Editor
WSJ tuduh ketika pemerintahan Mahathir lesapkan RM100b, Mahathir akui
WSJ benar ?
Tuduhan atau serangan Wall Street Journal ke atas Najib Tun Razak bukanlah sesuatu yang pelik. Wall Street Journal mempunyai sejarah yang panjang dalam menyerang pemimpin banyak negara termasuk Malaysia.
Sejak awal 1980-an lagi sehingga menyebabkan Dr.Mahathir yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia menggunakan pentas ucapan di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyerang balas laporan-laporan berat sebelah majalah ekonomi terbabit.
Dr Mahathir ketika mendakwa WSJ menyerang Malaysia kerana kerajaan tidak mahu mengikut kehendak “mereka”.
“i
know that efforts will be made by the press, the editors, to pressure
the Malaysian Government to do this and that.” (Mahathir Mohamad,
Ucapan PBB, New York:1986)
Lihat: http://goo.gl/SIQbAh
Lihat: http://goo.gl/SIQbAh
Tidak
cukup itu, Dr Mahathir juga pernah mengharamkan majalah terbitan WSJ
di Asia, Asia Wall Street Journal, selama tiga bulan kerana laporan
tidak benar dan palsu.
Barry Wain, Bekas editor Asia Wall Street Journal, meneruskan sejarah panjang WSJ dengan Malaysia apabila menulis sebuah buku berjudul “Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times (Critical Studies of the Asia-Pacific)” yang mendakwa Mahathir melesapkan lebih RM 100 bilion semasa pemerintahannya (jika nilainya sekarang sudah tentu menjangkau sekali ganda).
Dr. Mahathir bagaimana pun mencabar Barry Wain mengemukakan fakta mengenai tuduhan beliau itu yang sehingga sekarang tidak pernah dijawab.
Timbul juga persoalan… jika Dr.Mahathir dan penyokongnya menyatakan WSJ benar dan tak menipu maka benarlah dia mahazalim mengongkong media kerana mengharamkan Asia WSJ masuk ke Malaysia selama 3 bulan kerana mengkritiknya dan maka benarlah dakwaan Dr.mahathir melesapkan RM100 billion semasa pemerintahanya.
No comments:
Post a Comment