliknya telah mengulangi skandal lama di mana tanah-tanah di Selatan Kelantan pernah jatuh ke tangan syarikat milik Cina Singapura dulu.

Dengan kata lain, Pas seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar Pas di Kelantan pada PRU 13 kelak, mengulangi kembali kejatuhan Pas pada 1978 dulu

Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Selatan Kelantan.
Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat. Hakikatnya, hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong Pas yang rapat dengan kepimpinan negeri.

Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura. Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai menabur janji dicapati.

Rakyat marhaen yang berpuluh tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang pernah menabur jasa menyokong perlantikan MB Pas bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan.

Jika langkah memberi tanah dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya bergentayanganlah suara-suara bantahan dari pemimpin Pas dan sekutunya mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi milik kroni BN, betul tak?

Namun bila ia dilakukan oleh Pas sendiri dan melibatkan pula kroni sekutunya dalam PR, lain pula halnya.

Orang ramai sibuk mempertikaikan kenapa tanah tersebut dibiarkan menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, tapi dipusingnya cerita bahawa penganugerahan tanah tersebut bukannya satu rahsia dan tujuannya pula konon untuk pembangunan. Spin mengalahkan pusingan gasing.

Dulu dan sekarang sama sahaja, tabiat Pas tidak pernah berubah dengan sikapnya yang gemar menggadaikan tanah pusaka dan harta rakyat dengan menganugerahkan tanah balak dan pajakan hak milik selama berpuluh tahun kepada orang luar dengan berselindung disebalik alasan pembangunan.
Pas dan skandal tanah hutan balak berpisah tiada, kerana kemahiran Pas dalam urus tadbir negeri hanyalah dalam bab pembalakan sahaja untuk mendapatkan sedikit hasil bagi kantung Kerajaan Negeri dan selebihnya hasil yang lebih besar untuk mengenyangkan perut kroni dan diri sendiri.
Lain-lain idea untuk kemajuan rakyat langsung zero, tak tercapai dek akal fikiran pemimpin Pas.

Usahlah pemimpin Pas terus berangan-angan untuk terus mendapat mandat di Kelantan pada PRU akan datang. 22 tahun Pas memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini lebih banyak hasil bumi dan kekayaan negeri mengalir ke tangan yang lain berbanding manfaat untuk anak pribumi sendiri.
Suka atau tidak, PRU 13 ini majoriti besar rakyat negeri Kelantan nekad sepenuh hati untuk mengajar Pas erti keperitan dengan menghadiahkan bala kekalahan besar kepada parti hipokrit dan paling munafik itu nanti.

Sejarah kejatuhan Pas di Kelantan pada 1978 pasti berulang kembali. Dek kerana tanah dan balak Pas semakin lupa diri, kerana skandal tanah dan balak juga Pas akan menyembah bumi.

Dr Muslim Umar

Tanah orang Asli tergadai kerana ladang rakyat?

Dulunya, hutan sekeliling kampung adalah tempat Anjung a/l Singang memburu landak, memungut buah perah dan petai mahupun menangkap ikan kelah di anak sungai yang jernih airnya.

Hutan itu, yang ibarat syurga bagi Anjung, 40, dan lebih 40 penduduk kampung Orang Asli suku Temiar di Pos Hendrope, kini menanti musnah dek angkara pembangunan yang dilakukan atas nama Ladang Rakyat.

"Mereka (kerajaan PAS Kelantan) kata nak buat ladang rakyat sebab nak bantu Orang Asli dan bagi RM200 sebulan, tetapi bukan semua kita yang terlibat, hanya seorang dua yang terpilih, yang lain semua orang luar.

"Begitukah mahu bantu rakyat, tanah kami tergadai, kawasan kami diceroboh akhir sekali kebajikan kami terabai," katanya kepada Bernama.

Katanya selama ini mereka amat dahagakan pembangunan dan selalu mengharapkan kerajaan PAS Kelantan turun padang untuk meninjau sendiri permasalahan mereka dengan lebih dekat.

Namun ia hanya tinggal harapan kerana pemimpin yang dipilih tidak pernah menjenguk muka, jauh sekali mengambil berat tentang permasalahan yang mereka hadapi ekoran pencerobohan hutan di kawasan tanah warisan mereka.

"Sudahlah tanah kami diceroboh, kebajikan kami juga tidak dijaga. Bekalan air dan elektrik yang kami dapatkan sekarang pun semuanya sebab bantuan kerajaan Pusat," katanya.

Bagi Kamal a/l Alek, 25, dari Pos Balar pula, perit sekali baginya membayangkan tiada lagi rimbunan buluh dan sumber hutan lain akibat berleluasanya kegiatan pembalakan di kawasan Lojing.      

"Habis bukit-bukit diratakan, pokok-pokok hijau ditebang diganti dengan ladang kelapa sawit. Pokok-pokok buluh yang tumbuh meliar pun dipotong.

"Kalau habis pokok buluh selepas ini, kami nak (tarian) sewang pakai apa? Takkan nak guna kelapa sawit untuk buat sewang," katanya.

Menurutnya sejak ladang rakyat diperkenalkan, banyak tanah adat, tanah tradisi dan tanah kubur diteroka dengan rakus oleh "orang luar" bagi tujuan pembalakan dan ladang rakyat.

"Apabila kami tanya kenapa tanah kami diceroboh, pembalak bagi tahu mereka dah membelinya daripada kerajaan negeri. Habis...hak kami yang selama ini yang berpuluh tahun duduk di situ mana?

"Jadi kami berharap sangat kerajaan BN dapat membantu memperjuangkan hak Orang Asli daripada terus teraniaya," katanya semasa lawatan Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Galas Tengku Razaleigh Hamzah di Pos Balar baru-baru ini.

Katanya kebanyakan pekerja ladang rakyat terdiri daripada rakyat asing dan ini sekaligus menutup peluang pekerjaan kepada Orang Asli terutama kalangan belia.

Sementara itu, bagi penghulu Pos Balar Long Busu, 80, sudah sampai masanya  penerokaan hutan secara berluasa itu dihentikan segera oleh kerajaan PAS Kelantan.

Malah, katanya mereka wajar diberikan hak pemilikan tanah untuk mengekalkan tanah warisan serta tanah adat mereka sekaligus membolehkan mereka mewariskannya kepada generasi akan datang.

"Kita duduk di sini telah lama sejak zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman lagi. Selama ini aman...nak cari buah hutan pun senang untuk makan.

"Tetapi keadaan sekarang sudah jauh berbeza. Kalau berterusan tanah kami diganggu, lebih baik kami masuk hutan terus, anak-anak tidak payah sekolah, kami pun tidak payah undi sesiapa," katanya.




Kes Sodomi Kian Mencemaskan Anwar | Bekas Peguambela Anwar Pernah Mintak Anwar Bersumpah Dengan Al Quran Tak Liwat Saiful


08 Ogos 2014 telah ditetapkan tarikh untuk sebutan semula kes sodomi Anwar. Nampak cemas. Tak macam biasa. Kalau dulu, waktu Karpal Singh ada, kes nampak lebih well prepared dan tidak tangkap muat. Tapi kali ini ada lain sikit.

Keluarga Anwar ada bisik-bisik bahawa Ramkarpal bukan Karpal. Pada mereka, Ramkarpal masih belum cukup cekap untuk mengurus kes macam ini. Betul, sebelum ini Ram sudah lama mengikut bontot ayahnya dalam kes sodomi. Tapi itu cerita lain. Sekarang ini kes sudah menjadi semakin rumit.

Hj Sulaiman Abdullah – bukanlah seorang yang terlalu dipercayai oleh inner circle Anwar. Dalam banyak isu, Hj Sulaiman ini dirasakan macam ada agenda peribadi. Dulu pernah bertekak sekejap dengan adik beradik Anwar, apabila Hj Sulaiman sendiri minta Anwar bersumpah dengan Al-Quran. Anwar tak mahu.
——————————–
The PKR vice-president said after walking out from the Federal Court registrar’s chambers, where the court fixed Aug 8 for the case management of Anwar’s appeal and also the prosecution’s cross appeal to enhance his five-year jail sentence.

According to another of Anwar’s lawyers, Ramkarpal Singh, the registrar also set the same date for the case management on Anwar’s application to disqualify Umno lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, who was appointed ad hoc deputy public prosecutor to lead Putrajaya’s case to overturn the sodomy acquittal.

On March 7, the Court of Appeal overturned Anwar’s acquittal in 2012 for sodomy and sentenced him to five years’ jail.
Ramkarpal filed an appeal against the conviction on March 10. Anwar is free pending appeal.

Anwar had also made three applications to disqualify Shafee, with the third one pending at the Federal Court.

Surendran told reporters that the indication was that the court wanted to fix the hearing dates by September.

There should not be any unusual rush to hear the appeal like what happened at the Court of Appeal the last time.

————————————–

Sebab itulah Surendran turut dipanggil untuk check-and-balance kerja yang dibuat Ramkarpal.

Kenapa nampak cemas semacam Pak Sheikh kali ini?

Ada yang menganggu pemikiran? 

Seterusnya


Saturday, July 12, 2014

Annapolis Summit : Anwar Ibrahim tandatangani Annapolis Summit, iktiraf negara Israel




Oleh: Steve Clemons

Sebelum menjelang Annapolis Summit, Bekas Ketua Tentera Darat A.S. Jeneral Staff Eric Shinseki telah meminta agar namanya dimasukkan ke dalam senarai sepucuk surat kepada Presiden dan Setiausaha Negara tentang syarat-syarat asas rundingan Palestin-Israel.

Bekas Gabenor New Jersey dan Pentadbir Agensi Perlindungan Alam Sekitar semasa Pentadbiran Bush, CHRISTINE TODD WHITMANdan Pengarah Pusat Dasar Awam James A. Baker III, Rice University, EDWARD DJEREJIAN juga bersetuju untuk menandatangani surat tersebut.

The New America Foundation, International Crisis Group, dan US/Middle East Project telah menyediakan draf dan mengutus sepucuk surat kepada Presiden Bush dan Setiausaha Negara, Condoleezza Rice berkenaan sidang Keamanan Annapolis Summit beberapa minggu lepas.

Dalam draf pertama surat tersebut telah menggesa satu proses rundingan yang melibatkan semua pihak di dalam rantau tersebut, supaya memberi kesan ke atas kehidupan seharian penduduk Palestin dan Israel.

Terdapat ramai lagi yang menandatangani surat tersebut pada masa ini, termasuk BRENT SCOWCROFT, ZBIGNIEW BRZEZINSKI, CARLA HILLS, NANCY KASSEBAUM BAKER, LEE HAMILTON, THOMAS PICKERING, THEODORE SORENSEN, dan PAUL VOLCKER.

Mereka yang menandatangani dalam minggu berikutnya :

1. HARRIET “HATTIE” BABBITT, Timbalan Pentadbir USAID

2. JOSEPH DUFFEY, bekas Ketua USIA ,

3. GARY HART, Bekas Senator A.S. ,

4. LINCOLN CHAFEE, Bekas Senator A.S.

5. RITA HAUSER, Ahli Lembaga RAND Corporation dan New America Foundation/American Strategy Program Chair

6. JAMES DOBBINS, Bekas Penolong Setiausaha Negara

7. MORTON HALPERIN, Bekas Pengarah Perancangan Jabatan Dasar Negara

8. WILLIAM VAN DEN HEUVEL, Bekas Timbalan Duta ke PBB

9. SCHLOMO BEN-AMI, Bekas Menteri Luar Israel

10. BIRCH BAYH, Bekas Senator A.S.

11. AMO HOUGHTON Jr, Bekas Ahli Kongress dan CEO Corning

12. ROBERT HUTCHINGS, Bekas Pengerusi Majlis Perisikan Negara

13. STEPHEN BOSWORTH, Dekan Sekolah Fletcher dan Bekas Duta A.S.

14. LAWRENCE KORB, Bekas Penolong Setiausaha Pertahanan

15. ROBERT JERVIS, Bekas Presiden Persatuan Sains Politik Amerika dan Profesor Columbia University

16. ANATOL LIEVEN, Pengerusi Kings College Terrorism dan Felo Kanan Yayasan Amerika Baru

17. Lt. Jeneral WILLIAM ODOM, Bekas Pengarah Agensi Keselamatan Negara

18. WILLIAM NITZE, Jawatankuasa untuk Presiden Republik

19. DIANA VILLIERS NEGROPONTE, Felo Pelawat Kanan Brookings

20. JOHN McLAUGHLIN, Bekas Timbalan Pengarah CIA

21. JOHN MALOTT, Bekas Duta A.S

22. CHRISTOPHER PATTEN, Bekas Pesuruhjaya EU untuk Hubungan Luar

23. PAUL PILLAR, Bekas Pegawai Perisikan Negara untuk Near East Timur Tengah

24. LARRY PRESSLER, Bekas Senator A.S.

25. FELIX ROHATYN, Bekas Senator A.S.

26. RICHARD SAMUELS, Pengarah Pusat Pengajian Antarabangsa MIT

27. JOHN J. “JACK” SHEEHAN, Jeneral Kor Marin (Bersara)

28. ANNE-MARIE SLAUGHTER, Princeton University Dekan Sekolah Woodrow Wilson, Princeton University

29. STEPHEN SOLARZ, Bekas Ahli Kongres

30. RICHARD VAGUE, Bekas CEO First USA Bank CEO and CEO Adagio Partners

31. TIMOTHY WIRTH, Bekas Senator A.S. dan Presiden Yayasan PBB

32. FRANK WISNER, Bekas Duta A.S. dan Naib Presiden AIG

33. CHRISTINE TODD WHITMAN, Bekas Gabenor New Jersey dan Pentadbir Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) semasa Pentadbiran Bush,

34. DIMITRI SIMES, Presiden Pusat Nixon dan Penerbit National Interest

35. LEON FUERTH, Bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Naib Presiden Al Gore

36. PHILIP GORDON, Felo Kanan Brookings

37. ROBERT HUNTER, Bekas Duta A.S. ke NATO

38. ANWAR IBRAHIM, Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia

39. JOHN McLAUGHLIN, Bekas Timbalan Pengarah CIA

40. LAWRENCE WILKERSON, Bekas Ketua Staf Jabatan Negara

41. THEODORE ROOSEVELT IV, Pengarah Urusan Lehman Brothers

42. JOSEPH WILSON, Bekas Duta A.S.

43. JOHN S. WOLF, Bekas Ketua Pemantau Middle East Roadmap di Jabatan Negara

Annapolis Summit sebenarnya merupakan satu mesyuarat luar biasa pemimpin global – termasuk menteri luar kesemua Negara P-5 – untuk disampaikan kepada Presiden A.S. supaya memperolehi natijah positif hasil daripada mesyuarat itu.

Apabila saya mendengar khabar angin bahawa rakyat Palestin tertekan apabila dipujuk umtuk menandatangani satu deklarasi bersama, mereka tidak beryakinan bahawa ucapan Bush pada hari Selasa, berjaya menawarkan penyelesaian terakhir bagi konflik antara Israel dan Israel.

Seperti yang diberitahu oleh seorang rakan saya yang dekat dengan proses ini, amat penting untuk White House memahami bahawa bukan hanya Ehud Ohlmert yang perlu memberikan ucapan kemenangan apabila pulang ke Israel – tetapi juga Presiden bagi Pihak Berkuasa Palestin iaitu Abbas.

Ehud Olmert (Israel), Bush dan Mahmod Abbas (Palestin)


Sekiranya penduduk Palestin di jalanan merasakan tidak senang dengan keputusan esok, Abbas akan dihancurkan secara politik oleh rakyat Palestin dan Hamas, yang tidak termasuk dalam proses rundingan ini, akan muncul sebagai pemenang.

AIDC menterjemah artikel tulisan Steve Clemons, The Washington Post. Artikel asal klik di sini

artikel berkaitan :




AIDC

Kfc kembali semula ke tangan JCorp dan Kerajaan negeri Johor

Alhamdulillah. Pada Mei lalu Johor Corporation kembali memegang share majoriti KFC sebanyak 51% berbanding hanya 24% sahaja sebelum ini.

Ia bermakna, KFC kini kembali menjadi milik kita dan anak Johor seharusnya berbangga dengan pencapaian ini. Insya-Allah setiap keuntungan serta dividen yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri menerusi syarikat-syarikat di bawah Johor Corporation akan disumbangkan kepada pembangunan negeri Johor yang sudah pasti akan memberi manfaat kepada setiap anak Johor terutama merancakkan program pembangunan usahawan dan menyediakan peluang pekerjaan.

Kita memahami suara hati rakyat Johor agar Kerajaan Negeri menerusi JCORP mempertahankan pegangan dan melindungi kepentingan strategik  dalam Kentucky Fried Chicken (KFC) yang menjadi lambang kebanggaan Negeri Johor dan selaras usaha agenda memperkasa ekonomi bumiputera.

Mohamed khaled Nordin


Sejarah penubuhan haram "Negara Israel" di atas bumi Palestine


"Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pd mlm hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat" Surah al-isra' ayat 1. (17:1)

Masjidil haram yang diberkati Allah itu, terletak di bumi Palestine. Palestine?? Itulah nama negara yang kita kerap kali dengar berlaku pergolakan, pengeboman, pembunuhan dan kezaliman ke atas penduduk peribuminya oleh zionis Israel (Yahudi yang berpegang kepada prinsip zionism) yang menguasai tanah mereka.

Walaupun Barat mengishtiharkan kewujudan negara Israel, tapi tidak bagi kita ummat islam. Israel tidak pernah wujud di Palestin dan itu bukan tanah mereka. Itu hak kita ummat islam kerana ia tanah suci kita, tanah milik saudara-saudara kita yang Allah pinjamkan buat mereka.

Mari kita rungkai secara ringkas bagaimana wujudnya negara haram Israel di bumi Palestine.


Bermula daripada penindasan dunia terhadap orang Yahudi (Jewish), maka muncullah idea zionisme yang diasaskan oleh Theodor Herlz seorang Yahudi Austria-Hungary. Idea zionisme ini antara utamanya adalah untuk membina negara sendiri, iaitu Israel bagi mengelak penindasan dunia terhadap mereka. Dan antara tujuan lain mengapa zionisme diwujudkan adalah kerana mereka ingin membina kediaman mereka di 'tanah suci' mereka Palestine dan membina Kuil Haikal Sulaiman.

Keinginan mereka disokong oleh sekutu utama mereka pada suatu masa dahulu iaitu Britain. Britain selepas Perang Dunia I dan kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah menguasai Palestine. Maka, melalui Deklarasi Balfour1917 British membenarkan kemasukan orang Yahudi beramai-ramai ke Palestine. Kemasukan mereka sangat besar dan berbondong-bondong seakan-akan palestine itu negara tanpa pemilik.

Kesan daripada Holocaust (gerakan Nazi Jerman yang dikatakan ingin menghapuskan etnik2 beragama, dan di antara korban utama adalah golongan Yahudi di Eropah) semasa Perang Dunia II (1939-1945) menyebabkan lebih ramai kemasukan orang Yahudi ke Palestine. Sehingga 1947, orang Yahudi memiliki tidak sampai 8% tanah Palestine.

Tetapi, melalui percaturan Barat, PBB kemudiannya menubuhkan UNSCOP (United Nation Special Committee on Palestine) dan mengusulkan Negara Palestin dipecah dua, 45% untuk penduduk asal, 55% untuk orang Yahudi melalui Resolusi 181. "Ini benar-benar tidak adil. Sudahlah membenarkan bangsa lain masuk ke negara orang sesuka hati, kemudian ingin memberikan lebih daripada separuh tanah Palestine kepada orang asing. Di mana keadilan PBB yang digah-gahkan sebagai suatu badan yang dipercayai dunia? Atau hanya boneka US(today's world order) atau boneka Israel yang membonekan US"

Resolusi PBB ini diterima dan akhirnya Israel telah ditubuhkan secara rasmi pada 14 Mei 1948 oleh Perdana Menteri pertamanya David Ben Gurion.

Perang Arab-Israel pada tahun 1948 telah menyebabkan bertambahnya tanah Israel kepada 77%. Tidakkah ini menyedarkan kita bahawa, ianya seakan-akan suatu percaturan barat untuk memadamkan Tanah Palestine daripada sejarah secara perlahan-lahan.

Kini, wilayah Israel semakin lama semakin bertambah. Dan mereka benar-benar ingin menguasai Palestin dan menghancurkan masjidil aqsa.

1964 - tertubuhnya PLO (Palestine Liberisation Organisation) untuk menentang Israel dan mengembalikan wilayah Palestine. Dan Intifadah Pertama (1987) juga wujud kesan daripada keinginan dan kebangkitan rakyat Palestine untuk menentang dan mempertahankan hak mereka mengakibatkan Israel mengiktiraf PLO. Namun, gerakan PLO semakin lama semakin lemah dan akhirnya pada 1993, wujudnya Perjanjian OSLO, di mana mereka bersetuju untuk menghentikan gerakan intifadah dan berlaku genjatan senjata. dan Palestin berhak menubuhkan kerajaan mereka sendiri.

Namun, janji tinggal janji. Orang Yahudi (Israel) tidak pernah memegang janji mereka. Pos tentera dibina di merata-rata tempat dan penguasaan mereka di tanah Palestine menjadi makin hebat.

Jikalau dulu, Britain adalah sekutu utama Israel, namun kini kuasa besar dunia yang baru Amerika Syarikat juga telah menawarkan diri untuk menjadi sekutu mereka. AS dengan berbesar hati menawarkan bantuan kewangan kepada mereka melebihi bantuan yang diberikan untuk rakyat negara mereka sendiri. Sungguh pelik bukan? US adalah suatu kuasa besar mem'volunteer' utk membantu bangsa yang sentiasa menimbulkan kemarahan dan kerosakan kepada manusia lain??apa konspirasi di sebalik ini semua??

Tidak cukup dengan itu, Israel juga dalam beberapa tahun sudah mampu memiliki 200 buah tenaga nuklear (yang memerlukan teknologi dan modal yang besar) melalui bantuan kuasa besar perancis suatu masa dahulu. Perancis mengatakan persetujuannya selepas Krisis suez 1956.

Ini menjadi persoalan tentang mengapakah negara haram Israel ini cukup 'bertuah' sehingga dibantu sebegitu rupa oleh barat walaupun satu dunia mengakui kekejaman dan kezaliman mereka terhadap penduduk Palestine..Sungguh pelik..


'Boikot Produk Yahudi serta Cakap Tak Serupa Bikin'

Nak boikot ke tak McD sebagai protes serangan ke atas Gaza. Dan seperti yang sepatutnya dijangkakan oleh para pembaca, aku tidak on the side of boycotting (tak setuju la tu); reasons being as follows.

Sebelum kita decide nak boikot ke tidak, kita kena tahu yang McD tu seperti KFC, Marry Brown, Tutti Fruti, adalah satu franchising. Ia adalah satu sistem perniagaan dimana seorang owner kedai McD di Malaysia yang kita panggil franchisee akan bayar licensing fee dan royalty kepada pemilik sebenar perniagaan tersebut, dalam kes kita ni McD US, yang kita panggil franchisor. 

Dimana dilemmanya? Dilemmanya bermula bila kita kata McD US which is the franchisor  gives financial support to Zionist, tak tau lah direct ke indirect tapi just let say, directly. So, sebagai protes kita terhadap serangan Israel ke atas Gaza, kita pun boikot McD US (the franchisor) dengan cara memboikot kedai2 McD di Malaysia (the franchisee). So apa masalahnya, ok what?

Masalahnya, this will never work, McD US (the franchisor) takkan ter’affected’ atau terkena pun, yang terkena cuma kedai2 McD di Malaysia sahaja (the franchisee). Eh, kenapa pulak? Nak tahu, kita kena tahu dulu how franchising works, seperti yang aku terangkan kat bawah. 

Keuntungan  McD US (the franchisor) dah tetap sebenarnya melalui pembayaran berkala licensing fee oleh kedai2 McD di Malaysia (the franchisee), so laku ke tak laku ke burger, ayam dan roti kat kedai2 McD di Malaysia (the franchisee), licensing fee yg dah tetap (x fluctuate) mesti jugak kena bayar maka keuntungan McD US (the franchisor) tidak terjejas pun. Yes, mmg ada keuntungan tambahan dari sale melalui royalty tapi ni ciput je bro (aku x tau exact value tapi selalunya royalty ni 3% - 5% of revenue); sale boleh dikatakan semuanya revenue milik kedai2 McD di Malaysia (the franchisee), kalau banyak jual UNTUNG kalau tak banyak RUGI silap2 bankrap. 

Mungkin ada yang kata, x pelah, sedikit sebanyak mesti ada effect jugak, boikot je. Hmm, persoalannya berbaloi ke buat macam tu? Tak ke bodoh buat sesuatu yang tidak objective sebaliknya hanya berdasarkan sentiment? Adil ke pulak kita pada kedai2 McD di Malaysia (the franchisee) kalau kita buat macam tu? Ramai tau, pemillik2 McD di Malaysia adalah orang Melayu dan bumiputra yang bayar zakat setiap tahun. Kalau korang nak tau franchising ni adalah antara strategi perniagaan yang dipromote khas oleh kerajaan untuk membantu bumiputera berniaga. SO kalau korang memboikot je membabi buta, tak tahu hujung pangkal, tak tahu mencapai objective ke tidak, korang sebenarnya jeopardize diri sendiri, saudara sendiri, negara sendiri, tau tak.  Haa, kenapa pulak macam tu? Nak tahu, sila baca penulisan seterusnya. 

Ok, semua setujukan kalau aku kata berniaga lah sumber rezeki yang paing menguntungkan dan sustainable. Rasullullah sendiri bersabda “Sembilan per sepuluh rezeki datang dari perniagaan” (Hadith Riwayat Bukhari). Tapi dalam perniagaan apa yang paling penting? Ada empat:

1) modal
2) Standard Operation Procedure (SOP) i.e. book keeping, account bla2
3) Networking (utk supply, promotion, sale bla2)
4) Experience

Dalam keempat-empat di atas, yang mana agaknya ada pada Melayu dan Bumiputra by default? Jawapannya, TAKDE. 

Korang x pernah wonder ke kenapa banyak bisness2 besar kat Malaysia sahabat2 Cina dan India kita yang run dan punya? Honda Yong Ming di JB, Honda Tian Siang dan BMW Tian Siang di Ipoh dan yang paling famous Boon Siew Honda (ni cuma sebut sedikit je dan focus pada import kereta je). Korang x pernah wonder ke, macamana diorang ni boleh dapat ‘line’ bawak/import kereta awal2 lagi? Ceritanya macam gini. Waktu awal2 dulu, awal 1900an industry kereta Jepun, German datang Malaya usha2 line nak bawak masuk kereta, so diorang pun cari la runner utk jadi dealer. Sapa agaknya yang offer diri? Sapa agaknya yang ada modal? Sapa agaknya yang mmg dah ada budaya meniaga yang established, SOPnya, experiencenya, networking. Forefathers sahabat2 Cina dan India kita lah, nenek moyang kita ada apa waktu tu. Ok, kita bukan nak dengki dgn sahabat2 kita ke apa ke, tak pelah itu mmg dah rezeki diorang. 

Tapi macamana agaknya nak menggalakkan dan membantu Melayu dan Bumiputra ni menceburi dan seterusnya jadi major player diwaktu kita handicapped teruk (takde memiliki satu pun dari empat  ciri diatas)?. Caranya franchising la dan inilah yang Mahathir perkenalkan lewat 80an dan awal 90an dulu. Bila franchising, kita tak perlulah risau sangat lagi tentang SOP, networking dan experience sebab bisnes2 ni mmg dah established dan franchisor akan bertindak sebagai mentor, memberi khidmat nasihat dan pengawasan kepada bisnes tu dari semasa ke semasa. Benda ni macam technology transfer jugak la. 

So apa yang diperlukan cuma modal, yang mainly untuk bayar Licensing Fee pada Franchisor tu. Tu yang banyak skim2 pinjaman khas yang disediakan khas oleh kerajaan untuk industry frachais tempatan. Having all these taken care of, theoretically, now the Bumiputras can kick start rather ‘immediately’ their own business. That was the strategy and that was the story yang nampaknya ramai dari kita yang pung pang di FB tak tau. So, from this perspective, boycotting any franchising is not really boycotting the franchisor but jeopardizing local industry/business and national strategy instead. 

So macamana, nak terus boikot ke tidak McD? Ikut suka koranglah, tepuk dada tanya selera. Cuma, sebelum aku sign off, ada sikit lagi yang aku nak cakap. Ramai juga yang championing the boycott mengguna persuasive tactic dalam bentuk soalan lepas mati. Ramai yang cakap, kalau kita boycott McD, nanti lepas mati bila ditanya apa usaha kita dalam membantu saudara kita di Palestine, kita boleh jawab yang kita Boycott McD. Hmm, apa pulak nak jawab ek kalau kita seterusnya disoal, kenapa pulak kita nak menganiaya owner2 McD Muslim yang membayar zakat setiap tahun, yang tak terlibat pun dengan apa2 urusan McD (the franchisor)? Kalau ditanya macam tu la. Wallahualam.

Dan last sekali (betul, kali ni mmg last punya), mungkin akan ada yang kata, “ala, apa la tulis2 panjang, tak habis2 lagi ke hal McD ni?”. Hmm, McD ni pada aku symbolic je, permasalahan yang sebenar yang menyebabkan aku sanggup tulis panjang2 ni ialah kerisauan aku pada sikap masyarakat kita yang terus berfikiran dan bersikap simplistic. Kita gagal hendak menerima hakikat yang hidup ini tidak se’simple’ yang kita rasa, kita gagal untuk memahami yang interaksi kita antara manusia dan manusia, society dan society, negara dan negara adalah satu sistem yang sangat kompleks yang pengurusannya memerlukan kita memandang sesuatu perkara dari perspective bird eyes view. Pemikiran yang simplistic sebeginilah menyebabkan masyarakat kita amat sukar untuk mencari titik persetujuan dan berterus-terusan berbalah sesama sendiri. Ini yang perlu kita selesaikan terlebih dulu. Dan inilah juga reason kenapa aku terus menulis on topics yang mungkin pada pandangan ramai adalah trivial dan tak penting.

*Note: Aku sokong perjuangan Palestine dan aku benci Zionist tapi pada aku, cara yang paling sesuai untuk aku menyumbang dan berjihad adalah dengan mengajar bersungguh2 dan research bersungguh2 supaya masyarakat dan negara aku nanti akan cukup maju dan kuat untuk melindungi dan memperjuangkan hak2 Palestine. Honestly, I am a true believer of “there is always a smart way in anything” but never, never I believe in short-cut.