Parti
pembangkang termasuk Pas dan Harapan Baru akan hadir dalam program solat hajat
bagi meningkatkan tekanan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul
Razak agar berundur dari jawatannya.
PKR,
DAP, Pas dan Harapan Baru juga akan berkongsi pentas dalam program ceramah
perdana selepas berakhirnya solat hajat.
Naib
Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan berkata, program ini dibuat
bagi membina gelombang rakyat menjelang Perhimpunan Bersih 4.0.
"Oleh
itu, saya menyeru supaya seberapa ramai rakyat turun menyertai solat hajat dan
himpunan rakyat seperti ini bagi menzahirkan desakan agar Datuk Seri Najib Tun
Razak untuk berundur.
"Saya
yakin jika ia tidak dilakukan, skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion akan cuba
dikuburkan seperti mana skandal-skandal lain," katanya dalam satu
kenyataan medianya hari ini.
Katanya,
majlis yang akan bermula esok di Padang Perbandaran Ampang Jaya, akan
menghimpunkan ramai pemimpin parti pembangkang.
Antara
pimpinan yang akan hadir termasuklah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengarah
Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi Harapan Baru
Mohamad Sabu dan Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Abdul Samad.
Selain
itu, Adun Teratai Tiew Wei Keng, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen dan Ahli
Parlimen Kapar Manivannan juga akan berucap.
PKR
dan DAP sekarang ini sedang rancak menggunakan Islam sebagai senjata mereka
untuk meraih sokongan sebanyak mungkin. Tiada lagi pantang larang, tiada lagi
had dan batasan. Bahkan mereka sanggup menggunakan ruang solat dan masjid demi
politik mengagungkan DAP.
Selepas
bersoal jawab dalam Masjid Al-Falah, USJ melibatkan Ahli Parlimen Kelana Jaya,
Wong Chen dan TAZKIRAH Lim Kit Siang pada 6 Ogos bahawa sebuah parti Islam yang
baru, yang boleh menyatukan orang Islam dengan bukan Islam perlu dibentuk,
nampaknya Rafizi Ramli dan PKR telah mengambil pendekatan yang lebih ekstrim
tetapi menepati cerita-cerita sebelum ini bahawa PKR adalah penyokong
Pluralisme.
No comments:
Post a Comment