Kerajaan tidak
cadangan atau hasrat membuat permohonan ekstradisi blogger kontroversi
Alvin Tan dan aktivis politik Ali Abdul Jalil ke Malaysia bagi menghadapi
tindakan undang-undang.
Menteri Dalam
Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan setakat ini tidak ada
cadangan tersebut walaupun ada perjanjian extradisi dengan negara berkenaan.
Zahid
berkata demikian kepada media selepas menerima kunjungan Penolong Setiausaha
Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Alan
Bersin, di pejabatnya di Putrajaya, Selasa.
Tan atau nama
sebenarnya Tan Jye Yee melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan
perlindungan politik dan mengelak daripada ditahan pihak berkuasa di Malaysia
atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan.
Ali pula
melarikan diri ke Sweden bagi mendapatkan perlindungan politik. Ali berdepan
tuduhan menghasut kerana menghina institusi Raja di negara ini melalui laman
Facebooknya.
Zahid
bagaimanapun yakin Tan dan Ali yang kini berada di luar negara untuk
mendapatkan perlindungan politik akan pulang ke tanah air suatu hari nanti.
Menjawab soalan,
beliau berkata kerajaan Malaysia tidak kejam sehingga bertindak menggugurkan
kerakyatan Tan dan Ali, Ahmad Zahid berkata kerajaan Malaysia tidak sekejam
itu.
“Mereka adalah
anak kelahiran Malaysia. Tiada pasport sudah cukup menyeksa,” katanya.
Pada Isnin,
Jabatan Imigresen Malaysia mengumumkan bahawa pasport Malaysia Antarabangsa Tan
dan Ali ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.
No comments:
Post a Comment