AIDCNews
– 4/8/15 – Clare RewcasBrown merupakan satu watak yang hidup secara rahsia
di bawah bayangan broker, pelobi dan pembiaya Barat khususnya United Kingdom,
Eropah dan Amerika Syarikat, dedah the Malaysian Spark.com.
Pada
mulanya, Clare, pengasas dan editor Sarawak Report, memulakan latihannya dengan
‘menembak’ bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud,
namun kini telah mensasarkan pula tembakan terhadap Perdana Menteri Mohd Najib
Tun Razak dengan menggunakan peluru 1MDB.
Sebelum
ini, Clare menyerang Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman sebelum
Pilihan Raya Umum 2013.
Untuk
memahami mengapa Clare melakukan operasi-operasi itu, perlu juga ditelusuri
siapakah individu-individu berkuasa dan berpengaruh yang merupakan sebahagian
daripada lingkaran dunia naungan rahsia itu.
Suami
Clare, Andrew Brown (foto kanan) adalah bekas wartawan dan kini merupakan pengarah komunikasi syarikat gergasi tenaga nuklear Perancis, EDF (Electricité
de France).
Sebelum
menyertai EDF, beliau merupakan pengarah strategi media Weber Shandwick, sebuah
syarikat PR antarabangsa.
EDF
mengendalikan 58 reaktor nuklear di Perancis dan menjadi pemain besar dalam
pasaran elektrik di United Kingdom kini berhadapan dengan kempen global untuk
mengubah persepsi kuasa nuklear.
Andrew
melalui EDF telah berjaya melobi menteri di Britain dan terus bekerja di
negara-negara lain untuk memperkenalkan proses perancangan pantas untuk membina
loji nuklear baharu tanpa dipertikai masyarakat umum.
Beliau
tinggal bersama Clare di Victoria, Central London. Pangsapuri mewahnya terletak
tidak jauh dari kediaman abangnya, .
Gordon
Brown (foto,kiri) adalah bekas Perdana Menteri Britain (2007-2010), seorang yang sangat berpengaruh di Britain, Eropah dan Amerika Syarikat.
Beliau
pula berkait rapat kepada spekulator mata wang dan pembiaya George Soros dan
sering dijemput untuk memberi ucapan di Institut Soros Untuk Pemikiran Ekonomi
Baharu (INET).
Gordon
dan Andrew juga berkawan rapat pemburu wang, Ted S. Greenberg atau lebih
dikenali sebagai Theodore S. Greenberg.
Ted
Greenberg (foto,kanan, bersama isterinya Tammy Haddad) adalah bekas pendakwa
yang menyiasat pengubahan wang haram, penipuan, rasuah dan pelanggaran kewangan, sebagai Ketua Seksyen Pengubahan Wang Haram dan Timbalan Ketua
Bahagian Penipuan, di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, serta sebagai
Penolong Peguam Amerika Syarikat untuk Timur Daerah Virginia.
Beliau
juga adalah seorang peguam kanan undang-undang untuk Bank Dunia yang mendraf
rangka kerja pemulihan aset yang dicuri Pejabat PBB mengenai Dadah dan Jenayah
(UNODC).
Ted,
kini merupakan Presiden TG Global di Washington, memainkan peranan penting
untuk memulihkan aset beratus-ratus juta yang disembunyikan oleh bekas Presiden
Filipina Ferdinand Marcos.
Berjuta-juta
telah pun berjaya dikembalikan kepada Kerajaan Filipina dan Ted telah dibayar
lumayan.
Ted,
kini bekerja dalam beberapa kes yang berprofil tinggi termasuk pemulihan tidak
kurang daripada AS $ 15 bilion aset yang disembunyikan oleh Presiden Mesir,
Hosni Mubarak yang digulingkan, berbilion-bilion aset disembunyikan oleh
Muammar Gadafi yang mati dibunuh di Libya dan aset Saddam Hussein di Iraq.
Ted
berkahwin dengan pelobi berpengaruh di Washington, Tammy Haddad.
Tammy
Haddad (foto,kiri, di atas kapalTentera Udara AS bersama dengan Presiden Obama) adalah bekas eksekutif MSNBC (syarikat televeisyen terkemuka di AS) dan
penerbit rancangan ‘Larry King Live’ (rancangan talk show).
Beliau
merupakan personaliti yang berwarna-warni dan jika sering dianggap sebagai
penjaja untuk memasuki pintu Washington.
Jaban juga adalah penyokong utama kepada Anwar
Ibrahim dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti Parti Keadilan Rakyat
Tammy
mempunyai ramai kenalan rapat dalam Rumah Putih Obama.
Apabila
Gordon Brown melancarkan bukunya,”
When
Gordon Brown launched his book “Beyond the Crash: Overcoming the First Crisis
of Globalization”, Tammy telah mengadakan sebuah parti mewah untuk beliau di
Hotel Jefferson, Washington DC berhampiran dengan Rumah Putih.
Parti
itu (foto, kanan, mengadakan parti mewah untuk Gordon Brown) sebagai pembuka
pintu untuk Gordon meluaskan hubungan dengan peniaga dan rangkaian di Washington.
Berdasarkan
susur galur dan latar belakang rangkaian Clare Rewcastle Brown itu, maka ia
mempunyai motif tersendiri menyerang Malaysia melalui Sarawak Reportnya.
Gordon
Brown mempunyai rakan lama, salah seorangnya adalah Ketua Pembangkang Anwar
Ibrahim yang dipenjarakan.
Apabila
Anwar dibebaskan pada tahun 2004, dia meninggalkan Malaysia serta-merta untuk
berhijrah ke United Kingdom dan melawat ramai kawan-kawan, termasuk Gordon
Brown yang ketika itu menteri kewangan, Britain.
Peranan
yang sama turut Anwar lakukan kepada Menteri Kewangan atau Setiausaha
Perbendaharaan di negara-negara lain.
Laporan
Guardian pada September 2008 meringkaskan hubungan antara Anwar dan Gordon
Brown.
“Anwar
tetap berterima kasih kepada Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, antara lain
mengakui bahawa peranan Gordon Brown merupakan punca Mahkamah Persekutuan
Malaysia menterbalikkan keputusan bersalah kepada tidak bersalah pada tahun
2004 (dalam kes liwat), walaupun tuduhan rasuah terhadap beliau kekal.
“Anwar
dibebaskan lewat tahun itu tetapi telah dihalang daripada menawarkan diri
bertanding dalam Pilihanraya sehingga April tahun ini (2008).
“Selepas
pembebasannya, Anwar memegang jawatan sebagai tenaga pengajar di Universiti
Oxford dan Universiti Georgetown di Washington dan mengejar kempennya untuk
menentang rasuah melalui jawatannya sebagai Presiden Kehormat AccountAbility,
satu badan pemikir yang berpusat London yang menyokong tadbir urus korporat
yang lebih baik”.
Jaban
adalah seorang jurucakap hak asasi manusia untuk kaum Dayak dan merupakan juru
hebah (DJ) di Cats FM apabila dia bertemu Clare pada tahun 2008.
Pada
tahun 2010, Clare meminta Jaban menyertainya dalam inisiatif penyiaran Radio
Free Sarawak sebagai DJ.
No comments:
Post a Comment