MERCU
TANDA GARUDA INDONESIA, MERCU TANDA MAS MALAYSIA???
MAS PERLU ADA MERCU TANDA KERANA IANYA LAMBANG PATRIOTIK NEGARA |
PADA
tahun 1948, apabila Parti Komunis Malaya (PKM) semakin kuat terutama
selepas diketuai oleh Ong Boon Hua bersama rakan-rakannya, mereka
melancarkan serangan bersenjata ke atas Kerajaan pada masa itu.
Kerajaan terpaksa mengisytiharkan Darurat (1948-1960).
Pada
ketika itu, kebanyakan anggota pasukan keselamatan terdiri daripada
orang-orang Melayu. Kebetulan pada 1 Februari 1948, perjuangan UMNO
di bawah Dato' Onn Jaafar berjaya menumbangkan pelan Malayan Union
dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Dato' Onn Jaafar bukan
setakat meletak jawatan sebagai MB Johor untuk memperjuangkan nasib
bangsanya, malah bersara dengan tenang tanpa mempunyai wang dan
harta.
Dari
tahun 1948-1957, Tanah Melayu ditadbir oleh Pesuruhjaya Tinggi
British tetapi di negeri-negeri Melayu, ianya diketuai oleh Raja-Raja
Melayu. Inilah kejayaan orang Melayu pada masa itu dengan
mengembalikan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Negeri di
negeri masing-masing.
Sekiranya
mengikut pelan asal Malayan Union, kuasa negeri-negeri dipusatkan
kepada Gabenor Jeneral Malayan Union. Kuasa Raja-Raja Melayu di
negeri-negeri akan dihapuskan dan semua rakyat Malayan Union adalah
rakyat British setaraf dengan rakyat Negeri-Negeri Selat.
Maka,
kejayaan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 itu tidak
disenangi PKM yang bercita-cita mengambilalih pentadbiran Tanah
Melayu. Mereka mahu memerintah Tanah Melayu dengan doktrin sosialisme
dan komunisme.
Allahyarham
Jen (B)Tun Ibrahim Ismail, Mantan Panglima ATM Sempat Saya Temui
(2008), Pengorbannya Kepada Negara Tiada Tolok Bandingan
|
ISA
DAN AKTA HASUTAN
Kerajaan
pada masa itu telah memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) untuk mencegah, menghapuskan dan mengawal anasir-anasir
subversif seperti PKM daripada memporak-perandakan ketenteraman orang
awam.
Akta
Hasutan 1948 turut diwujudkan untuk menghalang perbuatan provokasi
yang akan menyebabkan negara berhadapan ancaman kekacauan. Kebanyakan
negara-negara bekas tanah jajahan British masih mengekalkan ISA dan
Akta Hasutan.
Di
Malaysia, walaupun kedua-dua akta ini sangat penting untuk memastikan
rakyat hidup dengan aman dan damai, ianya cuba dihapuskan oleh
sesetengah pihak melalui pemikiran-pemikiran barat seperti human
right, kebebasan, samarata, pluralisme dan sebagainya di mana
ternyata slogan-slogan itu nampaknya indah khabar dari rupa.
Dalam
era moden ini, PKM sudah lemah di Malaysia tetapi nostalgia dan
ideologi mereka tidak pernah mati. Mereka meletak senjata tetapi
bukan meletak fahaman komunisme. Malah komunisme itu telah menjelma
dalam pelbagai bentuk baharu yang tidak disedari.
Perbandingannya,
perarakan menentang kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin berbeza
dengan perarakan menimbulkan kebencian ke atas sistem Raja-Raja
Melayu. Demonstrasi memboikot ekonomi Israel berbeza dengan
demonstrasi menimbulkan keraguan ke atas kuasa Raja-Raja Melayu ke
atas negeri dan jajahan takluknya.
CEO
MAS YANG PATRIOTIK BERJIWA MALAYSIA TULEN, TIDAK TINGGALKAN MAS
KETIKA SENANG ATAU SUSAH, APATAH LAGI MENJUAL BANGUNAN MAS
|
BANGUNAN
MAS
Seseorang
yang tidak pernah ditangkap dan diseksa oleh penjajah, bukanlah
menghairankan sekiranya tidak sensitif tentang kuasa Raja-Raja Melayu
dan teras-teras pembinaan negara ini. Seseorang yang hanya tahu
angka-angka Ringgit dan Dollar bukanlah menghairankan jika dia tidak
peka pun kepada payung diRaja yang selama ini menaungi rakyat jelata.
Jika saya CEO MAS, saya tidak akan menjual bangunan MAS kerana ianya
lambang kenegaraan dan patirotik, bukannya setakat mercu tanda MAS
sahaja. Hari ini, adakah MAS mampu membina sebuah bangunan seindah
itu lagi? Adakah MAS memperolehi keuntungan setelah menjual bangunan
MAS itu?
Kamu
tidak boleh berhujah dengan minda Ringgit dan Dollar di hadapan
seorang Patriot tulen!
Saya
berpendapat menghapuskan Akta Hasutan adalah suatu kesilapan sejarah.
Jikalau hendak dipindah beberapa perkara di dalam akta itu, silakan
tetapi dalam konteks negara kita yang berbilang kaum dengan seribu
satu macam ancaman ke atas perpaduan, saya fikir tindakan
menghapuskan Akta Hasutan boleh menjadi suatu kesilapan yang maha
besar pada masa hadapan. Generasi akan datang akan menerima kesannya.
Cuba
fikirkan, membaca atau mendengar perkataan Akta Hasutan berbanding
dengan Akta Keharmonian, mana satu yang ditakuti oleh sang
penjenayah, perompak, pembunuh dan musuh negara. Secara jujurnya,
sebut sahaja Akta Hasutan mereka yang mempunyai niat buruk akan
menjadi kecut, sebaliknya sebut nama Akta Keharmonian mereka tiada
rasa apa-apa ketakutan untuk melakukan jenayah.
Bersambung...
Ambil perhatian. Bukan bangunan MAS sahaja yg dijual oleh geng malaun khazanah ni. Bangunan telekom menara rebong mercu tanda KL yg dibina tun mahathir turut juga dijual si wahid. Sila semak mungkin bangunan maybank dll mendapat nasib yg sama. Mereka perlu transparent dan perlu jelaskan kpd rakyat.
ReplyDeletePakcik sambal tumis
Betul menara rebung da dijual?
DeletePakcik Samabl Tumis, MAS tu dijual kat siapa dan Telekom nak jual kat siap pula! JAHAT dan TAMAK betullah si puak pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL ni - Bahkan dah tiba masa MERAMPAS balik UMNO dari PENGUASAAN si LIBERAL-PENGKHIANAT terutamanya golongan elit yg. dilahirkan dgn. "sudu emas“ yg. tak habis-habis MENGGADAI hak/tanah PUSAKA nenek moyang BUMIPUTERA kita ini!
ReplyDeleteMakcik Sambal Belacan.