Tuesday, March 31, 2015

Seorang Guru Di Kelantan Tersedar Rahsia Terbocor Cepat Cepat Padam Posting Mengenai Anti GST di Facebook


GURU PAS DI KELANTAN BARU TERSEDAR, DIA SUDAH TERBOCOR RAHSIA, CEPAT-CEPAT PADAM POSTING ANTI-GSTNYA DI FACEBOOK!!!

Seorang guru yang mengajar di SMK Bukit Jawa telah membuat posting awal tentang bagaimana dia terpaksa menutup gerainya di KB Mall yang telah dibukanya selama 10 tahun. Alasan penutupan adalah GST.

Untuk makluman, KB Mall terletak di Kota Bharu dan merupakan pemilikan salah satu anak syarikat kerajaan negeri. Kota Bharu terletak di Kelantan. Kelantan pula berada di bawah Kerajaan Negeri PAS semenjak tahun 1990.

Paling menarik ialah apabila Husam Musa, orang yang paling banyak membuat 'penemuan menggemparkan' di Kota Bharu dan Kelantan, termasuklah penemuan telaga minyak, turut menyambut posting berkenaan sebagai bukti betapa buruk dan zalimnya GST.

Para macai Pakatan Rakyat terutama sekali yang tegar menyokong DAP yang cuba melindungi kebuasan para peniaga DAP mengaut keuntungan besar, turut menggunakan posting tersebut sebagai bahan untuk mereka menyerang Kerajaan kerana implementasi GST.

Bagaimanapun, setelah terdedah, wanita berkenaan telah melupuskan posting tersebut. Dan lebih menarik lagi ialah, rupa-rupanya wanita itu bukanlah peniaga sepenuh masa, sebaliknya merupakan seorang guru!!!

Kakitangan awam rupa-rupanya di pengkomplen itu!

Pada ketika para guru kononnya tidak mempunyai banyak masa kerana terlalu dibebankan oleh kerjaya dengan sebahagian daripada mereka pula mengeluh kerana terpisah dengan suami atau isteri sehingga ada yang kononnya hampir bercerai, guru ini pula mempunyai banyak masa lapang untuk berniaga.

Apa yang ditulis oleh guru ini, sememangnya menarik perhatian daripada golongan yang cukup dikenali sebagai pemacai tegar DAP seperti di bawah tanpa dia sedar, posting berkenaan telah pun dilupuskan oleh penulisnya sendiri

2 comments:

  1. Macam mana Barua Dap sebagai penjawat awam ini boleh berniaga ?

    ReplyDelete
  2. Bila gst dikenakan sepatutnya harga barang turun tapi mslaysia dikuasa kartel kartel prngguna....mereka ambil kesempatan naik harga lebih awal lagi ....dan aksn dicukai secara dengan 6% cukai gst sahaja berbanding dengan 16% sebelm ini.....kartel manipulasi harga barang...mrnteri yg pantau harga barangg sangat sangat lemah...itu pun menteri yg bertanggungjawab faham dengan gst....

    ReplyDelete