7
Oktober 2014, Kuala Lumpur, lebih 100 mahasiswa yang cenderung
ke arah politik kepartian hari ini diserahkan kepada Ahli-ahli
Parlimen Barisan Nasional sebagai intern bagi memberi peluang kepada
mahasiswa untuk mengenal erti politik sebenar.
Majlis
penyerahan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Muar, YB Dato' Razali
Ibrahim merangkap Pengerusi MANTAP (Mahasiswa Turun Parlimen).
Majlis berlangsung pada awal tengahari tadi adalah termasuk intern
yang akan bertugas di bawah seliaan Perdana Menteri, menteri-menteri
kabinet dan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.
Antara
yang turut hadir Timbalan Menteri, YB Datuk Halimah Sadique,
Pengerusi BNBBC, YB Tan Sri Shahrir Samad, serta Ahli-ahli Parlimen
Barisan Nasional.
Perkara
itu disebut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Majlis Ahli
Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) sebaik selesai Majlis Penyerahan
Peserta Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP IV) dekat Dewan Parlimen,
tengahari tadi.
Menurut
kenyataan sama, MANTAP IV pada tahun ini telah dianjurkan oleh
Barisan Nasional Backbenchers Club (BNBBC) dengan kerjasama Biro
Tata Negara (BTN) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
MANTAP
IV merupakan cetusan idea Y.B. Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MANTAP IV
yang juga turut hadir dalam Majlis Penyerahan Peserta Internship
Mahasiswa Turun Perlimen (MANTAP) IV.
Program
MANTAP telah bermula pada tahun 2011 dan kini telah memasuki siri
ke-4 di mana pengambilan mahasiswa kali ini lebih dititikberatkan
atas sambutan yang mengalakkan pada siri-siri MANTAP yang
sebelumnya.
Antara
kriteria mahasiswa yang diketengahkan pada siri MANTAP IV ialah
berpengetahuan luas, mempunyai latar belakang agama yang baik,
semangat patriotisme yang jitu, semangat 1 Malaysia dan juga
ketahanan mental dan fizikal yang kuat.
Para
peserta MANTAP IV merupakan himpunan mahasiswa yang telah berjaya
dipilih melalui proses pemilihan secara online di website rasmi
MANTAP IV,www.mantap4.com
Pemilihan
secara terbuka ini telah berjaya mengumpulkan mahasiswa dari
pelbagai lapisan masyarakat termasuk penglibatan mahasiswa daripada
kaum Cina dan India.
Kerjasama
yang telah diberikan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk
pengambil peserta MANTAP IV sebagai mentee juga membuka peluang yang
baik kepada mahasiswa untuk berasa lebih dekat bersama wakil rakyat.
Disamping itu, dapat menuntut ilmu dan pengalaman sebagai pelatih
kepada wakil rakyat.
Pada
28 September sehingga 3 Oktober 2014 telah dijalankan kursus MANTAP
IV di Kem Bina Negara Tanjung Ryu kepada semua peserta sebagai
persiapan kepada mereka sebelum menjadi pelatih kepada Ahli Parlimen
Barisan Nasional.
Antara
aspek yang dilatih ketika khusus ialah keadaan politik semasa,
pengetahuan mengenai hubungan parlimen-perlembagaan, gerak kerja
keselamatan dan struktur kepimpinan negara. Setiap modul dan latihan
yang dijalani pelatih telah diselia oleh kumpulan profesional,
antaranya Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz dan Dr. Kamril
Juraidi.

No comments:
Post a Comment