Oleh:
DR MOHD HAZMI MOHD RUSLI
mhbmr027@uowmail.edu.au
Pengenalan
PADA
tahun 1786, Sultan Abdullah Mukarram Shah yang memerintah Kedah pada ketika
itu, menyerahkan Pulau Pinang kepada wakil dari Syarikat Hindia Timur Inggeris
(SHTI), Francis Light melalui satu perjanjian penyewaan.
Light
kemudian menamakan semula Pulau Pinang sebagai Prince of Wales, pangkalan
British yang pertama pernah ditubuhkan di Tanah Melayu. Adakah penyerahan Pulau
Pinang menerusi perjanjian penyewaan ini sah di sisi undang-undang
antarabangsa?
Sejarah
Malaysia
sebelum menjadi sebuah negara yang kita kenali hari ini, pernah dikuasai oleh
beberapa kerajaan Melayu pra-penjajahan seperti Srivijaya, Majapahit, Kedah,
Melaka, Brunei, Johor dan Aceh. Kedah adalah kerajaan tertua di kalangan
kerajaan-kerajaan Melayu ini. Kedah telah diasaskan pada tahun 630 Masihi,
lebih dikenali sebagai Kadaram pada ketika itu.
Kedah
pernah menjadi penguasa yang berpengaruh melampaui kawasan-kawasan yang kini
menjadi wilayah negeri Kedah sekarang ini. Sewaktu era kegemilangannya, Kedah
mempunyai pelabuhan yang kaya-raya dan catatan Tamil lampau memberikan Kedah
julukan ‘kota segala kebahagiaan’.
Walaubagaimanapun,
Kedah telah dijadikan negeri naungan Srivijaya, sebuah kerajaan Melayu ulung
yang berpusat di Palembang pada kurun ke-7 Masihi.
Setelah
keruntuhan Empayar Srivijaya pada kurun ke-13 Masihi, Kedah telah menjadi
negeri vassal atau negeri bawahan empayar-empayar lain yang lebih berpengaruh
di rantau ini seperti Majapahit, Kesultanan Melaka dan Siam. Kedah kemudiannya
diletakkan sebagai negeri lindungan Inggeris setelah Perjanjian British-Siam
dimeterai pada tahun 1909 di Bangkok.
Penyerahan
Pulau Pinang
Menjelang
kurun ke-18 Masihi, Kedah muncul sebagai sebuah negeri Timur yang lemah, diapit
oleh jiran-jirannya yang lebih berpengaruh iaitu Burma dan Siam. Kedua-dua
kuasa serantau ini amat agresif dan sering berperang lalu mengancam
kelangsungan Kesultanan Kedah.
Sewaktu
pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah, Kedah telah mula mengirim bunga mas
kepada Siam sebagai tanda mengiktiraf ketuanan Siam ke atas Kedah. Amalan ini
telah dimulakan sejak tahun 1781. Namun begitu, terdapat juga pendapat bahawa
pengiriman bunga mas oleh Kedah kepada Siam hanyalah sebagai tanda persahabatan
di antara kedua-dua kerajaan dan tidak sama sekali menghakis kedaulatan
Kesultanan Kedah.
Bunga
Mas
Enggan
menerima nasib yang sama seperti Kesultanan Pattani yang dihapuskan dan
dibumihanguskan oleh Siam pada tahun 1785, Kedah mula berhasrat untuk meminta
pertolongan sebuah kuasa baru, perlindungan dari kuasa Eropah yang lebih unggul
– iaitu British. Francis Light pada ketika itu telah mengembara ke seluruh
pelusuk Semenanjung Tanah Melayu mencari tapak yang sesuai untuk dijadikan
pangkalan perdagangan.
Pada
tahun 1785, Light telah gagal meyakinkan pihak SHTI untuk menduduki Jung
Ceylon, atau nama asalnya, Ujung Salang di Pulau Phuket. Beliau kemudiannya
memberi fokus kepada Pulau Pinang, sebuah pulau yang berlokasi strategik di
pintu masuk utara ke Selat Melaka. Pulau Pinang pada waktu itu adalah
sebahagian daripada wilayah Kedah.
Menyembunyikan
fakta dari SHTI bahawa Kedah adalah dibawah Siam, Light telah menghadap Sultan
Abdullah Mukarram Shah pada tahun 1786 untuk memujuk Sultan menandatangani
Perjanjian Inggeris-Kedah. Menerusi perjanjian ini, Sultan Kedah membenarkan
Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat SHTI memberikan perlindungan
ketenteraan kepada Kedah beserta bayaran sewa sebanyak 30,000 Dolar Sepanyol
setahun. Perjanjian ini, walaubagaimanapun tidak ditepati oleh Light dan enggan
melindungi Kedah dari musuh-musuhnya terutama sekali pihak Siam.
Murka
akan keadaan ini, Sultan Kedah cuba untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang pada
tahun 1790. Akan tetapi, belum sempat baginda berbuat sedemikian, Light telah
lebih awal melancarkan serangan awal yang mengejut ke atas Prai dan ini memaksa
Sultan untuk berundur.
Tugu
Francis Light di hadapan Muzium Pulau Pinang
Dalam
keadaan keterpaksaan, baginda tiada pilihan lain tapi untuk secara tanpa rela
menyewakan Pulau Pinang kepada Inggeris dan seterusnya Prai juga, yang telah
dinamakan semula sebagai ‘Province Wellesley’ pada tahun 1800 dengan bayaran
nominal setahun sebanyak 16,000 Dolar Sepanyol, bukannya 30,000 Dolar Sepanyol
menurut Perjanjian Inggeris-Kedah 1786.
Sehingga
kini, kerajaan negeri Pulau Pinang masih membayar honorarium tahunan sebanyak
RM18,800 kepada Sultan Kedah. Episod sejarah ini dengan jelas menerangkan
kenapa Pulau Pinang bukan lagi milik Kedah dan telah dijadikan negeri-negeri
Selat, seangkatan dengan Melaka dan Singapura.
Adakah
Penyerahan Pulau Pinang Sah?
Sejarah
mencatatkan bahawasanya terdapat banyak empayar di seluruh dunia yang telah
menjadikan negeri-negeri lain sebagai negeri lindungan atau vassal bagi memperluaskan
kuasa mereka tanpa perlu penjajahan berbentuk ketenteraan dilakukan.
Dalam
erti kata lain, konsep ‘vassal’ ini merujuk kepada negeri-negeri lindungan
menyerahkan hal-ehwal urusan luar negeri kepada negara pelindung dan sebagai
ganti, negeri pelindung akan memberikan jaminan autonomi menerusi pengiriman
tanda-tanda penghormatan secara formal.
Amalan
ini dilakukan oleh banyak negara di seluruh dunia termasuklah kerajaan-kerajaan
awal Melayu sendiri.
Sebelum
era penjajahan Barat, kerajaan Melayu Srivijaya berjaya menjadikan banyak
negeri kecil yang wujud di Pulau Sumatera, Jawa Barat dan Tanah Melayu sebagai
negeri bawahannya di antara kurun ke-7 Masihi hingga kurun ke-13 Masihi.
Negeri-negeri
Melayu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu pernah menjadi negeri naungan
Siam sehingga tahun 1909, sebelum British mengambil alih sehingga kemerdekaan
Tanah Melayu pada tahun 1957. Negeri naungan tidak mempunyai status yang sama
dengan negeri jajahan, kerana negeri naungan mempunyai kuasa autonomi dalam menguruskan
hal ehwal dalamannya.
Negeri
jajahan seperti Portugis-Melaka dan Pattani ditadbir secara langsung oleh
penjajahnya.
Konvensyen
Montevideo Tentang Hak dan Tanggungjawab Negara 1933, yang digubal berdasarkan
undang-undang adat antarabangsa menyatakan bahawa hanya negara berdaulat
memiliki kapasiti untuk membuat perjanjian dengan negara berdaulat yang lain,
dan ini tidak termasuk negara vassal.
Dalam
kes seperti penyerahan Pulau Singapura oleh Johor kepada British pada tahun
1819, ia adalah sah kerana Johor diiktiraf sebagai negara berdaulat sehingga
1914. Hal yang sama berlaku dalam kes penyerahan Sabah oleh Kesultanan Sulu
kepada British pada tahun 1878 kerana Sultan Sulu adalah raja berdaulat yang
memerintah Sabah pada ketika itu.
Oleh
kerana Sultan Kedah pada ketika itu bukanlah raja berdaulat yang memerintah
Kedah yang merupakan negeri naungan Siam, baginda tiada hak untuk menyerahkan
Pulau Pinang kepada British. Bagaimana mungkin Sultan memberikan sesuatu yang
tidak dimiliki oleh baginda? Konsep ini selari dengan maxim undang-undang nemo
dat quod non habet (tiada siapa berhak memberi apa yang dia tidak miliki).
Berdasarkan
fakta ini, adakah penyerahan Pulau Pinang (menerusi penyewaan) adalah sah?
Walaubagaimanapun,
terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Sultan Kedah adalah penguasa
berdaulat ke atas takhta Kedah dan oleh itu baginda berhak untuk menyerahkan Pulau
Pinang kepada British.
Selain
itu, tindakan British yang menjalinkan hubungan antarabangsa dengan Kedah
secara langsung menunjukkan Sultan Abdullah Mukarram Shah adalah pemerintah Kedah yang berdaulat.
Artikel 26 Konvensyen Vienna Tentang Undang-undang Triti yang digubal
berasaskan undang-undang adat antarabangsa yang terpakai kepada semua negara
menyebut ‘Triti haruslah dikuatkuasakan dengan sesuci hati’.
Francis
Light tidak pernah memenuhi syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Kedah yang
ditandatangani antara kedua-dua pihak pada tahun 1876. Setelah tidak berhasil
mendapatkan Pulau Pinang, Sultan Kedah telah dipaksa untuk menandatangani satu
lagi perjanjian pada tahun 1791 yang telah menyaksikan pengambilan secara rasmi
Pulau Pinang oleh British.
Bak
kata pepatah, sudah terang lagi bersuluh, pihak British telah mengamalkan
paksaan untuk mempergunakan Sultan Kedah bagi mendapatkan Pulau Pinang. Oleh
itu, dalam situasi ini, perjanjian tersebut boleh dibatalkan. Maka, sekali
lagi, adakah penyerahan Pulau Pinang oleh Kedah kepada British sah?
Kesimpulan
Sama
ada penyerahan itu sah atau tidak, pihak British telah pun memerintah Pulau
Pinang selama 171 tahun, mempamerkan wujudnya kependudukan efektif ke atas
wilayah tersebut. Pulau Pinang telah secara meluas diiktiraf oleh masyarakat
antarabangsa pada ketika itu sebagai sebahagian dari koloni British.
Namun
begitu, dengan meletakkan elemen kependudukan efektif ini ke tepi, adalah
munasabah untuk menyatakan bahawa kesahihan penyerahan Pulau Pinang kepada Kedah
boleh dipersoalkan, dari sudut perspektif sejarah dan undang-undang.
Sekiranya
Sultan Kedah tidak dianggap penguasa Kedah yang berdaulat, bagaimana mungkin
baginda mempunyai hak untuk menyerahkan Pulau Pinang yang tidak dimiliki
olehnya kepada British? Walaubagaimanapun, sekiranya Sultan Kedah dianggap
sebagai raja Kedah yang berdaulat pada waktu itu dan mempunyai hak ke atas
Pulau Pinang, perjanjian yang ditandatangani di antara baginda dan pihak
British pada tahun 1791 itu dilakukan tanpa kerelaan, mengakibatkannya boleh
dibatalkan.
Kini,
Kedah bukanlah lagi negeri bawahan Siam ataupun negeri lindungan British tetapi
sebuah negeri yang merdeka di dalam Malaysia. Sultan Kedah sekarang ini, Sultan
Abdul Halim Mu‘adzam Shah adalah Yang DiPertuan Agong, raja berdaulat yang
memerintah Malaysia. Tidak seperti Johor dan Singapura ataupun Sabah dan
Kesultanan Sulu yang bukan sebahagian dari negara yang sama, Pulau Pinang dan
Kedah kedua-duanya adalah negeri di dalam Malaysia. Menurut sejarah, Pulau
Pinang memang dianggap sebagai sebahagian dari Kedah.
Inilah
masanya untuk memperbetulkan kesilapan yang dicipta oleh sang licik Francis
Light lebih dari 2 abad yang lalu. Pemulangan Pulau Pinang kepada Kedah adalah
wajar dan tidak akan menggugat kedaulatan negara Malaysia. Pulau Pinang
sebetulnya tidak pernah secara sah diserahkan dan harus kekal bersama Kedah.
>
Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli ialah seorang profesor pelawat di School of Law, Far
Eastern Federal University, Vladivostok, Rusia dan pensyarah kanan di Fakulti
Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia. Ini adalah
pandangan peribadi beliau sebagai seorang pengkaji dan penyelidik undang-undang
maritim antarabangsa.
No comments:
Post a Comment