Ramai
yang mendabik dada bila menegur kerana tidak pandai memamahi kata-kata sindiran
Mahathir. Di antaranya;
"Saya
harap beliau bersara dengan aman dan menikmati persaraannya," kata Dr
Mahathir kepada pemberita apabila ditanya mengenai ucapan ulang tahun kepada
Najib di Hotel Berjaya malam tadi. - MalaysiaInsider
Apa
yang tersirat dengan sindiran Mahathir kini telah memakan dirinya sendiri
apabila beliau yakin Perdana Menteri Najib Razak akan diundurkan dari
jawatannya dalam masa terdekat.
Sekilas
membacanya, seperti Mahathir yakin perancangan mensabitkan PM dengan kemelut
ciptaan sekutunya iaitu isu 1MDB, maka sindiran beliau akan menjadi kenyataan.
Malangnya,
selepas menikmati majlis gilang gemilang yang ditaja Berjaya, impian
Mahathir telah dibenamkan Najib Razak
apabila rombakan kabinet dilakukan dengan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin
dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya membuat perubahan ketara
di dalam kabinet baru.
Lebih
tidak dijangka apabila SPRM mengumumkan duit yang telah dimasukkan ke dalam
akaun peribadi PM, bukanlah dari sumber 1MDB tetapi dari penderma.
Dalam
masa yang sama, satu gerakan telah disusun oleh Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang
untuk membuat usul undi tidak percaya di persidangan Parlimen akan datang.
Segala
berkaitan dengan sindiran Mahathir didalam ucapan harijadi Perdana Menteri
hanyalah ingin mengaitkan Najib Razak dengan salah guna kuasa dan rasuah telah
hancur.
Demonstrasi
'tangkap najib' yang cuba diadakan juga telah gagal dan bukanlah kerana
penahanan 30 yang dibuat tetapi kehadiran yang terlalu kecil dari berpuluh ribu
yang pernah hadir di perarakan lalu adalah satu tamparan.
Nampaknya
ucapan harijadi untuk Najib Razak bukan sekadar sindiran tetapi ia adalah
harapan dan impian Mahathir yang kini bukan sahaja memakan dirinya sendiri
malahan telah menemui jalan GAGAL!
Maka,
apakah 'grand design' yang bertujuan untuk merampas kuasa dan menjatuhkan
pemerintahan hari ini tidak wujud?
No comments:
Post a Comment