Dakwaan
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Malaysiakini.com bahawa pengunduran
Ketua Pegawai Eksekutif Ambank Ashok Ramamurthy dan dua lagi pegawai atasan
bank itu disebabkan audit Bank Negara menemui kejanggalan dalam pinjaman 1MDB
merupakan satu pembohongan dan fitnah.
Malaysiakini.com
memetik Rafizi sebagai berkata pengunduran itu berlaku selepas Bank Negara
menjalankan audit pematuhan pada Ambank dan menemui ketidakaturan itu.
“Berita
berhubung pertukaran kepimpinan Ambank berlalu senyap tanpa perhatian media dan
orang awam,” kata Rafizi yang juga setiausaha agung PKR.
Kenyataan
Rafizi Ramli bahawa pengunduran Ashok Ramurthy dibuat secara senyap dan
sembunyi adalah satu pembohongan yang luar biasa.
Sebagai
sebuah korporat besar yang mengamalkan ketelusan dan disenaraikan di Bursa
Malaysia, AMBank mempunyai tanggungjawab memaklumkan kepada umum mengenai
penukaran jawatan-jawatan utama bank tersebut.
Hampir
sebulan yang lalu iaitu pada 29 Januari 2015 Ambank telah membuat pengumuman
kepada Bursa Malaysia mengenai peralihan kepimpinan bank
tersebut.http://www.ambankgroup.com/eng/InvestorRelations/BURSAAnnouncements/Pages/default.aspx
Jadi
bagaimana baru hari ini Rafizi mendapat berita pengunduran dan Malaysiakini
memilih untuk menyiarkan kenyataan sampah sarap ini?
Ashok
yang berada di penghujung kontrak memilih untuk menyambung kontrak untuk
memberi tumpuan kepada keluarganya dan juga mencari pengalaman baru.
Ambank
pada 29 Januari lalu memaklumkan Ashok akan berhenti dari Ambank untuk bersama
keluarga beliau di Melbourne. Beliau juga telah mendapat tawaran sebagai
Eksekutif Kanan dalam Australia and New Zealand Banking Group Limited (ANZ).
Ambank
pada tarikh yang sama menegaskan beberapa pegawai kanan bank tersebut masih
kekal sehingga kontrak mereka tamat.
Malangnya,
Rafizi Ramli bukan sahaja malas menyelidik malah tidak langsung membaca
kenyataan AMBANK pada bulan Januari lalu lagi.
Hairannya
nanti akan ada rakyat Malaysia yang masih menyokong pembohong dan pemfitnah
seperti Rafizi Ramli ini.
Lebih aneh, orang Islam sanggup mengenepikan agama
Islam untuk memilih seorang pembohong dan kaki fitnah ini sebagai pemimpin
mereka.
No comments:
Post a Comment