Wednesday, August 5, 2015

CUBA TANYA KAT TUN M PULAK,SEBAB DIA PUN SUKA BERTANYA!!!



Ke mana hilangnya wang kertas RM1000.00 dan RM500.00 semasa zaman pemerintahannya. Tak kan dia tak tahu. Tak kan Bank Negara tak tahu. Duit-duit tu bukan seguni dua atau sebakul dua. Bukan 10 ribu atau 100 ribu. Entah-entah berbillion.

Gobala kata Anwar yang songlap tapi tak ada pulak tindakan diambil? Tak kan tak
boleh jejak ke mana hilangnya duit-duit tersebut?

Kalau duit USD700 juta boleh tau masuk akaun sana masuk akaun sini tak kan duit kertas RM1000 dan RM500 boleh tak tau masuk akaun sapa. Pelik jugak.

Mungkin masuk akaun di bank negara jin kut.

Kalau duit tu tumpang simpan dalam akaun orang dan orang tu lambat mati tentu kaya dia tu.

Logik ke dia ni boleh tuduh Anwar bawak duit 13 bilion dalam bentuk tunai? Berapa kontena lah ye?Mat Taib bawak juta-juta tunai pun kenatahan kat lapangan terbang di Australia,inikan pulak bilion-bilion!!!


Kemudian bekukan wang 1000 dengan 500 kononnya Anwar tak boleh tunaikan bila di bekukan.

Logik ke? Macamlah nuar tu bodoh sangat tak reti nak buat transaksi kewangan yang sistemnya dah serba canggih.

Persoalannya kalau betul,ke manakah perginya duit 13 bilion tu!

Siapa PM nya ketika itu.Dia kenajawab!Aku pun serupa dia suka bertanya!!!


No comments:

Post a Comment