Bekas presiden persatuan pelajar Fahmi Zainol mendakwa
Universiti Malaya menggantung pengajiannya selama dua semester dan
didenda RM600.
Beliau didakwa
menganjurkan pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus tanpa
kebenaran pihak UM pada Oktober lalu.
Fahmi adalah
antara dua daripada lapan pelajar yang menghadiri pendengaran tatertib hari
ini, yang digantung pengajian.
Pelajar Safwan
Shamsudin digantung pengajian selama satu semester berkuatkuasa serta merta,
didenda dan diberi amaran, kata Fahmi di laman Facebooknya.
Empat yang
lainnya diberi amaran dan didenda RM150 setiap seorang.
Fahmi menghadapi
sembilan pertuduhan di bawah Kaedah-kaedah Tatatertib UM 1999 berhubung
himpunan di UM pada 27 Oktober lalu.
No comments:
Post a Comment