Perang
Sabil Sg Manik, Perak adalah perang yang dipaksakan ke atas orang
Melayu oleh Cina Komunis MPAJA melalui provokasi terancang sehingga
mencetuskan kemarahan orang Melayu. Ianya berlaku sejurus tentera
Jepun berundur dari Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua dan Cina
Komunis Bintang Tiga memerintah Tanah Melayu selama 14-hari.
Kekejaman Cina Komunis ini tak banyak beza dengan kegiatan AhLong
masakini yang menyiksa mangsa hutang tanpa belas kasihan kerana
kegiatan jenayah terancang mereka ini diwarisi turun temurun melalui
kongsi gelap yang menjadi tulang belakang dewan perniagaan Cina di
seluruh dunia.
Banyak
cerita perihal kehandalan dan kehebatan ilmu kebatinan suku Melayu
Banjar yang di sampaikan dari mulut ke mulut, tapi kini makin luput
dari ingatan generasi muda. Dalam kejadian 13 Mei 1969, pejuang
Melayu dari Sg Manik telah beramai-ramai turun ke Kuala Lumpur untuk
menyelamatkan nyawa orang Melayu di Kg Baru yang berada dalam bahaya.
Anda mungkin pernah mendengar kisah Parang Terbang yang berlegar
sewaktu curfew atau perintah berkurung semasa peristiwa 13 Mei.
Pergerakan
seperti Tentera Sabil atau Kumpulan Parang
Terbang merujuk kepada kaum etnik Banjar Sg Manik di bawah
pimpinan Tuan Guru Haji Bakri. Cerita tentang parang terbang dan
kehandalan pahlawan Melayu Banjar yang hanya bersenjatakan parang
menentang komunis yang lengkap bersenjatakan senapang sudah menjadi
satu legenda.
Nama-nama
seperti Tuan Guru Haji Bakri, tetap menjadi sebutan anak-anak muda Sg
Manik. Selepas Jepun menyerah kalah, kumpulan bintang Tiga yang
kebanyakannya orang Cina cuba mengambil alih pemerintahan Tanah
Melayu dan menubuhkan negara komunis Cina.
Mereka
melakukan banyak kekejaman secara terancang terhadap orang Melayu
yang tidak menyokong perjuangan mereka, lebih-lebih lagi kerana orang
Melayu dianggap sebagai tali barut Jepun. Cubaan Bintang
Tiga mencampuri urusan agama Islam dan memungut cukai
mendapat tentangan terutama dari masyarakat Banjar di Sg Manik dan
Batu Pahat.
Bintang
Tiga tidak menjangkakan reaksi dan tentangan yang bakal mereka terima
dari masyarakat Banjar. Jika tidak kerana set back yang mereka terima
di Sg Manik dan Batu Pahat, senario politik kita masa ini mungkin
sedikit berbeza. Mungkin Perdana Menteri bukan lagi orang Melayu,
seperti yang terjadi di Singapura!
Bagi
orang Melayu Banjar Sg Manik terutama keluarga bekas pejuang timbul
satu kekesalan kerana tiada official recognitions atau pengiktirafan
terhadap perjuangan mereka yang membela maruah orang Melayu.
Bacalah
mana-mana buku sejarah di sekolah, tiada satu yang menyebut secara
jelas tentang peristiwa itu mungkin kerana nak menjaga sensitiviti
perkauman. Di Batu Pahat misalnya, Kiyai Salleh yang menyelamatkan
orang Melayu tetapi Dato Onn yang dapat nama sebagai hero.
Sudah
tiba masanya pengiktirafan diberikan kepada mereka yang berjuang
menyelamatkan bangsa, bukan digambarkan sebagai satu kumpulan etnik
yang ganas dan panas baran dan peristiwa itu hanya sebagai satu titik
hitam dalam sejarah negara.
Orang
Melayu Banjar Sg Manik tidak mahu ganjaran berbentuk material atau
pangkat duniawi seperti Tan Sri atau Dato, cukup sekadar pengorbanan
pejuang terdahulu dihargai dan direkodkan dalam sejarah negara.
Jangan sampai peristiwa pemerintahan Tanah Melayu oleh Komunis Cina
Bintang Tiga selama 14-hari itu berulang kembali hanya kerana Melayu
Mudah Lupa!
Sumber
: http://tiny.cc/parangterbang
No comments:
Post a Comment