Tuesday, December 30, 2014

AirAsia Flight QZ8501 Found Off Borneo Coast LIVE UPDATES

The missing AirAsia flight has been found off the coast of Indonesia's Kalimantan coast according to a search and rescue team. Some bodies have been recovered according to local reports, but there are thought to be no survivors.

Tuesday, December 30

09:36 GMT:

The Indonesian navy says they have pulled more than 40 dead bodies out of the sea.

#BREAKING: More than 40 bodies retrieved in AirAsia search: Indonesian navy

— Agence France-Presse (@AFP) December 30, 2014

09:28 GMT:

Pictures of floating bodies were broadcast on local television and were watched by relatives of the missing, who had gathered at a crisis center in Surabaya. Many broke down in tears, while several people collapsed and had to be helped away, according to a Reuters reporter.

"You have to be strong," the mayor of Surabaya, Tri Rismaharini, said as she comforted relatives."They are not ours, they belong to God."

Family members of passengers onboard missing AirAsia flight QZ8501 cry at a waiting area in Juanda International Airport, Surabaya December 30, 2014 (Reuters / Beawiharta)

09:25 GMT:

Body bags and supplies are already being loaded onto a plane to travel to the area where the bodies and debris have been spotted.

A search and rescue worker prepares to load body bags onto a flight to Kalimantan in Pangkal Pinang, Bangka December 30, 2014 (Reuters / Darren Whiteside)

08:56 GMT:

An Indonesian search and rescue agency official has said the debris in the Java Sea is that of the missing AirAsia plane. according to Reuters.

08:48 GMT:

A map showing where the debris of the AirAsia airplane has been found.

Map illustrating where #QZ8501 debris was sighted off Pangkalan Bun near West Kalimantanhttp://t.co/GPtCbn7zeDpic.twitter.com/rqospSiM8n

— Channel NewsAsia (@ChannelNewsAsia) December 30, 2014

08:26 GMT:

The CEO of AirAsia, Tony Fernandes say he is making his way to Surabaya immediately, following the discovery of bodies and debris off Indonesia's Kalimantan coast.

I am rushing to Surabaya. Whatever we can do at Airasia we will be doing.

— Tony Fernandes (@tonyfernandes) December 30, 2014

My heart is filled with sadness for all the families involved in QZ 8501. On behalf of AirAsia my condolences ...http://t.co/OJGobL93cR

— Tony Fernandes (@tonyfernandes) December 30, 2014

08:18 GMT:

The Indonesian National Search and Rescue Director Supriyadi has said that a shadow has been spotted on the seabed that is believed to be that of the missing AirAsia airplane, according to AFP.

#BREAKING Plane spots 'shadow' on seabed believed to be AirAsia jet: Indonesia search chief

— Agence France-Presse (@AFP) December 30, 2014

08:10 GMT:

Indonesian officials coming off a helicopter on Borneo island say they have recovered several bodies, which were floating in the sea near to where the missing AirAsia plane was last located by radar. Images on local television showed at least one bloated corpse, according to AP.

MORE: Bodies found floating near where missing AirAsia flight last seen have been brought to Indonesian navy ship:http://t.co/hNmQMFyVGp

— The Associated Press (@AP) December 30, 2014

The agency added that the bodies were swollen but were intact. They were subsequently brought to an Indonesian naval ship, the National Search and Rescue Director Supriyadi told reporters. He added that none of the corpses were wearing life jackets.

Meanwhile, a spokesman for the navy, Manahan Simorangkir told loval television that several people had been found, but would not elaborate on whether they were dead or alive.

The bodies, swollen but intact, were brought to an Indonesian navy ship, National Search and Rescue Director SB Supriyadi told reporters in the nearest town, Pangkalan Bun. The corpses did not have life jackets on.

07:59 GMT:

AFP are reporting that the Indonesian search and rescue team has found a body during its search for the AirAsia plane.

#BREAKING Body found in sea search for AirAsia Flight #QZ8501: Indonesian search and rescue

— Agence France-Presse (@AFP) December 30, 2014

07:35 GMT:

The head of the Indonesian search and rescue agency says he is 95 percent sure that the debris that has been found off the Kalimantan coast is that from the missing AirAsia plane, which was reported by Reuters.

“I am 95 percent sure that the location pictured is debris suspected to be from the aircraft,”Indonesia Search and Rescue Agency chief Soelistyo told reporters.

Sumber : http://rt.com/news/218155-missing-airasia-flight-updates/

Sunday, December 28, 2014

BANJIR... DARURAT... DAN AKAL BODOH YANG PERASAN MEREKA LEBIH PANDAI!!!


Jikalau kita menyebut kepada orang yang berminda sepet akan dua perkara iaitu, pertama, peperangan di Timur Tengah boleh menyebabkan kenaikan harga minyak secara global; dan kedua, kenaikan harga minyak akan menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan, mereka lebih tertumpu kepada perkara kedua dan tidak memperdulikan perkara pertama yang menjadi asas kepada perkara kedua.

Ini adalah kerana minda yang sepet lebih mengutamakan perkara yang lebih mempunyai pengaruh kepada kehidupan seharian mereka.

Maka, berbunyilah suara-suara sumbang apabila saya menulis mengenai 
Kenapa Tidak Isytihar Darurat Bencana semalam.

Perkara yang mereka nampak hanyalah mengenai urusan tuntutan insuran mungkin terjejas sekiranya Darurat Bencana diisytiharkan. Timbullah bijak pandai berminda sepet yang bertanya pula: “Berapa ramaikah di antara 160,000 mangsa banjir yang telah mengambil insuran untuk melindungi rumah dari bencana alam seperti banjir? Berapa ramaikah orang kampung yang telah mengambil perlindungan insuran untuk bencana banjir untuk pondok buruk mereka?”

Jawapannya ialah tidak ramai. Bahkan, saya mungkin boleh menyokong minda sepet mereka dengan mengatakan tiada langsung pondok buruk yang diinsurankan dengan perlindungan bencana banjir. Tetapi, untuk yang tidak tinggal di pondok buruk yang ada membuat perlindungan dari bencana banjir di dalam insuran am mereka, pengecualian tuntutan boleh dikenakan oleh syarikat-syarikat insuran, dan ini akan merugikan mereka.

Maka, minda yang sepet dengan segera bersuara menyatakan bahawa hanya mereka yang berkemampuan untuk menambahkan sejumlah 0.5% dari kos insuran mereka untuk perlindungan banjir sahaja yang akan menerima manafaat sekiranya Darurat Bencana tidak diisytiharkan. Jawapannya ialah: ITU TIDAK BENAR.

Pada tahun lepas, satu pekeliling telah dikeluarkan untuk mangsa banjir di kalangan kakitangan kerajaan yang mempunyai pinjaman perumahan untuk membuat tuntutan insuran :


Bayangkan masalah yang boleh mereka hadapi sekiranya Darurat Bencana diisytiharkan.

Walaupun kuasa untuk mengisytiharkan Darurat Bencana berada di tangan Perdana Menteri atas nasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Perdana Menteri masih perlu berbincang dengan kerajaan di negeri-negeri terjejas untuk pengesahan keadaan darurat kerana kuasa kerajaan negeri-negeri tersebut mengikut undang-undang yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan masih wujud. Sekiranya kerajaan di negeri-negeri tersebut tidak merasakan bahawa sesuatu bencana itu sudah diluar kawalan, dan menyebabkan jumlah kemalangan jiwa yang amat besar, boleh menyebabkan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri tersebut berada di luar kawalan, dan tidak lagi selamat untuk para pelabur untuk terus beroperasi di situ, maka bolehlah mereka bersetuju untuk mengisytiharkan darurat.

Walau bagaimanapun, tanpa mengisytiharkan Darurat Bencana, Kerajaan Persekutuan telahpun mengerahkan aset-aset di bawah jabatan-jabatan dan kementerian-kementeriannya untuk membantu dalam operasi bantuan bencana banjir bak kata orang kampung, “Beyond the call of duty.” Malah, segala kos operasi bantuan bencana banjir juga ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan, bukan oleh kerajaan di negeri-negeri terbabit.

Yang berminda sepet ini juga mahu Darurat Bencana diisytiharkan agar aset-aset Angkatan Tentera Malaysia dapat dikerahkan di negeri-negeri terbabit. Ingin saya bertanya aset apakah yang digunakan di dalam gambar-gambar berikut?



Tidakkah mereka nampak seramai 1,000 orang anggota tentera darat, 50 buah bot telah dikerahkan ke negeri Kelantan sahaja? Ini tidak termasuk aset-aset seperti bot-bot dan pesawat milik Tentera Udara dan Tentera Laut!

Itulah yang tidak ternampak oleh minda-minda sepet. Mereka hanya nampak perkataan insuran yang telah saya tulis, dan Perdana Menteri umumkan semalam.

Perkara kedua yang telah saya tulis dan tidak ternampak juga oleh minda-minda sepet ialah berkenaan para pelabur boleh mengeluarkan pelaburan mereka dari negeri-negeri terbabit sekiranya keadaan Darurat Bencana berlaku tanpa membayar sebarang kos kepada kerajaan negeri-negeri tersebut. Tetapi, seperti yang saya nyatakan di permulaan artikel ini, pelaburan asing tidak memberi kesan secara langsung kepada minda-minda sepet. Perkara seperti itu adalah terlalu rumit bagi mereka dan hanya kerajaan negeri sahaja yang patut memikirkan kesannya. Minda sepet hanya hendak tahu mengenai insuran yang mereka tidak beli, dan harga teh tarik yang mereka gemari sahaja. Sama ada saudara-mara, rakan-taulan mereka akan mempunyai pekerjaan setelah Darurat Bencana diisytiharkan bukan menjadi keutamaan mereka....
.sambung baca di The Flying kick



FOTO) FOTO GADIS MELAYU SELAK PEHA REDAH BANJIR SEKALI LAGI TERSEBAR



Banjir tahun lepas sudah ada gambar sebegini. Cuma kali ini watakknya berbeza, tetapi perlakuannya masih sama.

Masalah banjir adalah masalah sejagat, tapi bukan untuk tempat menayang aurat. Mungkin kerana alasan untuk mengelakkan dari basah, tapi takperlulah kot sampai mendedah.

Fikir-fikirkan...







Yang ini tak perlu selak...ok jer redah air banjirnye...!



(FOTO) GADIS BERTUDUNG SELAK BUAH DADA DI RESTORAN MAKANAN SEGERA

Kurang ajar betul minah tudung nie, bergambar dalam keadaan yang memalukan di tempat awam. Pakai saja tudung tetapi perangai macam apa!! Kalau tidak salah gambar ini dirakamkan di sebuah restoran makanan segera.






Kalaulah tempat terbuka sudah macam ini, apa lagi kalau tempat yang tertutup. Kenapalah perempuan sanggup buat apa saja demi teman lelakinya? Bukan tunang…jauh sekali suami. Menyesal kemudian hari tiada gunanya. Fikir-fikirkanlah.




Skandal Tanah & Balak: PAS undang bala di Kelantan...?


48 tahun dulu yakni sekitar tahun 1964, Kerajaan PAS Kelantan tika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300 000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya untuk tujuan pembangunan.

Namun rakyat bukannya buta kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu kayan.

Rentetan daripada itu, timbul riak-riak kemarahan rakyat terhadap Kerajaan PAS Kelantan namun untuk beberapa ketika suara protes rakyat dapat dibendung dan dikekang daripada merebak lebih luas.

Bagaimanapun apabila berlaku krisis kepimpinan PAS di negeri itu yang turut membabitkan isu pemberian tanah dan kawasan balak untuk kepentingan kroni, akhirnya rakyat bangkit secara besar-besaran mengakibatkan PAS jatuh terduduk di Kelantan pada 1978.

Kini, di era milenium selepas PAS memerintah Kelantan selama 22 tahun timbul lagi isu yang mirip seperti dulu.Tika ini tanah seluas 10,526 ekar ataupun bersamaan 4,259.9 hektar di Gua Musang telahpun dipindah milik kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd melalui pajakan selama sekitar 50 tahun.

Syarikat itu asalnya milik individu lain tapi kini menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min. Dengan demikian, kedua-dua pemimpin yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu berkuasa penuh ke atas tanah tersebut selama beberapa dekad seterusnya menikmati hasil bumi Kelantan sepuas-puasnya.

Gayanya saling tak tumpah seperti Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat secara sedar atau sebaliknya telah mengulangi skandal lama di mana tanah-tanah di Selatan Kelantan pernah jatuh ke tangan syarikat milik Cina Singapura dulu.

Dengan kata lain, PAS seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar PAS di Kelantan pada PRU 13 kelak, mengulangi kembali kejatuhan PAS pada 1978 dulu.

Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Hulu Kelantan.

Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat. Hakikatnya, hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong PAS yang rapat dengan kepimpinan negeri.

Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura. Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai menabur janji dicapati.

Rakyat marhaen yang berpuluh tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang pernah menabur jasa menyokong perlantikan MB PAS bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan.

Jika langkah memberi tanah dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya bergentayanganlah suara-suara bantahan dari pemimpin PAS dan sekutunya mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi milik kroni BN.

Namun bila ia dilakukan oleh PAS sendiri dan melibatkan pula kroni sekutunya dalam PR, lain pula halnya.Orang ramai sibuk mempertikaikan kenapa tanah tersebut dibiarkan menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, tapi dipusingnya cerita bahawa penganugerahan tanah tersebut bukannya satu rahsia dan tujuannya pula konon untuk pembangunan. Spin mengalahkan pusingan gasing.

Dulu dan sekarang sama sahaja, tabiat PAS tidak pernah berubah dengan sikapnya yang gemar menggadaikan tanah pusaka dan harta rakyat dengan menganugerahkan tanah balak dan pajakan hak milik selama berpuluh tahun kepada orang luar dengan berselindung disebalik alasan pembangunan.

PAS dan skandal tanah hutan balak berpisah tiada, kerana kemahiran PAS dalam urus tadbir negeri hanyalah dalam bab pembalakan sahaja untuk mendapatkan sedikit hasil bagi kantung Kerajaan Negeri dan selebihnya hasil yang lebih besar untuk mengenyangkan perut kroni dan diri sendiri.Lain-lain idea untuk kemajuan rakyat langsung zero, tak tercapai dek akal fikiran pemimpin PAS.

Usahlah pemimpin PAS terus berangan-angan untuk terus mendapat mandat di Kelantan pada PRU akan datang. 22 tahun PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini lebih banyak hasil bumi dan kekayaan negeri mengalir ke tangan yang lain berbanding manfaat untuk anak pribumi sendiri.

Suka atau tidak, PRU 13 ini majoriti besar rakyat negeri Kelantan nekad sepenuh hati untuk mengajar PAS erti keperitan dengan menghadiahkan bala kekalahan besar kepada parti hipokrit dan paling munafik itu nanti.

Sejarah kejatuhan PAS di Kelantan pada 1978 pasti berulang kembali. Dek kerana tanah dan balak PAS semakin lupa diri, kerana skandal tanah dan balak juga PAS akan menyembah bumi.  



SUDAH 12 jam terputusnya hubungan antara Airasia QZ8501 laluan Surabaya Singapura yang membawa 162 penumpang termasuk kru dengan ATC Jakarta, hingga kini, belum diketahui keadaan pesawat malang itu.

Airbus 320-200 yang berumur 6 tahun itu, diserahkan kepada Airasia pada tahun 2008.

Kapaten Iryinto mempunyai lebih 6,000 jam penerbangan, dan mahir laluan Surabaya Singapura.

Pesawat malang itu, dikatakan terputus dengan ATC Jakarta, 45 minit selepas terbang. Pilot dikatakan meminta mengubah laluan untuk mengelak awan tebal pada laluan asal. Malangnya, selepas mengubah laluan, terputus pula dengan menara kawalan.

Sehingga artikel ditulis, belum diperoleh sebarang maklumat keadaan pesawat malang itu bersama-sama penumpangnya.


Sumber


Kami Doakan Yang Terbaik, Kata Jokowi

1:00PM Dec 28, 2014

Pesawat AirAsia membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal hilang pagi ini.

Pesawat Airbus 320-200 daripada Surabaya, Indonesia pada 5.20 pagi waktu tempatan (6.20 pagi waktu Malaysian) dan dijadual tiba ke Singapura dua jam selepas itu.

Ia bagaimanapun hilang kawalan dengan pusat kawalan trafik udara.

LAPORAN LANGSUNG

4.40pm: Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi (bawah) berkata beliau mengharapkan yang terbaik untuk pesawat QZ8501.

“Kita semua berdoa, saya dan seluruh rakyat Indonesia.

“Kita berdoa supaya penumpang dan anak kapal AirAsia QZ8501 yang hilang perhubungan pulang dengan selamat,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Tribunnews.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata beliau sedih dengan insiden yang berlaku.

Lee juga dilapor bercakap dengan Jokowi dan menawarkan bantuan daripada negara itu.

Tony terbang ke Surabaya 

4.20pm Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tony Fernandes mengumumkan bahawa beliau menuju ke Surabaya untuk memantau keadaan di sana.

“Dalam perjalanan ke Surabaya, di mana kebanyakan penumpang daripada sana, bersama pegawai pengurusan saya di Indonesia,” katanya di Twitter.

3.45pm Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hari ini mengadakan mesyuarat mengenai hilangnya pesawat AirAsia QZ8501 meskipun beliau sedang bercuti di Hawaii, lapor Reuters.

"Presiden Barack Obama telah mengadakan mesyuarat mengenai hilangnya pesawat AirAsia QZ8501,"   jurucakap kerajaan Eric Schultz dipetik sebagai berkata.

Eric juga berkata, Obama telah menerima semua laporan termasuk status terakhir penerbangan itu.

3.41pm: Kerajaan Indonesia menafikan pihaknya telah mengesahkan laporan bahawa penerbangan QZ8501 terhempas di Pulau Belitung Timur di Laut Jawa, lapor Astro Awani.

Pengarah Kementerian Udara dan Perhubungan Djoko Murjatmodjo dilaporkan berkata pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai keadaan pesawat tersebut.

3.00pm: Menurut CCTV China, yang memetik pihak berkuasa Indonesia, “tiada kemungkinan” untuk QZ8501 terus terbang selepas hilang perhubungan kerana pesawat itu hanya mempunyai minyak yang mampu bertahan cuma empat jam setengah.

Pesawat itu hilang perhubungan semasa perjalanan ke Singapura. Kebanyakan laluanya melalui kawasan laut.

2.40pm: Agensi berita nasional Indonesia Antaramelaporkan bahawa pesawat itu terhempas kira-kira 145km dari Pulau Belitung.

Antara memetik pegawai Agensi Mencari dan Menyelamat (Basarnas) sebagai berkata demikian, lapor Jakarta Post.

Pesawat itu dipercayai berputar-putar di udara bagi mengelakkan ribut sebelum terhempas ke laut.

2.25pm: CCTV China di Twitter melaporkan bahawa bangkai sebuah pesawat ditemui di timur Pulau Belitung, Indonesia.

Tiada maklumat lanjut dinyatakan, mahu pun pengesahan AirAsia atau mana-mata pihak berkuasa berhubung perkara itu.

2.05pm: Ketua operasi mencari dan menyelamat di Belitong Joni Supriadi berkata, pihaknya sedang mempersiapkan sebuah kapal menyelamat ke Belitung.

Bagaimanapun, keadaan cuaca buruk mungkin menyukarkan operasi ke lokasi yang dikatakan jatuhnya pesawat Air Asia itu.

“Namun cuaca yang sangat buruk sehingga kapal Belitung Ekspress ke Pangkal Pinang tidak dapat meneruskan perjalanan hari ini,” katanya dalam Kompas TV.

1.50pm: AirAsia Indonesia berkata, pesawat QZ8501
telah meminta pertukaran laluan disebabkan keadaan cuaca, sebelum komunikasi terputus semasa bawah kawalan Pusat Kawalan Udara Indonesia (ATC).

Berikut maklumat daripada AirAsia Indonesia:

Penerbangan QZ8501 dari Surabaya ke Singapura terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 07:24 (waktu tempatan Surabaya) pagi ini.

Penerbangan berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya pada 5:35 pagi.

Dua orang juruterbang, empat orang anak kapal dan seorang jurutera bertugas dalam penerbangan.

Kapten yang mengemudi pesawat mempunyai 6,100 jam penerbangan dan pegawai pertama / penolong juruterbang mempunyai 2,275 jam penerbangan.

Terdapat 155 penumpang dalam penerbangan, dengan 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. Turut berada dalam penerbangan ialah dua orang juruterbang dan lima anak kapal.

Kerakyatan penumpang dan anak kapal seperti berikut: 1 Singapura, 1 Malaysia, 3 Korea Selatan dan 157 Indonesia.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan bawah pimpinan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Indonesia (CAA).

Pesawat tersebut melalui penyelenggaraan berjadual terakhir pada 16 November lalu.

1.49pm: Ketua tentera udara Indonesia, Marsma Hadi Tjahjanto berkata pihaknya mengerahkan anggotanya ke wilayah Belitung untuk menyiasat perkara itu.

“Hari ini angkatan udara menerbangkan Boeing 737 dari Makassar menuju ke tempat yang dikatakan jatuhnya pesawat AirAsia itu.

"Mengikut radar pesawat itu jatuh di atas Laut Jawa berdekatan Belitung.

“Kita akan mencari pesawat itu dengan pesawat yang kita miliki.

"Dan sekiranya kita menemui objek seperti pesawat kita akan melaporkannya,” katanya seperti disiarkan Metro TV Indonesia.

1.20pm: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Tony Fernandes berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan terkini tidak lama lagi.

Menulis di Twitter, beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa orang ramai.

1.11pm: Orang ramai dinasihat hanya terima maklumat sahih daripada AirAsia berhubung kehilangan pesawat AirAsia Indonesia, kata menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, lapor Bernama.

1pm: Menurut laman web pengesan penerbangan FlightRadar24, pesawat QZ8501 hilang daripada radar  di barat laut, Laut Jawa.

Kawasan di lintasannya termasuk Pulau Belitung dan Pulau Bangka.

FlightRadar24 melaporkan, sebelum penerbangan hari ini, QZ8501tiba ke Surabaya daripada Kuala Lumpur pada 8.45 malam (waktu tempatan) tadi dan mendarat pada 10.20 malam (waktu tempatan).

Statusnya kini disenaraikan sebagai tidak diketahui.

12.50pm: CNN Indonesia laporkan bahawa lokasi terakhir pesawat itu dikesan sekitar Pulau Betilung, Sumatera.

Memetik bangkapos.com, Kompas pula melaporkan “sebuah pesawat” dikhabarkan jatuh di perairan laut Belitung Timur namun titik lokasinya belum dapat dipastikan.

[Laporan penuh menyusul]

YANG SAHIH, YANG PALSU DAN YANG MENYUSAHKAN....

Dalam masa sesetengah pihak ‘galak” menyebar pelbagai fitnah dan berita palsu di media online, semakin ramai pula pihak-pihak yang tampil mencemuh dan mengutuk perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

Kecenderungan buruk itu ternyata tidak disenangi oleh banyak pihak, malah mereka yang terlibat banjir  merasa tersinggung, sementara tumpuan jenterea penyelamat juga tuerut tergganggu.

Antara berita palsu yang terpaksa dinafi oleh pihak-pihak berkenaan termasuk:

i. Perisytiharan darurat di Kelantan ekoran banjir

ii. Kematian 10 sekeluarga di Kampung Guchil, Kuala Krai tanpa bantuan.

iii. Empangan Kemubu akan dibuka yang memungkinkan banjir lebih besar di Kok Lanas dan sekitarnya

iv. Keadaan cemas di Hospital Kuala Krai di mana kerja-kerja memindahkan pesakit terpaksa dibuat dengan helikopter yang sewanya terpaksa dibiayai oleh orang awam.

v. Kisah-kisah ‘kebuluran’ di kalangan mangsa banjir yang kononya lari menyelamatkan diri di kawasan-kawasan bukit sekitar Hulu Kelantan.

vi. Empangan Sikirin di Selatan Thailand dikatakan akan melepaskan air sehingga memungkinkan banjir besar sekitar Rantau Panjang dan sekitar (pada hal tidak empangan di Sikirin- yang ada di Manok)

Selain banyak lagi berita-berita palsu, masih tidak kurang gurindam, syaer yang menyindir sinis perihal peribadi Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak yang kononnya digambarkan tidak prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat.

Namun kunjungan Perdana Menteri ke Kelantan hari ini telah meredakan keadaan. Sebaliknya timbul pula cerita Menteri Besar Kelantan Dato’ Ahmad Yaakob yang dikatakan terperangkap di rumah di Pasir Pekan sehingga menghalang niat beliau untuk membantu mereka yang terjejas banjir.

Nyatanya ramai yang kini marah dan bosan dengan ‘mainan’ cerita palsu dan sikap menyalahkan pihak kerajaan Persekutuan, sedangkan kerja-kerja menyelamat dan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir berjaya dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

KLXPress 

Saturday, December 27, 2014

LAWATAN PM KE KELANTAN

Pada jam 2 petang sebentar tadi, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak selamat tiba di Kelantan bagi meninjau sendiri keadaan banjir di negeri itu dan memantau gerak kerja jentera penyelamat.

Sebaik tiba, beliau mendengar taklimat dari Dato’ Seri Mustapa Mohamed selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Pengurusan Bencana Banjir

Berikut gambar gambar tersebut:

Sumber : KLxpress

Satu Cara Paling Mudah Hantar Bantuan

Saturday, December 27, 2014

Satu cara paling mudah hantar bantuan

Bawa kenderaan ke dalam dan ada askar2 tolong angkat barang ke gudang. Tak sampai 2 minit.

Mereka yang akan terbangkan barang terus ke airport dan punya logistik untuk sebarkan barang kepada bencana2.

Mereka beroperasi 24 jam.

Tak perlu pergi ke kawasan banjir dan semakkan kawasan. Nanti kamu pula jadi masaalah.

Pihak2 lain yg turut bantu ...

DAP takde .... dok sibuk berpolitik, cari salah dan cari peluang kecuhkan keadaan ketika bencana mcm komunis cina dan bolshevik rusia.


The Unspinners

Najib Akan Tinjau Banjir Di Kelantan Pada Sabtu

Friday, December 26, 2014

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melawat Kelantan esok( Hari ini ) untuk meninjau keadaan banjir di negeri itu dan juga memantau usaha membantu mereka yang terjejas akibat banjir di empat negeri lain.

Setibanya, Najib akan mempengerusikan mesyuarat dan mendengar taklimat daripada Majlis Keselamatan Negara, Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara, kerajaan negeri dan pasukan penyelamat setempat.

Najib berkata beliau amat bimbang dengan banjir, dan bersimpati dengan mereka yang kehilangan rumah, dan keluarga yang kehilangan orang tersayang.

“Ketika berada di luar negara, saya sentiasa berhubung dengan Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara yang memberi jaminan kepada saya bahawa mereka sedang melakukan apa yang termampu untuk membantu mereka yang terjejas.

“Tetapi saya mahu melihat sendiri keadaan dan bersama-sama rakyat,” kata Najib, menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat.

Sementara itu, kenyataan itu memetik seorang jurucakap kerajaan sebagai berkata bahawa Perdana Menteri mengambil keputusan untuk kembali dari Amerika Syarikat untuk memantau usaha bantuan kecemasan dan akan mendarat di Kelantan pada Sabtu.

Jurucakap itu berkata semasa berada di luar negara, Perdana Menteri menerima maklumat terkini setiap hari tentang keadaan banjir di Malaysia.

Najib juga telah berhubung dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara supaya meningkatkan usaha membantu mereka yang terjejas akibat banjir, menurut jurucakap itu.

“Berikutan laporan baru-baru ini bahawa keadaan terus bertambah buruk, Perdana Menteri berpendapat bahawa adalah perlu untuk pulang bagi memantau sendiri usaha penyaluran bantuan,” kata jurucakap itu.

Semasa melawat Kelantan esok, Perdana Menteri juga akan menemui penduduk yang terjejas banjir dan membincangkan langkah-langkah baharu untuk membantu mereka yang terpaksa berpindah, kata kenyataan itu. -BERNAMA

Cerita Air Tasik Kenyir Oleh Penyelenggara Stesyen Janakuasa Elektrik Jenagor

FRIDAY, 26 DECEMBER 2014

Cerita air Tasik Kenyir oleh Penyelenggara Stesen Janakuasa Elektrik Jenagor

Ir Haji Ahmad Kamal Arbie menerangkan tentang air empangan Kenyir.

BENARKAH AIR TASIK KENYIR YANG MEMPUNYAI ISUPADU AIR 13 JUTA METER PADU PUNCA BANJIR DAN BENARKAH TAKUNGANNYA AKAN DILEPAS KELUAR? Penulis bersama Pembantu Penerangaan Ukom, Harun Hassan  telah menemui sendiri PENGURUS SELENGGARAAN DAN KEJURUTERAAN, STESEN HIDRO ELEKTRIK SULTAN MAHMUD, DI JENAGOR, TASIK KENYIR, IR HAJI AHMAD KAMAL ARBIE. TEMUBUAL DIADAKAN BETUL-BETUL DI HADAPAN LALUAN AIR  KELUAR IAITU PERMULAAN SUNGAI TERENGGANU.

Berikut adalah catatan wawancara:-

PENULIS:  Benarkah air dari Tasik Kenyir hendak dilepaskan bagi mengelak pecah?

IR AHMAD KAMAL:  Tidak benar. Tiada pintu pun untuk melepaskan air tersebut. Kita hanya lepaskan air selepas dijana melalui janakuasa dan jika air melebihi paras ia secara otomatik keluar melalui aliran khas limpahan dari atas Empangan ke permukaan permulaan Sungai Terengganu di Kampung Jenagor itu.

Baca: Fenomena air pasang besar di Terengganu (30 Gambar)

Baca : (27 Gambar) Banjir: Pahang, Kelantan, Terengganu makin buruk

Baca : Lelaki Menceritakan Detik-Detik Cemas Dihanyutkan Arus Banjir Di Kelantan

Baca : Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat (19 Gambar)

PENULIS: Maksud Tuan, tiada pintu lain untuk melepas keluar air dari tasik itu?

IR AHMAD KAMAL: Ya betul. Itu sahaja laluan keluar air dari takungan empangan, melalui pusingan turbin yang digerakkan oleh air yang dilepaskan itu melalui empat saluran. Selepas air itu menolak turbin janakuasa dan menghasilkan 100 Mw tenaga elektrik tiap satu, air itu kemudiannya barulah masuk ke permukaan permulaan Sungai Terengganu itu.

PENULIS: Jadi tidak benarlah pihak anda dilaporkan mahu melepaskan air takungan empangan itu yang membimbangkan orang ramai.

IR AHMAD KAMAL:  Ya tidak benar sama sekali. Mungkin mereka yang membuat andaian itu tidak tahu bagaimana operasi penjanaan kuasa elektrik ini dijalankan di stesen ini atau di empangan ini. Juga sistem air takungan empangan yang sebenarnya tidak ramai yang mengetahuinya.

Bolehlah kita buat analogi, empangan ini seperti tangki air di atas bumbung rumah kita. Jika air melebihi paras ia akan secara otomatik keluar melalui saluran air limpah yang dikhususkan itu di paras yang tertentu.

Dalam hubungan ini, paras limpah otomatik ialah apabila takungan air di empangan Tasik Kenyir ini mencecah 145 meter ke atas dari ketinggian sebenar susunan batu empangan ini 155 meter.

Kira-kira jam 3 petang tadi bacaannya mencecah 146.66 meter dan air limpah itu keluar ke Sungai Terengganu melalui saluran otomatik itu.

Dari kajian yang kita buat, semasa hujan lebat  kebelakangan ini, air di empangan itu meningkat 2-3 sentimeter sahaja satu jam, tetapi akan kembali menurun bila airitu keluar melalui sistem penjanaan dan juga saluran otomatik jika melebihi paras yang dikehendaki yang saya sebutkan tadi.

Dan kita amat memerlukan air untuk menjana kuasa elektrik, yang tidak diperlukan ataupun yang melebihi paras diperlukan sahaja lepas keluar secara otomatik ke Sungai Terengganu. Yang lain kita simpan untuk proses penjanaan elektrik.

STESEN HIDRO ELEKTRIK SULTAN MAHMUD, DI JENAGOR, TASIK KENYIR

PENULIS:  Bermakna kenaikan paras Sungai Terengganu dan berlaku air melimpah di sekitar kuala Sungai Terengganu tidak kaitan dengan air Tasik Kenyir?

IR AHMAD KAMAL:  Ye betul..semasa kejadian paras air naik di sekitar muara Sungai Terengganu malam 22 Disember, keadaan air di empangan ini adalah di paras yang di bawah paras saluran keluar otomatik iaitu 144 hingga 145 meter. Bermakna pada  malam itu tidak ada air terlepas keluar kecuali yang jana untuk elektrik melalui proses rutin. Mungkin sebab-sebab lain. Misalnya air laut yang pasang kuat atau air dari punca lain yang masuk ke sungai Terengganu.

Sebab selain aliran dari stesen janakuasa, punca air sungai Terengganu juga datangnya dari sungai-sungai utama lain seperti Sungai Telemong, Sungai Berang, Sungai Kuala Nerus dan lain-lain punca.

Banjir yang berlaku di Kampung Kemat Kuala Berang contoh bagaimana ia bukan berpunca dari Sungai Terengganu kerana ia terletak di belakang permulaan sungai ini. Makna ia terjadi kerana faktor lain.

PENULIS: Bukankah paras 146.66 itu paras yang tinggi bagi empangan Tasik Kenyir ini?

IR AHMAD KAMAL:  Betul dalam tempoh janakuasa ini, ia adalah antara yang tertinggi. Paras biasa atau normal yang kita simpan untuk penjanaan ialah sekitar 136- 137 meter. Namun begitu, ia bukanlah perkara yang luarbiasa, kerana bila sahaja ia mencapai paras 145 meter dan ke atas, air itu secara otomatik melalui saluran yang saya nyatakan tadi.

PENULIS: Lain-lain perkara yang hendak dinyatakan?

Kita memerlukan air untuk menjana kuasa elektrik dan memang kita mengharapkan takungan air itu, Insya Allah kita manfaatkan air ini untuk semua. Bahkan dengan adanya empangan ini juga, telah banyak dapat mengelak kejadian banjir sebelum ini.

Saya dapat tahu dari orang-orang tua, dahulunya sebelum ada empangan mereka terpaksa berdepan banjir besar setiap tahun dan itu perkara biasa bagi mereka. Alhamdulillah kini dengan wujudnya empangan ini, kejadian banjir terkawal.

Bahkan kita turut membantu pihak Syarikat Air Terengganu( SATU)  dari kemasukan air laut dan mengelakkan air menjadi payau. Kita menambahkan masa operasi lebih awal bagi penjanaan elektrik dan seterusnya membawa keluar air tasik selepas penjanaan itu bagi tujuan membantu SATU dan seterusnya orang ramai mendapat air yang selesa.

Thursday, December 25, 2014

VIRAL : GAMBAR Seluar Jururawat Yang Jarang - Salah Siapa?

PUTRAJAYA - Gambar seorang jururawat sebuah hospital di Malaysia tersebar di laman Twitter yang kini tersebar pula di laman Facebook.

Gambar yang menunjukkan 'seluar dalam' bercorak belang-belang, seorang jururawat jelas kelihatan berikutan kain seluar yang dipakainya itu terlalu nipis sehingga menampakkan benda yang tidak sepatutnya.

Pertikaian mengenai uniform jururawat, bukanlah pertama kali dibangkitkan di media sosial. Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan dari pihak Kementerian Kesihatan untuk mengubah uniform jururawat yang dianggap tidak sesuai dan seksi.

Bagaimanapun, sesetengah netizen mendakwa terdapat segelintir jururawat yang sengaja mengetatkan uniform yang sedia ada bagi menampakkan susuk tubuh badan mereka yang ramping.

Selain itu, ada yang berpendapat kain standard yang digunakan terlalu tebal dan panas serta tidak selesa menyebabkan ada segelintir jururawat yang terpaksa menggunakan kain jenis yang lain.

Ada juga yang berpendapat, uniform jururawat sepatutnya dilabuhkan sedikit di bahagian pinggang agar dapat menutupi aurat.

Kepada pihak yang berkenaan (tak perlu dinyatakan pun rasanya korang dah tahu), rasanya garis panduan dan etika pemakaian kakitangan awam termasuk jururawat cukup jelas menyatakan larangan memakai pakaian yang seksi, nipis apatah lagi menjolok mata.

Jadi dalam keadaan ini ada tiga kemungkinan berdasarkan senario pakaian seragam jururawat adalah diberi atau dibekalkan :

1. Kesalahan Jururawat

Jururawat itu sendiri yang membuat/ menempah pakaian seragam tersebut dan tidak mematuhi spesifikasi yang sepatutnya.

2. Kesalahan Pembekal

Pembekal mengubah kualiti dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

3. Kesalahan Pegawai Perolehan KKM

Pegawai yang bertanggungjawab membuat pembelian dan perolehan telah dengan sengaja mengubah / menukar spesifikasi dan kualiti kain tersebut.

Berdasarkan tiga senario yang diberikan, tidak susah sebenarnya untuk mengesan punca sebenar mengapa uniform jururawat tersebut nipis sehingga menampakkan pakaian dalam.

Tepuk dada tanyalah iman

Wallahu alam

8 Artis Tempatan Kaki Hisap!!!

Di tempat pertama ialah Shariffah Amani. Faktor Shariffah Amani menduduki tangga pertama ialah wajah Melayu kampungnya dan perwatakan ibunya yang begitu baik sekali. Bayangkanlah tetiba anak perempuan hisap..
Pelakon yang mempunyai bakat besar dan dikuatkan lagi dengan gandingan adik beradiknya, siapa lagi kalau bukan Sharifah Amani, yang pernah mengemparkan dunia hiburan dengan membotakkan rambut. Sharifah Amani ini seperti sedia maklum memang cukup dikenali sebagai pelakon yang lahir dalam keluarga yang cukup bahagia dan terdidik. Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak selepas ini adalah mengenai sebuah video yang memaparkan dimana Sharifah Amani sedang menghisap rokok ketika sedang di temubual oleh seseorang 'wartawan' yang berbangsa asing. Kalau buka fullscreen, memang ada Sharifah pegang rokok dengan tangannya.
Di tempat kedua (2) ialah pelakon Impian Sunsilk iaitu Diana Amir. Menduduki tempat kedua kerana selain merupakan bekas penuntut USM, dia juga adalah salah seorang artis yang 'cun' di Malaysia ni. Baru-baru ini, ada pihak menulis di laman sosial Facebook dengan menyatakan bahawa Diana ni sebenarnya adalah 'kaki seks', 'minum arak' dan 'perokok'. Cuba anda search di Google imej tentang diana. Apa nak jadi dengan artis sekarang nie, nak cari artis yang 100% bersih dari gejala sosial yang tidak sihat, memang agak susah dan sukar. Pelakon baru, Diana Amir juga tergolong dikalangan segelintir artis yang suka bersosial. Walaupun gayanya kurang menampakkan dirinya itu seorang yang sosial, tetapi, Diana Amir juga sebenarnya layan...(layan ape? hah! yang ini kite nak tahu)...rokok. Tambah memualkan dia seorang perempuan, kaum perempuan ni mestilah dengan gaya lemah lembut dan sopan, tetapi Diana Amir nampak lebih advance dalam dunia artis yang diceburinya.
Artis di tempat ketiga (3) pula adalah Aflind Shauki dan isterinya. Si 'Buyot' (nama glamour dalam filem Buli) ni nampak saja 'skema' dalam filem Papadom tapi di dunia realiti, lihat sajalah...
Tetapi dalam meniti era kegemilangannya..Afdlin tampak tidak profesional dalam pengurusan peribadinya. Rata-rata ramai yang tahu bahawa merokok itu membahayakan kesihatan..Dan gambar yang dipaparkan jelas menunjukkan dia merupakan seorang perokok. Lihat saja di tangan dia dan isterinya itu. Jika ditanya pada tuan empunya badan, pasti jawapannya 'super impose'. Untuk makluman anda, gambar seperti ini tidak boleh di 'super impose'kan...
Di tempat keempat (4) pula adalah pelakon sinetron Soleha yang memegang watak isteri kedua kepada watak Ikram lakonan Rionaldo, iaitu Zaskia Adya Mecca. Tentu para pembaca tertanya-tanya, mengapa artis Indonesia juga termasuk ke dalam senarai ini kan? Jawapannya adalah kerana tidak ada bezanya industri seni Malaysia ataupun Indonesia, kerana yang pasti ramai rakyat Malaysia yang menonton karya-karya dari seberang. Ya kan? Pernahkah anda terfikir bahawa Zaskia ini adalah perokok dan mempunyai tatoo.
Di tempat kelima (5) ialah Fasha Sandha. Akibat penyebaran secara berleluasa gambar di atas, Fasha Sandha akhirnya telah membuat pengakuan yang dia sememangnya merokok. Namun dia bukanlah seorang heavy smoker, cuma kadang-kadang (social smoker) sahaja.
Fasha Sandha telah memberitahu yang gambar di atas telah diambil oleh kenalannya di suatu majlis. Fasha Sandha sendiri telah melihat gambar di atas menggunakan Blackberry miliknya.
Di tempat keenam (6) ialah Sazzy Falak. Sazzy memang dikenali dengan gaya urbannya. Gambar ini menunjukkan Sazzy sedang memegang puntung rokok ini diambil ketika Sazzy bersama-sama Yasmin Hani dan rakan-rakannya yang lain di sebuah parti. Di sebuah laman hiburan, menyatakan bahawa Sazzy sememangnya perokok. Tapi, kadang-kadang je...
Seterusnya di tempat ketujuh (7) pula ialah Shariffah Sofea. Gambar ini dirakamkan ketika Shariffah Sofea bersama-sama Jue Aziz dan Jehan Miskin di sebuah kelab malam.
Yang terakhir (8) ialah bekas peserta Gadis Melayu 3 Sharifah Jasmine Soraya. beberapa gambar lagi menunjukkan Jasmine sedang bercumbu dengan pasangan wanitanya.
Ada kalangan 8 orang ini yang dah melakukan penghijrahan...Tahniah..
Jangan Malu untuk Berubah!!