Antara hujah menarik perhatian kita dari
Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah di pagi hari
Jumaat, 31 Oktober 2014.
(Hujahnya akan disambung di sebelah pagi hari
Isnin (petang Isnin tiada pendengaran)
kemudian diikuti hujjah penggulungan oleh
ketua pembelaan Anwar iaitu Datuk Gopal Sri Ram pada pagi Selasa)
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata,
saiful merupakan bekas pelajar tercicir, berpakaian sut mahal dan diberi elaun
lumayan serta dihantar ke luar negara.
Merujuk keterangan Saiful, Shafee berkata
bekas pembantu ketua pembangkang itu dibayar gaji pokok RM1,000 tetapi diberi
elaun US$1,000 bagi perjalanan ke Singapura dan HK$1,000 semasa dihantar ke
Hong Kong.
Saiful juga berpakaian sut jenama mahal, kata
Shafee, yang menambah perkara itu perlu diberi perhatian dalam menunjukkan
wujud "hubungan".
Dan ketahuilah kau orang semua Fakta ini.
Saiful Bukhari beri keterangan secara bersumpah dan disoal balas Karpal Singh.
Anwar pulak beri keterangan tanpa
bersumpah dan tak boleh disoal balas oleh pendakwaraya
Malah waktu Saiful Bukhari memberikan
keterangan diperingkat mahkamah tinggi Anwar Ibrahim mohon pada mahkamah agar
ianya dibicarakan secara tertutup dan tidak boleh dihebahkan keterangan
keterangan yang Saiful Bukhari berikan. -
4. Anwar juga memberikan Saiful sut Brioni
yang bernilai hampir Rm 24,000 (USD 7,700) yang pada mana sebahagian daripada
mereka yang hadir ke mahkamah hari ini tidak pernah dengar pun jenama ini.
Tetapi mengapa Anwar hendak menjaga dengan baik hubungan beliau dengan Saiful,
soal Shafee.
http://www.brioni.com/
5. Selepas Saiful menguruskan jadual
perjalanan seharian, Anwar telah bertanya, “Can I f*ck you today?” Ini jelas
menunjukkan keintiman perhubungan tersebut, ujar Shafee.
Saiful agak keberatan dan ini telah
menimbulkan kemarahan Anwar di mana Saiful telah didominasi sepenuhnya (secara
mental) oleh Anwar dan mereka ke bilik tidur utama untuk melakukan aktiviti
liwat tersebut.
6. Shafee berkata bahawa kejadian liwat itu
telah berlaku di antara 3 petang sehingga 4.30 petang di Kondominium Damansara.
Hujah Shafee menyatakan bahawa Anwar meliwat Saiful tanpa kerelaan Saiful
tetapi tidak bermaksud tanpa kebenaran. Ini adalah satu dilema psikologi dan
moral apabila seorang individu yang dominan, majikan dan juga idola seperti
Anwar Ibrahim mahu meliwat Saiful.
Perbuatan meliwat ini tidak ada kaitan dengan
kebenaran kerana pada waktu ini Saiful telah tergamam dan tindakan tanpa
melawannya itu dianggap tanda persetujuan oleh Anwar Ibrahim.
Liwat tersebut berlaku dengan tanpa kerelaan
Saiful Bukhari. Maka dengan itu, Saiful bukanlah bersubahat dalam melakukan
aktiviti liwat tersebut.
Atas bukti-bukti seperti ini, apa yang
dikatakan oleh Saiful ada kebenarannya. Saiful takut kepada Anwar. Ini dapat
dijelaskan dengan baik oleh gambar yang pihak peguambela sendiri bawa pada hari
pertama yang menunjukkan Saiful masih menghidangkan air di rumah Anwar sehari
selepas diliwat.
Muka Saiful bukanlah muka individu yang
gembira ataupun ceria. Tetapi muka seseorang yang terpaksa berselindung di atas
kejaidan trauma yang berlaku kepada dirinya sehari sebelum itu.
7. DNA ‘Lelaki Y’ yang ditemui di dalam dubur
Saiful adalah sama dengan DNA yang diperoleh dari lokap Anwar Ibrahim. Anwar
sama sekali tidak mahu sebarang benda (saliva, darah dsb.) diambil darinya
untuk dibuat DNA profiling).
8. Bahan bukti yang didapati dari hospital
seperti semen adalah intact dan tidak compromised sebagaimana yang telah
disahkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.
No comments:
Post a Comment