Pagi
tadi bertempat di perumahan FELDA Gelanggi 04 Jerantut Pahang,
Pengerusi Tabung Haji, YB Datuk Seri Panglima Hj Abdul Azeez Rahim
dengan tegas menafikan khabar angin kununnya matawang ringgit negara
kita tidak laku di tanah suci....
Dikala
waktu ini sedang berlangsungnya musim ibadah Haji, tiba-tiba muncul
juak juak yang tidak bertanggungjawab membawa perkhabaran palsu
bernilai FITNAH menyebarkan berita menakut-nakutkan jemaah yang masih
belum berangkat untuk mendepani kepayahan jika mahu berbelanja
sewaktu berada di Mekah dan Madinah.
Viral
semakin teruk di laman laman sosial dan mesej Whatsapp Group cuba
memburuk-burukan imej negara yang sedang bergelut dengan krisis nilai
matawang ringgit yang sedang susut sedikit sekarang ini.
Azeez
Rahim agak kecewa dengan fitnah jahat ini kerana menurutnya keadaan
kesemua jemaah dibawah seliaan Tabung Haji memang sangat teratur dan
dijaga dengan baik.
Sebenarnya
tidak timbul langsung isu jemaah haji membawa matawang ringgit ke
tanah suci kerana setiap Maktab [iaitu hotel penginapan] memang
tersedia ada pusat khidmat kewangan Tabung Haji.
Pusat
khidmat ini lengkap dengan kaunter kaunter pengeluaran wang yang akan
membayar dalam bentuk matawang Riyal buat setiap jemaah haji. Malah
semua jemaah mendapat kesitimewaan kerana tidak pelu langsung membawa
buku simpanan untuk urusan pengeluaran wang.
Cukup
sekadar menunjukkan kad pengenalan Haji yang sentiasa digantungkan
sepanjang tempoh berada disana, dan pihak Tabung Haji juga
membenarkan pengeluaran walaupun hanya menunjukkan gelang tangan
jemaah.
Maka
disini jelas terbukti tidak ada logik kenapa harus mana mana jemaah
kita bersusah payah mahu pergi merayau pergi mencari penukar wang
asing dan membawa matawang ringgit...? Tidak masuk akal langsung !
Perkhidmatan
dah disediakan di lobi tempat penginapan, kenapa pula jemaah mahu
pergi berjalan jauh jauh mencari pusat kaunter penukar wang asing ?
Menurut
Azeez lagi, setiap jemaah tidak perlu risau memikirkan masalah
membawa wang tunai yang banyak kerana pengeluaran boleh dibuat di
Maktab masing masing dan jumlah had pengeluaran dibenarkan sehingga
10,000 sehari.
Malah
buat mana mana jemaah yang ingin berbelanja lebih mereka boleh
menyuruh ahli ahli keluarga di Malaysia mendepositkan wang disini dan
selepas itu mereka akan membuat pengeluaran disana.
Sementara
itu pada jam 9.15 pagi tadi, Datuk Seri Panglima Azeez selamat tiba
di No 189 Felda Gelanggi 04, Jerantut rumah Allahyarhamah Zaleha Bt
Yasin, 63 jemaah yang meninggal dunia di Madinah.
Beliau
disambut oleh waris keluarga, anak anak Allahyarhamah. Majlis tahlil
diadakan sebentar tadi dipimpin oleh Imam masjid Felda Gelanggi.
Azeez
turut memaklumkan bahawa segala urusan jenazah telah selamat
diuruskan oleh kakitangan TH di Madinah. Allahyarhamah selamat
disembahyangkan di Masjid Nabawi dan dikebumikan di Baqe' Masjid
Nabawi.
Pihak
TH turut menghulurkan sumbangan dan derma seperti air zamzam dan wang
bejumlah RM1,500.
Turut
sama hadir untuk mengiringi Azeez pagi tadi adalah Ahli Parlimen
Jerantut, YB Ahmad Nazlan Bin Idris dan Ahli Lembaga Pengarah Tabung
Haji, Prof Emeritus Tan Sri Dato' Abdul Shukor Husin. MIK
No comments:
Post a Comment