Sunday, July 12, 2015

Ada orang dalam kerajaan yang nak gulingkan Perdana Menteri.. Siapa ya??



Bank-bank dalam negara sudah tidak boleh dipercayai menyimpan maklumat pelanggan atau TASK FORCE yang tidak boleh dipercayai?

Satu demi satu maklumat akaun pelanggan bank dikeluarkan oleh portal berita dan media barat. Isunya kenapa maklumat ini keluar sedangkan siasatan belum dimuktamadkan dan dokumen-dokumen ini belum disahkan kesahihahnnya dan kaitannya dengan jenayah.

Maklumat yang dibocorkan ini telah mengakibatkan spekulasi liar dan pembohongan seperti yang berlaku dalam kes NFC, di mana baki dan transaksi dalam penyata bank ditafsirkan secara melulu dan diluar konteks.

Jika ia dilakukan oleh pihak Bank, maka Bank Negara Malaysia wajar sedar ia akan menghilangkan keyakinan pelanggan terhadap integriti Sistem Perbankan negara kita.

Jika ia dilakukan oleh anggota TASK FORCE, maka ini memberi bayangan bahawa mereka tidak mempunyai integriti dan menjaga kerahsiaan. Maka timbul persoalan, samada ada di kalangan mereka sudah tidak boleh berlaku adil atau mereka mungkin mendapat habuan wang ringgit/material atas penjualan maklumat ini.

Untuk berlaku adil, agar individu yang dituduh tidak dihukum melalui perbicaraan media, anggota TASK FORCE perlu disiasat sedalam-dalamnya, termasuk pergerakan, komunikasi dan akaun bank setiap mereka dan keluarga mereka.

Kes terbaru adalah pendedahan maklumat akaun DS Rosmah. Akaun ini sedang disiasat dan peliknya, sebelum siasatan dimuktamadkan, sejumlah maklumat yang boleh mengakibatkan spekulasi telah dibocorkan.

Siapa yang sedang bermain permainan persepsi ini? BANK AFFIN, AMBANK ATAU TASK FORCE? - Sumber

No comments:

Post a Comment