Wednesday, August 5, 2015

Wang siapa bertaburan atas lebuh raya?

wang-kertas


SINGAPURA, Selasa – Pengguna yang melalui Bukit Timah Expressway (BKE) semalam, terkejut selepas disajikan dengan permandangan yang jarang-jarang berlaku – wang bertaburan di atas jalan raya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.20 petang berdekatan persimpangan Seletar Expressway (SLE) dan BKE.

Klip video yang dimuat naik hari ini menunjukkan separuh daripada laluan lebuh raya itu dipenuhi wang kertas RM50.

Klip video yang dirakam dari sebuah kereta itu juga menunjukkan beberapa penunggang motosikal dan kereta berhenti di tepi lebuh raya untuk memungut wang kertas berkenaan, tanpa menghiraukan keselamatan mereka.



Kenderaan yang bergerak di kiri lebuh raya itu pula terpaksa diperlahankan bagi mengelak kemalangan.

Seorang Pembantu Tadbir yang hanya dikenali sebagai Annie memberitahu, dia ketika itu berada di dalam bas dua tingkat apabila melihat banyak wang kertas melayang di udara.

Katanya, sesetengah penumpang meminta pemandu supaya memberhentikan bas kerana mereka juga mahu mengutip wang berkenaan.

“Sekurang-kurangnya terdapat RM10,000 wang kertas yang bertaburan itu,” katanya.

Bagaimanapun, tidak pasti bagaimana wang kertas berkenaan boleh bertaburan di lebuh raya itu. –Ismaweb

No comments:

Post a Comment