Thursday, July 16, 2015

TAZKIRAH KHAS RAYA: BALIKLAH ANAKKU RAYA PERTAMA

Image result for minal aidin wal faidzin selamat hari raya


Assalamualaikum wr.wb لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


Tazkirah paling popular berkisar hukum ibubapa vs anak menantu.


Dan, saya fikir untuk rakyat Malaysia, apabila tiba Raya Aidilfitri, ramai yang bergaduh dan serba salah khas buat yang dah berkahwin.
MANA SATU NAK BALIK NI???


Manakan tidak, setiap ibubapa sebolehnya mahukan semua anak (dan menantu) berhari raya HARI PERTAMA dengan mereka. Lewat hari pertama pun, dah boleh jadi sebab bermasam muka. Apatah lagi raya kedua ketiga bla bla bla.


Maka, tidak menjadi kehairanan jika ada yang berdalil untuk justifikasi RAYA HARI PERTAMA DI MANA.


Beginilah… khas untuk diri dan mereka yang ada anak menantu, bersikap adil lah. Hukum yang ada (yang menjadi senjata guna pakai nak bagi anak rasa bersalah dengan istilah “derhaka”) itu hanya panduan. Memang, ada turutan keutamaan.
Namun, ingin dimohon agar janganlah salah gunakan. Kasihanilah pasangan anak-anak kita. Kalau sebelah sini dan sana guna hukum (semata nak kena raya pertama bersama ibubapa), mahu ada yang bergaduh bermasam muka.


Aidilfitri seharusnya disambut dengan kegembiraan, bukan bermasam muka.
Sebolehnya, terimalah hakikat. Kalau kita pun dulu serba salah nak balik mana, jangan kita lakukan kepada anak menantu kita. Beri peluang mereka bergilir.


Dengan kesempatan ini juga, saya ini ingin memohon ampun dan maaf untuk segala kesilapan dan kekhilafan.



Wassalam.


No comments:

Post a Comment