Assalamualaikum wr.wb لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Tazkirah
paling popular berkisar hukum ibubapa vs anak menantu.
Dan,
saya fikir untuk rakyat Malaysia, apabila tiba Raya Aidilfitri, ramai yang bergaduh
dan serba salah khas buat yang dah berkahwin.
MANA
SATU NAK BALIK NI???
Manakan
tidak, setiap ibubapa sebolehnya mahukan semua anak (dan menantu) berhari raya
HARI PERTAMA dengan mereka. Lewat hari pertama pun, dah boleh jadi sebab
bermasam muka. Apatah lagi raya kedua ketiga bla bla bla.
Maka,
tidak menjadi kehairanan jika ada yang berdalil untuk justifikasi RAYA HARI
PERTAMA DI MANA.
Beginilah…
khas untuk diri dan mereka yang ada anak menantu, bersikap adil lah. Hukum yang
ada (yang menjadi senjata guna pakai nak bagi anak rasa bersalah dengan istilah
“derhaka”) itu hanya panduan. Memang, ada turutan keutamaan.
Namun,
ingin dimohon agar janganlah salah gunakan. Kasihanilah pasangan anak-anak
kita. Kalau sebelah sini dan sana guna hukum (semata nak kena raya pertama
bersama ibubapa), mahu ada yang bergaduh bermasam muka.
Aidilfitri
seharusnya disambut dengan kegembiraan, bukan bermasam muka.
Sebolehnya,
terimalah hakikat. Kalau kita pun dulu serba salah nak balik mana, jangan kita
lakukan kepada anak menantu kita. Beri peluang mereka bergilir.
Dengan
kesempatan ini juga, saya ini ingin memohon ampun dan maaf untuk segala
kesilapan dan kekhilafan.
Wassalam.
No comments :
Post a Comment