-
Pakatan
Rakyat mahupun penyokongnya selalu memberi label kepada kerajaan
pusat yan g dikuasai Barisan Nasional. Diantara label yang sering
diberikan adalah “merampas hak rakyat”, “zalim”,”mencuri”
dan pelbagai label yang lain.
-
Apabila
ditanya apakah bukti yang menunjukkan Kerajaan BN ini “zalim”
atau “merampas hak rakyat”, diantara jawapan yang diberikan
adalah merujuk kpd isu royalty minyak Kelantan yang kononnya
dirampas oleh kerajaan pusat.
-
Dakwaan
dan tohmahan ini dibuat dan disebarkan dan disertakan dengan
fakta-fakta sekerat sehingga banyak pihak yang tertipu dan
terpedaya. Malah ada yang bergelar ustaz pun terpedaya dan turut
sama menyebarkan kecaman-kecaman serupa tanpa berfikir dan mencari
kebenaran
-
Blog
ini, semenjak awal kemunculannya telah menekankan betapa pentingnya
setiap individu mencari kebenaran sebelum percaya dengan segala
dakwaan terutama apabila ianya datang dari orang politik. Ini kerana
sesetengah pihak gemar mewujudkan persepsi negative yang membawa
kepada politik kebencian.
-
Kembali
kepada isu royalty minyak. Mari kita lihat satu persatu dakwaan
mereka dan kita bandingkan dengan fakta kebenaran. Dakwaan-dakwaan
ini saya petik daripada NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti
Rakyat (GEGAR) dan beberapa media/blog pro-pembangkang.
Dakwaan
1
Akta
Kemajuan Petroleum 1974 dibentuk di Parlimen menggantikan Odinan
Darurat 1969. Seksyen 13 (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 79 telah
pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa
perlu 1969 dan oleh itu ordinan tersebut adalah tidak relevan.
Jawapan
-
Ordinan
Darurat 1969 tidak pernah dimansuhkan sehinggalah pada 24 November
2011. Ini lanjutan daripada pengumuman PM bahawa beberapa proklamasi
darurat termasuk yang berkaitan dengan Akta ISA akan dimansuhkan.
Oleh itu pada 24 November 2011 dan 20 December 2011, ordinan darurat
tersebut telah dimansuhkan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Sehubungan dengan itu, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) no.7,
1969 yang menjelaskan pensempadanan wilayah perairan (territorial
waters) juga tidak sah dalam masa 6 bulan dari tarikh pemansuhan
ordinan ini kecuali sekiranya sesuatu dilakukan sebelum tamat tempoh
ini.
-
Lanjutan
daripda pemansuhan ordinan ini, pada 18 June 2012, YDP Agong
berkenan meluluskan AKTA 750 (Territorial Sea Act 2012) dan di
gazetkan pada 22 June 2012.
-
Perhatikan,
bahawa Akta 750 ini diluluskan sebelum berakhirnya tempoh 6 bulan
berkuatkuasanya pemansuhan ordinan darurat 1969.
-
Akta
750, berkenaan dengan `territorial waters’ juga menulis perkara
yang sama seperti didalam ordinan darurat 1969. Rujuk Rajah 1
-
Kenapa
akta ini penting ? Ini kerana, akta ini menerangkan
berkenaan apa yang dimaksudkan oleh territorial waters seperti yang
terkandung dalam Kanun Tanah Negara 1965.
-
Kenapa
perlu rujuk Kanun Tanah Negara ? Ini kerana, Kanun Tanah
Negara menjelaskan berkenaan `Tanah Negeri’ yang tidak terdapat
dalam Akta Petroleum 1974.
-
Bukankah
Akta Petroleum 1974 dah cukup? Akta Petroleum 1974 adalah
hanya untuk penyerahan hak eksplorasi,eksploitasi dan carigali
kepada Petronas.Sebagaimana Malaysia memberikan hak tersebut
kepada Petronas, demikian jugalah kerajaan negeri memberi hak
eksplorasi dan carigali kepada Petronas (tanpa boleh batal).
-
Bukankah
penyerahan hak oleh kerajaan negeri bermakna hak tersebut pada
asalnya adalah hak kerajaan negeri dan Petronas diminta membayar
tunai? Hak yang diberikan oleh kerajaan
negeri adalah kawasan yang merupakan hak kerajaan negeri atau
sempadan yang dimiliki oleh negeri. Untuk kawasan
yang bukan hak kerajaan negeri, hak kepada Petronas diberikan oleh
Kerajaan Pusat.
-
Macam
mana nak tahu hak wilayah kerajaan negeri?Hak kerajaan negeri
termaktub dibawah Kanun Tanah Negara 1965. Sila rujuk definasi
`Tanah Negeri' pada rajah 2.
Rajah
1: Sebahagian daripada Akta 750 Territorial Sea Act 2012
yang
menggantikan Ordinan Darurat 1969 berkaitan 'Territorial Waters'
Definasi
`Tanah Negeri' berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965
Rajah
2: Sebahagian dari Kanun Tanah Negara 1965
Sila
perhatikan ayat yang di `bold’ kan. Ianya tertulis territorial
waters. Penjelasan mengenai `territorial waters’ ini dirujuk kepada
Ordinan Darurat 1969 (sebelum pemansuhan) dan akta 750(selepas
pemansuhan) seperti yang dijelaskan diatas.
Kesimpulan
untuk dakwaan ini
-
Ordinan
Darurat 1969 tidak dimansuhkan sehinggalah pada November 2011 dan
untuk undang-undang mengenai `territorial waters’, ianya
digantikan oleh Akta 750 yang digazetkan pada Jun 2012
-
Akta
Petroleum adalah penyerahan hak oleh Kerajaan Malaysia dan
Negeri-negeri kpd Petronas untuk operasi eksplorasi dan carigali.
-
Hak
milik negeri adalah kawasan didalam sempadan negeri yang merangkumi
perairan wilayah yang bermaksud jaraknya yang tidak melebihi 3 batu
nautika daripada paras surut air.
Dakwaan
2
Pada
9 Mei 1975 - Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian
di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut
bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in
respect of Petroleum”. Beberapa buah negeri telah menandatangi
perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak
mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara
tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri
tersebut.
Jawapan
-
Seperti
yang diterangkan diatas, perjanjian dibawah Akta Petroleum 1974
(akta 144) adalah untuk Malaysia dan negeri-negeri menyerahkan hak
eksplorasi dan mencarigali kepada Petronas.
-
Tidak
ada disebut perkataan royalti didalam akta ini.Yang disebut adalah
`bayaran tunai’ kepada negeri. Bayaran ini diberikan sekiranya
eksplorasi dan carigali ini berlaku di pantai (onshore)
atau dilluar pantai (offshore). Rujuk petikan
perjanjian pada rajah 3. Perhatikan perkataan pantai dan diluar
pantai.
Rajah
3: Petikan Perjanjian Akta Petroleum 1974
3. Sebagai balasan, Petronas perlulah memberi bayaran tunai (cash
payment) yang mempunyai nilai yang sama dengan 5% hasil minyak yang
didapati dan dijual oleh Petronas. Perjanjian yang dibuat pada Mei
1975 ini adalah seperti rajah dibawah.
4.
Berdasarkan perjanjian ini, Petronas akan memberi bayaran tunai
SEKIRANYA minyak didapati di negeri Kelantan. Oleh itu, perkara
pertama yang perlu dilakukan adalah memastikan samada minyak tersebut
berada di negeri Kelantan atau tidak. Untuk itu, had sempadan negeri
perlu ditentukan. Sempadan negeri ini boleh dilihat melalui Kanun
Tanah Negara.
Dakwaan
3
Jarak
150km dari Kota Bharu ke kawasan pengeluaran minyak & gas di JDA
tetapi paip menyalurkan minyak didaratkan ke Songla yang jaraknya
260km dari JDA (beza 110km) - Penafian HAK Kelantan buat kali
pertama!
Jawapan
-
JDA
adalah kawasan usahasama antara Kerajaan Malaysia dengan kerajaan
Negara Lain, sebgai contoh kerajaan Thailand. Pemilihan tempat
pendaratan minyak untuk kawasan yang dikongsi bersama perlulah
mempunyai kesepakatan ataupun `win-win situation’.Ianya adalah
melibatkan hubungan antara dua Negara iaitu Malaysia dan Thailand,
oleh itu dalam hubungan dua hala antara dua Negara, pendekatan yang
membawa kepada usahasama dua Negara perlu diutamakan.
Dakwaan
4
Sekali
lagi hak Negeri Kelantan ingin dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan
dengan mendaratkan minyak Kelantan ke Terengganu.
Jawapan
-
Minyak
tersebut bukan hak Negeri Kelantan mahupun Negeri Terengganu. Sila
rujuk jawapan diatas.
-
Petronas
adalah sebuah entity perniagaan dan sebagai sebuah Syarikat yang
besar dan mempunyai keupayaan menjalankan perniagaan dengan begitu
cemerlang sudah tentu memilih jalan yang boleh membawa keuntungan
kepada mereka. Mustahil, Petronas akan memilih pendekatan yang
membawa kerugian. Sudah semestinya, pemilihan tempat untuk
pendaratan minyak telah mengambil kira kesemua kos-kos yang terlibat
diantara membangunkan satu tempat pendaratan baru beserta dengan
kerja-kerja pemasangan paip dengan hanya membuat pemasangan paip
yang sedikit panjang tetapi dapat mengoptimumkan penggunaan pusat
pendaratan dan pemprosesan di Terengganu. Banyak factor dan kos yang
akan terlibat samada secara langsung atau tidak langsung sekiranya
satu tempat pendaratan baru perlu dibina atau ditambahbaik.
-
Blog
ini percaya, Petronas mempunyai kepakaran mereka dalam merancang
operasi carigali dan pemprosesan minyak.
Dakwaan-dakwaan
lain (diambill dari blog/media pembangkang)
Dakwaan
5
Kenapa
Terengganu mendapat royalty sedangkan jarak tempat carigali minyak
adalah jauh dari 3 batu nautica?
Jawapan
Terengganu
sama seperti Kelantan tiada hak keatas minyak yang dijumpai kerana
ianya bukan hak milik kerajaan negeri. Pemberian royalty kepada
Terengganu adalah Ihsan dari PM dan samada ianya ditermakan sebagai
royalty ataupun wang ehsan, kedua-duanya adalah ehsan PM kerana
minyak yang dijumpai bukan milik Terengganu. Inilah sebabnya pada
tahun 1999, bayaran royalty kepada Terengganu ditukar namanya kepada
wang Ehsan kerana ianya hendak disalurkan secara terus kepada rakyat
Terengganu dan bukan kepada Kerajaan Negeri. Diantara alasan yang
diberikan adalah dikhuatiri, Kerajaan Negeri akan menggunakan wang
ini untuk tujuan parti politik dan bukannya untuk rakyat Terengganu.
Bayaran yang dibuat melalui JPP akan bergantung kepada projek-projek
keperluan rakyat.Sebarang projek yang ingin dibuat oleh Kerajaan
Negeri untuk kebaikan rakyat Terengganu boleh mendapatkan wang ehsan
ini melalui JPP. Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa merubah bayaran
tunai ini adalah kerana minyak yang dijumpai itu adalah hak milik
kerajaan Persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.
Kerajaan
Kelantan juga mendapat wang ehsan seperti mana yang didapati oleh
Kerajaan Terengganu.
Dakwaan
6
Kenapa
Sabah dan Sarawak mendapat royalty?
Jawapan
Kerajaan Negeri
Sabah dan Sarawak telah sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap
hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian
serta perundangan-perundangan yang memberi hak ke atas
kawasan pelantar benua.
Hak
kedua-dua negeri ke atas kawasan pelantar benua termaktub di dalam
“North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954”
dan “Sarawak (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954]”.
Ia
merupakan sejarah dan hak istimewa yang diiktiraf semasa menyertai
Malaysia pada tahun 1963.
Sebagaimana
yang termaktub Di dalam Perlembagaan Persekutuan,
perkiraan bayaran kepada Sabah dan Sarawak mengambil kira
duti import, duti eksais, duti eksport petroleum kepada Sabah dan
Sarawak serta hasil perlombongan galian semulajadi.
Ini
adalah jaminan kelayakan yang diterima oleh Negeri Sabah dan Sarawak,
yang tidak ada di negeri-negeri Semenanjung.
Soalan
tambahan
1. Apakah
Pimpinan Pakatan Rakyat sedar akan system Perundangan yang berkaitan
dengan Royalti ini?
Blog
ini berpendapat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tahu bahawasanya, kalau
berasaskan kebenaran fakta dan perundangan, mereka tiada hak keatas
hasil minyak ini. Oleh kerana itulah Anwar Ibrahim telah cuba untuk
membuat pindaan terhadap Akta Petroleum 1974 pada tahun 2009 dengan
memasukkan kenyataan dibawah pada seksyen 10 akta tersebut :-
Beliau
mahu meminda dan membuat takrifan baru pada perkataan `diluar pantai’
agar ianya menjadi hak milik kerajaan negeri. Untuk pengetahuan
pembaca, Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) adalah kawasan perairan milik
Negara yang berada di wilayah perairan di luar 12 batu nautical
sehingga ke 200 batu nautica (sila rujuk United Nation Convention).
Ini
menunjukkan bahawa belia sedar tanpa pindaan pada perkataan di luar
pantai seperti diatas, ianya bukanlah milik negeri tetapi ianya
adalah milik kerajaan Persekutuan.
Ini
juga membuktikan bahawa tindakan yang dibuat oleh Kerajaan
Persekutuan adalah berasaskan kepada undang-undang dan tidak pernah
berniat jahat.
2.
Apakah penyelesaian kepada kemelut ini
Bagi
pendapat blog ini, perkara pertama yang perlu difahami oleh seluruh
rakyat adalah, pentingnya untuk kita mengutamakan kebenaran daripada
politik. Sekiranya fakta dan kebenaran diutamakan, tidak akan timbul
cubaan untuk menjadikannya isu politik yang dipergunakan oleh
kelompok-kelompok tertentu untuk menimbulkan kebencian rakyat. Ini
semua dilakukan demi survival politik mereka.
Sekiranya
kita mengutamakan kebenaran dan tidak terpedaya dengan
hasutan,penipuan dan fitnah yang cuba dilemparkan kepada Kerajaan
Persekutuan maka InsyaAllah kita akan faham kedudukan sebenar isu ini
dan dapat berfikir dengan lebih rasional.
Blog
ini juga berpendapat, sekiranya kerajaan Negeri Kelantan memahami isu
ini dari sudut perundangan dan mereka faham bahawa mereka tiada hak
keatas minyak tersebut, pendekatan secara rundingan boleh dibuat
dengan Kerajaan Persekutuan. Sekiranya Kerajaan Negeri berunding
dengan cara baik kepada Kerajaan Pusat dan memohon agar dinaikkan
sumbangan atau peruntukan daripada hasil minyak ini, blog ini
percaya, Kerajaan Pusat bersedia menimbangkannya. Mungkin sekiranya
dibincang dengan baik, Kerajaan Kelantan akan mendapat sumbangan
bayaran tunai dengan jumlah yang lebih besar.
Malangnya,
mungkin akibat dihasut oleh kelompok tertentu, Kerajaan Negeri
bersikap angkuh dan kasar, melemparkan pelbagai tuduhan sehingga
sanggup mendoakan “pecah perut” dan sebagainya sedangkan mereka
tidak sedar bahawa mereka berada di pihak yang salah. Sekiranya
mereka mengetepikan politik dan mengutamakan kebenaran, blog ini
percaya keputusan yang memberi kebaikan kepada semua pihak dapat
dicapai.
Pakatan
Rakyat mahupun penyokongnya selalu memberi label kepada kerajaan
pusat yan g dikuasai Barisan Nasional. Diantara label yang sering
diberikan adalah “merampas hak rakyat”, “zalim”,”mencuri”
dan pelbagai label yang lain.
Apabila
ditanya apakah bukti yang menunjukkan Kerajaan BN ini “zalim”
atau “merampas hak rakyat”, diantara jawapan yang diberikan
adalah merujuk kpd isu royalty minyak Kelantan yang kononnya
dirampas oleh kerajaan pusat.
Dakwaan
dan tohmahan ini dibuat dan disebarkan dan disertakan dengan
fakta-fakta sekerat sehingga banyak pihak yang tertipu dan
terpedaya. Malah ada yang bergelar ustaz pun terpedaya dan turut
sama menyebarkan kecaman-kecaman serupa tanpa berfikir dan mencari
kebenaran
Blog
ini, semenjak awal kemunculannya telah menekankan betapa pentingnya
setiap individu mencari kebenaran sebelum percaya dengan segala
dakwaan terutama apabila ianya datang dari orang politik. Ini kerana
sesetengah pihak gemar mewujudkan persepsi negative yang membawa
kepada politik kebencian.
Kembali
kepada isu royalty minyak. Mari kita lihat satu persatu dakwaan
mereka dan kita bandingkan dengan fakta kebenaran. Dakwaan-dakwaan
ini saya petik daripada NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti
Rakyat (GEGAR) dan beberapa media/blog pro-pembangkang.
Akta Kemajuan Petroleum 1974 dibentuk di Parlimen menggantikan Odinan Darurat 1969. Seksyen 13 (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 79 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969 dan oleh itu ordinan tersebut adalah tidak relevan.
Ordinan
Darurat 1969 tidak pernah dimansuhkan sehinggalah pada 24 November
2011. Ini lanjutan daripada pengumuman PM bahawa beberapa proklamasi
darurat termasuk yang berkaitan dengan Akta ISA akan dimansuhkan.
Oleh itu pada 24 November 2011 dan 20 December 2011, ordinan darurat
tersebut telah dimansuhkan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Sehubungan dengan itu, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) no.7,
1969 yang menjelaskan pensempadanan wilayah perairan (territorial
waters) juga tidak sah dalam masa 6 bulan dari tarikh pemansuhan
ordinan ini kecuali sekiranya sesuatu dilakukan sebelum tamat tempoh
ini.
Lanjutan
daripda pemansuhan ordinan ini, pada 18 June 2012, YDP Agong
berkenan meluluskan AKTA 750 (Territorial Sea Act 2012) dan di
gazetkan pada 22 June 2012.
Perhatikan,
bahawa Akta 750 ini diluluskan sebelum berakhirnya tempoh 6 bulan
berkuatkuasanya pemansuhan ordinan darurat 1969.
Akta
750, berkenaan dengan `territorial waters’ juga menulis perkara
yang sama seperti didalam ordinan darurat 1969. Rujuk Rajah 1
Kenapa
akta ini penting ? Ini kerana, akta ini menerangkan
berkenaan apa yang dimaksudkan oleh territorial waters seperti yang
terkandung dalam Kanun Tanah Negara 1965.
Kenapa
perlu rujuk Kanun Tanah Negara ? Ini kerana, Kanun Tanah
Negara menjelaskan berkenaan `Tanah Negeri’ yang tidak terdapat
dalam Akta Petroleum 1974.
Bukankah
Akta Petroleum 1974 dah cukup? Akta Petroleum 1974 adalah
hanya untuk penyerahan hak eksplorasi,eksploitasi dan carigali
kepada Petronas.Sebagaimana Malaysia memberikan hak tersebut
kepada Petronas, demikian jugalah kerajaan negeri memberi hak
eksplorasi dan carigali kepada Petronas (tanpa boleh batal).
Bukankah
penyerahan hak oleh kerajaan negeri bermakna hak tersebut pada
asalnya adalah hak kerajaan negeri dan Petronas diminta membayar
tunai? Hak yang diberikan oleh kerajaan
negeri adalah kawasan yang merupakan hak kerajaan negeri atau
sempadan yang dimiliki oleh negeri. Untuk kawasan
yang bukan hak kerajaan negeri, hak kepada Petronas diberikan oleh
Kerajaan Pusat.
Macam
mana nak tahu hak wilayah kerajaan negeri?Hak kerajaan negeri
termaktub dibawah Kanun Tanah Negara 1965. Sila rujuk definasi
`Tanah Negeri' pada rajah 2.
Rajah
1: Sebahagian daripada Akta 750 Territorial Sea Act 2012
yang menggantikan Ordinan Darurat 1969 berkaitan 'Territorial Waters' |
Rajah
2: Sebahagian dari Kanun Tanah Negara 1965
|
Ordinan
Darurat 1969 tidak dimansuhkan sehinggalah pada November 2011 dan
untuk undang-undang mengenai `territorial waters’, ianya
digantikan oleh Akta 750 yang digazetkan pada Jun 2012
Akta
Petroleum adalah penyerahan hak oleh Kerajaan Malaysia dan
Negeri-negeri kpd Petronas untuk operasi eksplorasi dan carigali.
Hak
milik negeri adalah kawasan didalam sempadan negeri yang merangkumi
perairan wilayah yang bermaksud jaraknya yang tidak melebihi 3 batu
nautika daripada paras surut air.
Jawapan
Seperti
yang diterangkan diatas, perjanjian dibawah Akta Petroleum 1974
(akta 144) adalah untuk Malaysia dan negeri-negeri menyerahkan hak
eksplorasi dan mencarigali kepada Petronas.
Tidak
ada disebut perkataan royalti didalam akta ini.Yang disebut adalah
`bayaran tunai’ kepada negeri. Bayaran ini diberikan sekiranya
eksplorasi dan carigali ini berlaku di pantai (onshore)
atau dilluar pantai (offshore). Rujuk petikan
perjanjian pada rajah 3. Perhatikan perkataan pantai dan diluar
pantai.
Rajah
3: Petikan Perjanjian Akta Petroleum 1974
|
3. Sebagai balasan, Petronas perlulah memberi bayaran tunai (cash payment) yang mempunyai nilai yang sama dengan 5% hasil minyak yang didapati dan dijual oleh Petronas. Perjanjian yang dibuat pada Mei 1975 ini adalah seperti rajah dibawah.
JDA
adalah kawasan usahasama antara Kerajaan Malaysia dengan kerajaan
Negara Lain, sebgai contoh kerajaan Thailand. Pemilihan tempat
pendaratan minyak untuk kawasan yang dikongsi bersama perlulah
mempunyai kesepakatan ataupun `win-win situation’.Ianya adalah
melibatkan hubungan antara dua Negara iaitu Malaysia dan Thailand,
oleh itu dalam hubungan dua hala antara dua Negara, pendekatan yang
membawa kepada usahasama dua Negara perlu diutamakan.
Minyak
tersebut bukan hak Negeri Kelantan mahupun Negeri Terengganu. Sila
rujuk jawapan diatas.
Petronas
adalah sebuah entity perniagaan dan sebagai sebuah Syarikat yang
besar dan mempunyai keupayaan menjalankan perniagaan dengan begitu
cemerlang sudah tentu memilih jalan yang boleh membawa keuntungan
kepada mereka. Mustahil, Petronas akan memilih pendekatan yang
membawa kerugian. Sudah semestinya, pemilihan tempat untuk
pendaratan minyak telah mengambil kira kesemua kos-kos yang terlibat
diantara membangunkan satu tempat pendaratan baru beserta dengan
kerja-kerja pemasangan paip dengan hanya membuat pemasangan paip
yang sedikit panjang tetapi dapat mengoptimumkan penggunaan pusat
pendaratan dan pemprosesan di Terengganu. Banyak factor dan kos yang
akan terlibat samada secara langsung atau tidak langsung sekiranya
satu tempat pendaratan baru perlu dibina atau ditambahbaik.
Blog
ini percaya, Petronas mempunyai kepakaran mereka dalam merancang
operasi carigali dan pemprosesan minyak.
No comments:
Post a Comment