Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, August 13, 2015

PARTI-PARTI PEMBANGKANG TERMASUK PAS DAN GHB Akan Bersatu Buat Solat Hajat Agar Najib Hilang Jawatan




Parti pembangkang termasuk Pas dan Harapan Baru akan hadir dalam program solat hajat bagi meningkatkan tekanan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar berundur dari jawatannya.

PKR, DAP, Pas dan Harapan Baru juga akan berkongsi pentas dalam program ceramah perdana selepas berakhirnya solat hajat.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan berkata, program ini dibuat bagi membina gelombang rakyat menjelang Perhimpunan Bersih 4.0.

"Oleh itu, saya menyeru supaya seberapa ramai rakyat turun menyertai solat hajat dan himpunan rakyat seperti ini bagi menzahirkan desakan agar Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berundur.

"Saya yakin jika ia tidak dilakukan, skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion akan cuba dikuburkan seperti mana skandal-skandal lain," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Katanya, majlis yang akan bermula esok di Padang Perbandaran Ampang Jaya, akan menghimpunkan ramai pemimpin parti pembangkang.

Antara pimpinan yang akan hadir termasuklah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi Harapan Baru Mohamad Sabu dan Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Abdul Samad.


Selain itu, Adun Teratai Tiew Wei Keng, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen dan Ahli Parlimen Kapar Manivannan juga akan berucap.




PKR dan DAP sekarang ini sedang rancak menggunakan Islam sebagai senjata mereka untuk meraih sokongan sebanyak mungkin. Tiada lagi pantang larang, tiada lagi had dan batasan. Bahkan mereka sanggup menggunakan ruang solat dan masjid demi politik mengagungkan DAP.

Selepas bersoal jawab dalam Masjid Al-Falah, USJ melibatkan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen dan TAZKIRAH Lim Kit Siang pada 6 Ogos bahawa sebuah parti Islam yang baru, yang boleh menyatukan orang Islam dengan bukan Islam perlu dibentuk, nampaknya Rafizi Ramli dan PKR telah mengambil pendekatan yang lebih ekstrim tetapi menepati cerita-cerita sebelum ini bahawa PKR adalah penyokong Pluralisme. 


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.