Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, August 26, 2015

Ringgit Tak Laku Di Mekah Dan Madinah Adalah Berita PALSU Berniat JAHAT...!



Pagi tadi bertempat di perumahan FELDA Gelanggi 04 Jerantut Pahang, Pengerusi Tabung Haji, YB Datuk Seri Panglima Hj Abdul Azeez Rahim dengan tegas menafikan khabar angin kununnya matawang ringgit negara kita tidak laku di tanah suci....

Dikala waktu ini sedang berlangsungnya musim ibadah Haji, tiba-tiba muncul juak juak yang tidak bertanggungjawab membawa perkhabaran palsu bernilai FITNAH menyebarkan berita menakut-nakutkan jemaah yang masih belum berangkat untuk mendepani kepayahan jika mahu berbelanja sewaktu berada di Mekah dan Madinah.


Viral semakin teruk di laman laman sosial dan mesej Whatsapp Group cuba memburuk-burukan imej negara yang sedang bergelut dengan krisis nilai matawang ringgit yang sedang susut sedikit sekarang ini.

Azeez Rahim agak kecewa dengan fitnah jahat ini kerana menurutnya keadaan kesemua jemaah dibawah seliaan Tabung Haji memang sangat teratur dan dijaga dengan baik.

Sebenarnya tidak timbul langsung isu jemaah haji membawa matawang ringgit ke tanah suci kerana setiap Maktab [iaitu hotel penginapan] memang tersedia ada pusat khidmat kewangan Tabung Haji.

Pusat khidmat ini lengkap dengan kaunter kaunter pengeluaran wang yang akan membayar dalam bentuk matawang Riyal buat setiap jemaah haji. Malah semua jemaah mendapat kesitimewaan kerana tidak pelu langsung membawa buku simpanan untuk urusan pengeluaran wang.

Cukup sekadar menunjukkan kad pengenalan Haji yang sentiasa digantungkan sepanjang tempoh berada disana, dan pihak Tabung Haji juga membenarkan pengeluaran walaupun hanya menunjukkan gelang tangan jemaah.

Maka disini jelas terbukti tidak ada logik kenapa harus mana mana jemaah kita bersusah payah mahu pergi merayau pergi mencari penukar wang asing dan membawa matawang ringgit...? Tidak masuk akal langsung !

Perkhidmatan dah disediakan di lobi tempat penginapan, kenapa pula jemaah mahu pergi berjalan jauh jauh mencari pusat kaunter penukar wang asing ?

Menurut Azeez lagi, setiap jemaah tidak perlu risau memikirkan masalah membawa wang tunai yang banyak kerana pengeluaran boleh dibuat di Maktab masing masing dan jumlah had pengeluaran dibenarkan sehingga 10,000 sehari.

Malah buat mana mana jemaah yang ingin berbelanja lebih mereka boleh menyuruh ahli ahli keluarga di Malaysia mendepositkan wang disini dan selepas itu mereka akan membuat pengeluaran disana.

Sementara itu pada jam 9.15 pagi tadi, Datuk Seri Panglima Azeez selamat tiba di No 189 Felda Gelanggi 04, Jerantut rumah Allahyarhamah Zaleha Bt Yasin, 63 jemaah yang meninggal dunia di Madinah.

Beliau disambut oleh waris keluarga, anak anak Allahyarhamah. Majlis tahlil diadakan sebentar tadi dipimpin oleh Imam masjid Felda Gelanggi.

Azeez turut memaklumkan bahawa segala urusan jenazah telah selamat diuruskan oleh kakitangan TH di Madinah. Allahyarhamah selamat disembahyangkan di Masjid Nabawi dan dikebumikan di Baqe' Masjid Nabawi.

Pihak TH turut menghulurkan sumbangan dan derma seperti air zamzam dan wang bejumlah RM1,500.

Turut sama hadir untuk mengiringi Azeez pagi tadi adalah Ahli Parlimen Jerantut, YB Ahmad Nazlan Bin Idris dan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, Prof Emeritus Tan Sri Dato' Abdul Shukor Husin. MIK


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.