AIDCNew
– Facebook pro ulama, El
Haraki menyifatkan
Saari Sungip menunjukkan wajah sebenar apabila mula mengangkat muka
mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut
El Haraki, PAS mula mencurigai Saari sejak kemasukan beliau ke dalam
parti itu pada tahun 1987, namun ketika itu kesannya masih belum
melebar berbanding dengan sekarang ini.
“Saari
Sungip merupakan Presiden JIM yang melakukan infiltrasi ke dalam PAS.
“Tahun
1987, Saari pernah meminta jawatan dan tugas daripada Lajnah Tarbiyah
PAS Pusat yang ketika itu diketuai oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi
Awang.
“Pernah
ditawarkan jawatan Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional (Sekarang
PKR) pada tahun 1999, dia kata “nanti dulu, saya nak bergerak dalam
PAS dulu.”
“Merupakan
perancang Grand Design HIS untuk menguasai PAS setebal 57 m/s yang
mempunyai lebih kurang 5.0 point besar. (El-Haraki ada menyimpan
bukti dan dokumen Grand Design yang bocor ini)
“Saranan
El-Haraki agar Saari keluar daripada PAS ataupun bertaubat kepada
Allah kerana telah melanggar Baiah atas nama Allah dan Rasul,”dedah
facebook itu.
El
Haraki turut menyiarkan pendedahan Ahmad
Hakimi Othman, Kuala Selangor berkaitan
dengan sejarah Saari dan JIM :
PAS,
IRC, ABIM dan Saari Sungip.
Timbul
isu Panas bila Saudara Saari sungip mula bertindak balas terhadap
tindakan sebahagian Muktamirin di Muktamar PAS dan juga penegasan TG
Presiden kepada dua orang yang khianat amanat dan Baiah atas Nama
ALLAH swt. (Wallahi, Wabillahi, Watallahi). Penting juga untuk kita
melihat kaitan dan hubungan Saari Sungip dan PAS dalam lapangan
gerakan ISLAM. Tidak asing bagi yang berpengalaman dalam lapangan
dakwah Islam di tanah Melayu bahawa terdapat pertembungan apabila
berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Kesan 13 Mei, PAS mengambil
keputusan bersama Perikatan dalam tahun 1972 membentuk BARISAN
NASIONAL. Kesan penggabungan ini, beberapa tokoh merasakan perlu
bergerak dari luar jalur kerajaan dan akhirnya membentuk NGO NGO dan
gerakan Pelajar yang terlibat secara langsung menyuarakan pendapat
dalam arus perdana sosial dan politik Tanah Melayu ketika itu.
Saari
Sungip, lulusan sekolah berasrama Penuh Sekolah Tun Abdul Razak
(STAR) Ipoh yang akhirnya melanjutkan pelajaran di Birmingham UK dan
menyertai gerakan pelajar di sana yang lebih terkenal dengan Islamic
Reprensentative Council (IRC). Dengan jaringan IRC inilah , akhirnya
membentuk jalur asas kepada pertembungan yang berlaku selepasnya.
Sepanjang
dekad 1980-1990 berlaku beberapa peristiwa yang boleh dikaitkan
dengan penglibatan IRC. Antaranya keributan yang berlaku dalam ABIM
dan gerakan pelajarnya yang dipimpin Oleh Mohd Nor Manuty. Perpecahan
dalam ABIM menyebabkan terdiri lagi satu kumpulan iaitu kumpulan
Ustaz Dahlan (Kusda) yang dipimpin Ustaz Dahlan Mohd Zain yang
mengetuai ABIM Perlis. kumpulan ini akhirnya membentuk HALUAN pada
tahun 1988.
Terjadi
juga krisis kepercayaan dalam PAS apabila sdr Mustafa Kader yang
pernah menjawat jawatan tertinggi di peringkat Pemuda terlibat dalam
jaringan rancangan IRC. Dalam Organ Parti seperti Harakah, Dr Daeng
Sanusi Daeng Mariok dijadikan payung mereka atas budi membantu Dr
Daeng membangunkan Harakah sebagai organ Parti ketika itu. Dalam
krisis ketika itu, Dr Daeng sedikit terpalit dengan perancangan
perancangan mereka dari IRC.
Akhirnya,
kemuncak bila tidak dapat menembusi secara total dalam ABIM dan PAS,
mereka membina jemaah forntline yang dinamakan JEMAAH ISLAH MALAYSIA
(JIM) yang diasaskan pada 27 Julai 1990. Pengerusi Penaja NGO ini,
tidak lain dan tidak bukan ialah Saudara Saari Sungip yang seterusnya
menjawat Jawatan Pengerusi JIM sehingga 1999.JIM di bawah
kepimpinannya juga cuba menyatukan dengan HALUAN pada tahun 1995
tetapi tidak berjaya.
Kalau
dilihat dari jalur waktu sejarah, tertubuhnya JIM serentak dengan
kemenangan PAS di Kelantan pada tahun 1990. Pada masa itu, Dato Sri
Anwar Ibrahim tengah memuncak karier politiknya di dalam UMNO. Malah,
kalau dilihat dari jalur kesatuan Pelajar, Tokoh Tokoh pelajar MISG
yang menyertai beliau ialah Wan Hasni Wan Sulaiman yang pernah
menjawat Timbalan Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan pengerusi ABRAR INC.
Turut
bersama Abdul Rahim Ghouse, Mantan Presiden MISG sebelum wan Hasni
yang menjadi Ketua Pemuda Pulau Pinang dan juga bersama Wan Hasni
membina ABRAR INC. MISG dan IRC punyai hubungan yang agak erat di
kalangan penggerak persatuan pelajar di Luar negara. MISG yang
berpusat di Illinois, amerika, Manakala kumpulan IRC bergerak di UK.
Ramai juga, lepasan lepasan ABIM turut sama menyertai MISG lantas
secara tak sedar membina jaringan langsung dengan UMNO di bawah
pimpinan DSAI.
Maka
tidak hairan ketika itu, tatkala Anwar berada di puncak kuasa UMNO,
tokoh tokoh IRC menguasai di sektor pendidikan di UIA, USM Kubang
kerian, di UTM, di UM dan lain lain lagi. Dalam masa yang sama Saari
Sungip juga terlibat dalam bidang kejuruteraan mempunyai hubungan
secara langsung dalam urusan perniagaan bersama agensi agensi
kerajaan yang ketika itu mendapat faedah bekerjasama dengan DSAI.
Pertembungan
DSAI dan PAS ketika itu juga turut dibantu oleh JIM dalam menaikkan
imej Islamisasi DSAI. Malah membantu DSAI untuk beliau merampas balik
Kelantan dari PAS pada tahun 1995. Maka tidak hairan ucapan ucapan
DSAI, kosa kata yang digunakan oleh anwar Ibrahim seperti Masyarakat
Madani, Maqasid Syariiah, Islamisasi turut diucap oleh pimpinan
pimpinan IRC/JIM/IKRAM sehingga hari ini.
Tahun
1998, berlakunya reformasi apabila DSAI dipecat dari UMNO. Maka
tatkala JIM/IRC sudah hilang kepentingan dalam UMNO. Mereka bangkit
membela DSAI seterusnya bersama sama dengan PAS yang menggerakkan
GERAK yang dipimpin oleh almarhum TG Fadhil Noor ketika itu.
Permusuhan DSAI dengan Mahathir Mohammad ketika itu menyebabkan
beberapa tokoh IRC, PAS disumbat ke dalam tahanan ISA.
Pengikut
yang dahulu masuk UMNO kerana umpanan DSAI juga turut masuk ISA.
Saari Sungip, Abdul Malik Hussin, Ahmad Zahid Hamidi, Ezam Mohd Nor
dan ramai lagi ditahan atas penglibatan mereka bersama DSAI ketika
reformasi 1998. Di saat itulah, nama nama Saari Sungip, Dzulkefly
Ahmad, Nizar, Zulkifly Omar muncul satu persatu dalam PAS.
Dalam
PRU 1999, Saari Sungip bertanding atas tiket Keadilan di Parlimen
Paya Besar tetapi kalah. 2004, Saari Sungip bertanding atas Tiket PKR
di Parlimen Kuala Langat, juga kalah. Akhirnya pada tahun 2008, Saari
Sungip bertanding atas tiket PAS selepas menyertai PAS dan menang di
DUN Ulu Klang dalam Parlimen Gombak. mengulangi bertanding pada 2013
sehingga masih bergelar YB sehingga hari ini.
Kalau
dilihat kisah ini, lihat betapa PAS memberi ruang dan kemaafan untuk
Saari Sungip dan kawan kawannya bergerak dalam PAS. Namun madu yang
diberi, tuba yang dibalasnya. Tindakan membelakangi keputusan PAS
menerusi Presiden dan Majlis Syura langsung tidak diambil perhatian
apabila baiah atas Nama ALLAH.
Malah,
dengan bangganya hari ini menyebut dalam akhbar untuk mempersoalkan
tindakan muktamirin PAS mendesak beliau diambil tindakan oleh Jemaah
dan doa kepada ALLAH.
Lihatlah
sejarah ini. Siapa Khianat Siapa?
Ahmad
Hakimi Othman
Kuala Selangor
Kuala Selangor
No comments:
Post a Comment