Saturday, November 1, 2014

Akhirnya Terungkap Dari Pasukan Pembela Anwar Ibrahim Sendiri... SAH MELIWAT!

Golongan penyembah Anwar Ibrahim di dalam PAS cukup berang jika kes liwat Anwar Ibrahim diulangsebut. Sehinggakan ada yang sangup mengkafirkan sesama jemaah jikalau perkara itu dipertegaskan berdasarkan bukti-bukti fizikal, klinikal dan forensik.

Akhirnya ia menjadi perkara 'taboo' dan ahli-ahli PAS tidak boleh menyebutnya secara terbuka kerana dianggap melanggar Presiden sekalipun sebenarnya Anwar Ibrahim tiada  kena-mengena dengan Tuan Guru Presiden mahupun Almarhum bekas Tuan Guru Presiden PAS yang lalu.

16 tahun lalu, jemaah PAS mencari kebenaran dengan bermohon kepada Allah SWT menyelamatkan Anwar yang Pas yakini telah dizalimi oleh Mahathir. Tanpa usul periksa yang mencukupi, pimpinan Pas pada waktu itu menelan bulat2 kata-kata Anwar, bahawa dia telah dizalimi. Pas turut memanjangkan lagi fitnah Anwar bahawa dia adalah mangsa konspirasi. Pihak Polis, Ahli Kimia, Doktor Perubatan, Hakim-Hakim, Pendakwaraya dan entah berapa banyak lagi pihak yang menurut Anwar berkonspirasi dengan Mahathir untuk menjatuhkannya.

Kesan dari momokan Anwar itu boleh dilihat sehingga hari ini bilamana ramai rakyat dengan mudah memperolok-olokkan Mahkamah, Polis dan Institusi Kehakiman pada hari ini. Ia menunjukkan seolah-olah semua institusi ini terlalu jahat dan yang baik hanyalah Anwar dan Wan Azizah sahaja.

Ia juga untuk menunjukkan kebenaran apabila berita Anwar Ibrahim dipecat dari UBN dan Kabinet Kerajaan Malaysia dilihat sebagai satu penganiayaan daripada rejim zalim yang diketuai oleh Mahathir Mohammad.

Yang tidak sabar-sabar dengan petunjuk dari Allah SWT, telah membuat keputusan berdasarkan logik akal dan nafsu. Namun kebenaran yang ditunggu-tunggu, terungkap dengan sendiri tanpa boleh dinafikan oleh para penyokong Anwar, baik dalam PKR, UBN mahupun PAS.

Kebenaran tersebut adalah menerusi hujah barisan peguambela Anwar Ibrahim sendiri yang mengakui Anwar Ibrahim melakukan perbuatan meliwat walaupun tujuan mereka adalah untuk membuktikan bahawa liwat antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan adalah atas dasar suka sama suka.

16 tahun lalu juga seluruh ahli-ahli dan pemimpin PAS termasuklah Imam Besar Masjid Negara pada waktu itu mengadakan solat hajat untuk memohon petunjuk dari Allah SWT tentang kebenaran tuduhan tersebut. Mangsa liwat pada waktu itu adalah Azizan Abu Bakar, bekas pemandu peribadi Wan Azizah.

Anwar tidak mengakui perbuatan songsangnya walaupun mahkamah kemudian mendapati dia bersalah dan dia dijatuhi hukuman penjara selama 6 tahun kerana kesalahan meliwat dan 8 tahun kerana rasuah salahguna kuasa yang perlu dijalani secara berasingan. Anwar bagaimanapun, tidak sempat menjalani hukuman penjara bagi kesalahan meliwat apabila dia dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan kerana masalah 'tarikh kejadian'.


Bagaimana agaknya para penyokong Anwar Ibrahim yang bersembunyi di dalam PAS boleh menerima hakikat yang diungkapkan sendiri oleh peguam-peguam Anwar dalam kes rayuannya di Mahkamah Persekutuan dalam tempoh empat hari ini? Adakah mereka masih mahu menyatakan bahawa sesiapa di kalangan ahli-ahli PAS yang percaya Anwar mengamalkan perbuatan liwat, maka mereka adalah ANJING UBN? 

1 comment:

  1. PADANLAH TAKUT BERSUMPAH LAKNAT.
    PERANGAI NATANG RUPANYA.

    NI KALAU JADI PM HABIS SEMUA DI TUTUH....
    DAHSYAT........ TETAPI ORANG ADA PHD PUN SOKONG DIA.

    HARAM HALAL DI LUPAKAN......

    ReplyDelete