Gadis-gadis di negara China kini punyai satu kegilaan baru iaitu merakamkan gambar bulu ketiak mereka dan kemudiannya berkongsi di laman sosial Weibo ataupun Twitter di China.
Tidak cukup dengan itu, ada pertandingan digelar gadis tidak cabut bulu ketiak dibuat bagi menggalakkan gadis-gadis di sana mengekalkan bulu di badan mereka.
Setakat ini, beribu-ribu gambar telah dikongsi laman web pertandingan itu yang kini dilihat hampir 28 juta orang.
Pertandingan itu dibuat selepas kerajaan China menganjurkan beberapa kempen yang menggalakkan wanita untuk mengekalkan kecantikan semula jadi.
No comments:
Post a Comment