Wednesday, December 17, 2014

ARTIS JANDA HOT KANTOI KHALWAT TERUS BIKIN PANAS



Kalau dah bergelar artis tu memang pandai sungguh la berlakon.. Lepas satu kes, satu kes lagi bertambah.. Sebelum ini pelakon Putri Mardiana yang kantoi kena tangkap basah dengan kekasihnya, Ejump mengeluarkan kenyataan bahawa kekasihnya itu sudah sah bercerai dengan isterinya..

Tetapi itu semua hanya tipu je.., kerana kenyataan balas dari isteri Ejump mengatakan dia masih lagi dalam proses penceraian.. Hari ini Putri Mardiana tampil mengeluarkan kenyataan menipu lagi.

Pandai sungguh pelakon ni berlakon kan.. keluarkan kenyataan yang bercanggah betul.. Pelik Miss A dengan Putri Mardiana ni.. Untuk kes khalwat mereka ni Putri Mardiana telah memaklumkan yang kes mereka telah pun selesai sementara pihak JAIS pula memberitahu yang siasatan lanjut akan dijalankan..

Putri Mardiana berkata yang kes tersebut tak akan dibawa ke JAIS atau mahkamah.. Tapi lain pulak maklumat yang Miss A dapat dari pihak JAIS, siasatan lanjut akan dijalankan hari ini dan Putri Mardiana diminta hadir ke pejabat JAIS..

Hairan! Hairan!.. ni siapa yang salah dan siapa yang betul ni? JAIS atau Putri Mardiana? Jom kita baca kata-kata yang panjang lebar dari Putri Mardiana..

“Semuanya telah pun selesai kerana semasa kejadian di rumah, tiada apa-apa yang berlaku di antara kami. Kes berkenaan juga tidak akan dibawa ke Jais atau pun mahkamah.

Saya tidak akan panjangkan perkara itu kerana rasanya meraka sudah berpuas hati dapat memalukan saya seperti itu. Tiada gunanya hendak membalas dendam kerana apabila mereka letih nanti mereka akan diam sendiri.

Biasalah mulut orang dan saya tidak mampu melakukan apa-apa untuk menghentikan daripada mereka terus bercakap perkara buruk tentang saya. Paling penting saya dan keluarga tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku dan ia sudah memadai”

Manakala JAIS telah mengesahkan bahawa kes ini akan ditentukan oleh mahkamah..
“Bersalah atau tidak itu mahkamah yang akan tentukan malah dia sebenarnya diarahkan untuk hadir ke Jais pada hari Rabu (hari ini) untuk siasatan lanjut”

Haa.. korang rasa siapa yang betul ni.. Putri Mardina yang pandai berlakon ke atau pihak JAIS.., tak sabar Miss A nak tahu perkembangan kes ‘hot’ pelakon ni..

Sumber

No comments:

Post a Comment