Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, September 22, 2014

El Haraki : Saari Sungip Mula Tunjuk Wajah Sebenar


AIDCNew – Facebook pro ulama, El Haraki menyifatkan Saari Sungip menunjukkan wajah sebenar apabila mula mengangkat muka mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut El Haraki, PAS mula mencurigai Saari sejak kemasukan beliau ke dalam parti itu pada tahun 1987, namun ketika itu kesannya masih belum melebar berbanding dengan sekarang ini.
Saari Sungip merupakan Presiden JIM yang melakukan infiltrasi ke dalam PAS.
Tahun 1987, Saari pernah meminta jawatan dan tugas daripada Lajnah Tarbiyah PAS Pusat yang ketika itu diketuai oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Pernah ditawarkan jawatan Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional (Sekarang PKR) pada tahun 1999, dia kata “nanti dulu, saya nak bergerak dalam PAS dulu.”
Merupakan perancang Grand Design HIS untuk menguasai PAS setebal 57 m/s yang mempunyai lebih kurang 5.0 point besar. (El-Haraki ada menyimpan bukti dan dokumen Grand Design yang bocor ini)
Saranan El-Haraki agar Saari keluar daripada PAS ataupun bertaubat kepada Allah kerana telah melanggar Baiah atas nama Allah dan Rasul,”dedah facebook itu.
El Haraki turut menyiarkan pendedahan Ahmad Hakimi Othman, Kuala Selangor berkaitan dengan sejarah Saari dan JIM :

PAS, IRC, ABIM dan Saari Sungip.

Timbul isu Panas bila Saudara Saari sungip mula bertindak balas terhadap tindakan sebahagian Muktamirin di Muktamar PAS dan juga penegasan TG Presiden kepada dua orang yang khianat amanat dan Baiah atas Nama ALLAH swt. (Wallahi, Wabillahi, Watallahi). Penting juga untuk kita melihat kaitan dan hubungan Saari Sungip dan PAS dalam lapangan gerakan ISLAM. Tidak asing bagi yang berpengalaman dalam lapangan dakwah Islam di tanah Melayu bahawa terdapat pertembungan apabila berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Kesan 13 Mei, PAS mengambil keputusan bersama Perikatan dalam tahun 1972 membentuk BARISAN NASIONAL. Kesan penggabungan ini, beberapa tokoh merasakan perlu bergerak dari luar jalur kerajaan dan akhirnya membentuk NGO NGO dan gerakan Pelajar yang terlibat secara langsung menyuarakan pendapat dalam arus perdana sosial dan politik Tanah Melayu ketika itu.
Saari Sungip, lulusan sekolah berasrama Penuh Sekolah Tun Abdul Razak (STAR) Ipoh yang akhirnya melanjutkan pelajaran di Birmingham UK dan menyertai gerakan pelajar di sana yang lebih terkenal dengan Islamic Reprensentative Council (IRC). Dengan jaringan IRC inilah , akhirnya membentuk jalur asas kepada pertembungan yang berlaku selepasnya.
Sepanjang dekad 1980-1990 berlaku beberapa peristiwa yang boleh dikaitkan dengan penglibatan IRC. Antaranya keributan yang berlaku dalam ABIM dan gerakan pelajarnya yang dipimpin Oleh Mohd Nor Manuty. Perpecahan dalam ABIM menyebabkan terdiri lagi satu kumpulan iaitu kumpulan Ustaz Dahlan (Kusda) yang dipimpin Ustaz Dahlan Mohd Zain yang mengetuai ABIM Perlis. kumpulan ini akhirnya membentuk HALUAN pada tahun 1988.
Terjadi juga krisis kepercayaan dalam PAS apabila sdr Mustafa Kader yang pernah menjawat jawatan tertinggi di peringkat Pemuda terlibat dalam jaringan rancangan IRC. Dalam Organ Parti seperti Harakah, Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok dijadikan payung mereka atas budi membantu Dr Daeng membangunkan Harakah sebagai organ Parti ketika itu. Dalam krisis ketika itu, Dr Daeng sedikit terpalit dengan perancangan perancangan mereka dari IRC.
Akhirnya, kemuncak bila tidak dapat menembusi secara total dalam ABIM dan PAS, mereka membina jemaah forntline yang dinamakan JEMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM) yang diasaskan pada 27 Julai 1990. Pengerusi Penaja NGO ini, tidak lain dan tidak bukan ialah Saudara Saari Sungip yang seterusnya menjawat Jawatan Pengerusi JIM sehingga 1999.JIM di bawah kepimpinannya juga cuba menyatukan dengan HALUAN pada tahun 1995 tetapi tidak berjaya.
Kalau dilihat dari jalur waktu sejarah, tertubuhnya JIM serentak dengan kemenangan PAS di Kelantan pada tahun 1990. Pada masa itu, Dato Sri Anwar Ibrahim tengah memuncak karier politiknya di dalam UMNO. Malah, kalau dilihat dari jalur kesatuan Pelajar, Tokoh Tokoh pelajar MISG yang menyertai beliau ialah Wan Hasni Wan Sulaiman yang pernah menjawat Timbalan Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan pengerusi ABRAR INC.
Turut bersama Abdul Rahim Ghouse, Mantan Presiden MISG sebelum wan Hasni yang menjadi Ketua Pemuda Pulau Pinang dan juga bersama Wan Hasni membina ABRAR INC. MISG dan IRC punyai hubungan yang agak erat di kalangan penggerak persatuan pelajar di Luar negara. MISG yang berpusat di Illinois, amerika, Manakala kumpulan IRC bergerak di UK. Ramai juga, lepasan lepasan ABIM turut sama menyertai MISG lantas secara tak sedar membina jaringan langsung dengan UMNO di bawah pimpinan DSAI.
Maka tidak hairan ketika itu, tatkala Anwar berada di puncak kuasa UMNO, tokoh tokoh IRC menguasai di sektor pendidikan di UIA, USM Kubang kerian, di UTM, di UM dan lain lain lagi. Dalam masa yang sama Saari Sungip juga terlibat dalam bidang kejuruteraan mempunyai hubungan secara langsung dalam urusan perniagaan bersama agensi agensi kerajaan yang ketika itu mendapat faedah bekerjasama dengan DSAI.
Pertembungan DSAI dan PAS ketika itu juga turut dibantu oleh JIM dalam menaikkan imej Islamisasi DSAI. Malah membantu DSAI untuk beliau merampas balik Kelantan dari PAS pada tahun 1995. Maka tidak hairan ucapan ucapan DSAI, kosa kata yang digunakan oleh anwar Ibrahim seperti Masyarakat Madani, Maqasid Syariiah, Islamisasi turut diucap oleh pimpinan pimpinan IRC/JIM/IKRAM sehingga hari ini.
Tahun 1998, berlakunya reformasi apabila DSAI dipecat dari UMNO. Maka tatkala JIM/IRC sudah hilang kepentingan dalam UMNO. Mereka bangkit membela DSAI seterusnya bersama sama dengan PAS yang menggerakkan GERAK yang dipimpin oleh almarhum TG Fadhil Noor ketika itu. Permusuhan DSAI dengan Mahathir Mohammad ketika itu menyebabkan beberapa tokoh IRC, PAS disumbat ke dalam tahanan ISA.
Pengikut yang dahulu masuk UMNO kerana umpanan DSAI juga turut masuk ISA. Saari Sungip, Abdul Malik Hussin, Ahmad Zahid Hamidi, Ezam Mohd Nor dan ramai lagi ditahan atas penglibatan mereka bersama DSAI ketika reformasi 1998. Di saat itulah, nama nama Saari Sungip, Dzulkefly Ahmad, Nizar, Zulkifly Omar muncul satu persatu dalam PAS.
Dalam PRU 1999, Saari Sungip bertanding atas tiket Keadilan di Parlimen Paya Besar tetapi kalah. 2004, Saari Sungip bertanding atas Tiket PKR di Parlimen Kuala Langat, juga kalah. Akhirnya pada tahun 2008, Saari Sungip bertanding atas tiket PAS selepas menyertai PAS dan menang di DUN Ulu Klang dalam Parlimen Gombak. mengulangi bertanding pada 2013 sehingga masih bergelar YB sehingga hari ini.
Kalau dilihat kisah ini, lihat betapa PAS memberi ruang dan kemaafan untuk Saari Sungip dan kawan kawannya bergerak dalam PAS. Namun madu yang diberi, tuba yang dibalasnya. Tindakan membelakangi keputusan PAS menerusi Presiden dan Majlis Syura langsung tidak diambil perhatian apabila baiah atas Nama ALLAH.
Malah, dengan bangganya hari ini menyebut dalam akhbar untuk mempersoalkan tindakan muktamirin PAS mendesak beliau diambil tindakan oleh Jemaah dan doa kepada ALLAH.

Lihatlah sejarah ini. Siapa Khianat Siapa?

Ahmad Hakimi Othman
Kuala Selangor

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.