Wednesday, October 8, 2014

SURAT TERBUKA UNTUK DS NAJIB TUN RAZAK...








INI jawapan yang saya temui...

Pertama
Awak pernah jadi Perdana Menteri ? Mungkin tinggi sangat jawatan tu, awak pernah jadi ADUN or paling koman pun Ketua Kampung.... pernah ?
Pernahkah awak di belasah dengan soalan-soalan yang berupa bebanan yang berkaitan dengan amanah tanggungjawab kerja ?
Awak pernah rasa tak berada dalam keadaan nak bunuh diri kerana tekanan dari semua arah tp oleh sebab tanggungjawab atas bahu awak maka awak tetap stay dan bertahan sambil bersabar.
Awak cakap macam senang, Awak keyboard warrior bercakap memang 'gampang'..tapi awak jangan fikir semua bende nmpak mudah.
Bukan semua orang boleh berpuas hati dengan kita... begitu juga awak, awak fikir semua orang puas hati dengan awak.. awak fikir awak sempurna tak pernah buat salah...
Bila awak nak berhenti bertanyakan soalan itu ..?
Kedua

1. Selama ini rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam2 minyak.

2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.

3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan.

4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel.

5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil.

6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion sebulan yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan.

7. Maka utk lebih adil,  subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.

8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.

9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.

10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik.

11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll.

12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kjaan. Tkasih.

(ABM/TMK1/1 Okt 14/ 10.45mlm) 

1 comment:

  1. Bodoh jugak admin blog ni.. yg ditanya pd Najib yg kau tolong jawab dan jilat Najib bodoh tu kenapa?

    Inilah masalah UMNO bila byk lapis dan beratus2 lapis lembu penyondol dan pengampu mengelilingi pemimpin atas.

    So bila rakyat marah..rakyat pilih alternatif wlaupun PR skrg tgh nazak dan menipu jugak..tp rakyat akan protes pd Najib bodoh ini.

    Najib nk beri alasan apa? alasan bodoh2 membodohkan rakyat..isu seludup..isu harga minyak masih murah..isu harga barang dikawal? isu pembangunan.. pembangunan kepala hotak apa jika rakyat tak dapat rasa seperti merasai setiap sen liter petrol untuk berkerja setiap hari?

    Najib dan pencacai2.. sama shj kelakuan kamu dgn pencacai2 Aljubiri dan PASketum.. pemimpin dikelilingin lembu2 pengampu penjilat..dn akhirnya parti akan rosak dan tumbang..

    celakalah kamu semua.. mati esok jawablah di akhirat menzalimi rakyat dan umat Islam ketika nk sambut AidilAdha.. apakh terlalu kritikal sgt atau takut ada ugutan pesawat ditembak pula sehingga tak boleh lagi ditangguh kenaikan petrol diesel selepas Raya Haji?

    bodoh Najib bodoh.. semoga kau takkan kekal jadi PM selepas tahun 2015 ini. Amiin!

    ReplyDelete