Dulu Anwar umumkan 30 Ahli Parlimen akan serta PKR
dan dia akan menjadi PM, sekarang Azizah umumkan 30 orang ADUN sudah
menyebelahinya menjadi MB, tetapi Anwar sekali lagi
dikejutkan dan digentarkan oleh Khalid Ibrahim menerusi pengumuman tidak
rasmi Khalid bahawa penyelesaian bagi segala kemelut yang berlaku di
Selangor boleh diselesaikan menerusi pembubaran DUN Selangor
bagi membolehkan Pilihanraya Negeri diadakan.
Pakatan Rakyat menguasai majoriti lebih dua pertiga di DUN
Selangor dan sepatutnya dapat menjalankan pentadbiran
negeri dengan lancar dan tidak mempunyai sebarang masalah
untuk meluluskan apa-apa undang-undang atau peraturan baru. Malahan
bajet Kerajaan Negeri pun, berada sepenuhnya dalam kawalan Pakatan Rakyat.
Malangnya ketamakan dan keserakahan nafsu Anwar Ibrahim, menggagalkan
segala-galanya. Di sebalik pujian melambung yang diberikan kepada Khalid
Ibrahim kerana berjaya membuatkan Selangor mempunyai rezab tunai
RM3.2 bilion, rupa-rupanya Anwar Ibrahim meleleh-leleh air liur
untuk menggunakan wang tersebut buat kepentingan dirinya.
Fikirnya, Khalid Ibrahim tidak akan melawan dan menuruti sahaja
kehendaknya kerana kebanyakan pemimpin PKR memang begitu sifatnya.
Disuruhnya Khalid letak jawatan, Khalid enggan. Dibuatnya KAJANG MOVE,
tetapi Khalid kemudian mengatur langkah, melawan bahkan
membiayai PRK DUN Kajang yang merupakan sebahagian daripada rancangan
jahat Rafizi Ramli yang disuruh oleh Anwar Ibrahim.
Khalid sudah menang di situ apabila RM50 juta yang dikeluarkan
oleh Khalid untuk membeli undi bagi memenangkan Wan Azizah,
mempunyai bukti dan arahan daripada Anwar Ibrahim. Malah
kepada siapa pun wang tersebut diserahkan, turut dicatatkan
dengan teliti.
Begitu juga dengan SKANDAL SPLASH
yang dipaksa oleh Anwar Ibrahim untuk Kerajaan Negeri Selangor
membayar kroninya wang berjumlah RM2.5 bilion walaupun jumlah
sebenarnya hanyalah RM250 juta iaitu jumlah yang
dibayar oleh Khalid kepada pemegang konsesi SPLASH.
Anwar gagal
lagi memperolehi duit negeri Selangor sepertimana yang
dihajatinya. Namun pada masa yang sama, Anwar
juga gagal menyedari bahawa Khalid Ibrahim sudah memasang perangkap
untuk menjerat Anwar Ibrahim.
Bila
umumkan yang Wan Azizah sudah ada 30 orang ADUN yang
menyokongnya termasuklah dua orang ADUN PAS, Anwar menjangkakan,
Khalid Ibrahim sudah kena checkmate dan Khalid
tidak ada pilihan lain kecuali letak jawatan Menteri Besar.
Namun, Khalid masih
ada senjata terakhir. Khalid menunjukkan kepatuhannya kepada perintah
DYMM Sultan Selangor agar dia tidak buka mulut, tidak banyak melayan
isu perebutan jawatan Menteri Besar Selangor dan menyerahkan
keputusan akhir kedudukan Menteri Besar Selangor kepada baginda
tuanku.
27 Ogos, itu
adalah tarikh yang diberikan oleh Khalid Ibrahim yang
sudah cukup menggentarkan Anwar Ibrahim dan PKR serta DAP secara
keseluruhannya.
Kalau
berlaku PRN Selangor seperti yang dijangkakan oleh semua pihak,
DAP tidak banyak terjejas kerana kerusi-kerusi DUN yang
ditandingi semuanya bermajoriti Cina. PAS mungkin akan menambah
bilangan kerusi DUN yang dikuasainya berbanding PRU-13. Manakala UMNO-BN
akan memperbaiki jumlah kerusi DUN yang dikuasai.
Yang paling banyak kerugian adalah PKR. Dengan imej PKR yang dilihat
sebagai sebuah parti Anwar Ibrahim yang penuh
serakah, ketamakan serta terlalu mementingkan Anwar
Ibrahim, kebanyakan penyokong atau pengundi PKR sebelum
ini, kebanyakannya tidak dapat menahan perasaan meluat
dan benci. Apatah lagi PKR dilihat terlalu sibuk
untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim dan keluarganya
berbanding mengambil peduli hal rakyat. Sehinggakan demi Anwar, Khalid
Ibrahim yang dikatakan seorang Menteri Besar yang baik pun, telah
cuba dipecat dan disingkirkan semata-mata kerana memenuhi
kehendak KETUM.
Lebih
penting, semata-mata untuk memenuhi nafsu Anwar
Ibrahim, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP-PKR-PAS berpecah.
Kebanggaan kononnya kewujudan Pakatan Rakyat
telah berjaya memecahkan tembok yang dibina oleh BN,
akan hilang kerana Anwar lebih rela melihat Pakatan Rakyat
berpecah demi mencapai maksudnya!
Sekali
lagi Anwar Ibrahim kena main dek Khalid Ibrahim dan ancaman Pilihanraya
Negeri Selangor oleh Khalid Ibrahim
bukan sahaja akan memusnahkan keinginan dan hasrat
Anwar Ibrahim, bahkan keseluruhan Pakatan Rakyat itu sendiri!!!
Salam.Mengapa blogger blogger sekarang banyak advertise OTWC...old town wnite coffee, kan itu kepunyaan Ngeh ????
ReplyDelete