Pengumuman Semua sekolah di Semenanjung diarah tutup selama dua hari
bermula esok kecuali sekolah Kelantan akibat keadaan jerebu yang
semakin meruncing.
Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan Sabah bagaimanapun dibuka seperti biasa.
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi akaun Facebooknya, sebentar tadi.
Sekolah yang terbabit tidak perlu menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini.
Peperiksaan PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual pada bulan ini dan November nanti.
Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu.
"Calon peperiksaan akan dibekalkan dengan topeng sepanjang menjalani peperiksaan sekiranya jerebu berterusan.
"Kita hanya akan menangguhkan semua pemeriksaan itu itu sekiranya negara diisytiharkan darurat jerebu," katanya.
Sementara itu, Mahdzir berkata, bagi tiga negeri iaitu Kelantan, Sabah dan Sarawak, kementerian akan terus memantau Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan keputusan yang sama akan dibuat sekiranya terdapat peningkatan IPU mendadak.

Pembetulan;
Sesi persekolahan petang bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
pada hari ini, 4 Oktober 2015 ( Ahad ) berjalan seperti biasa. Mohon
maaf diatas kekeliruan sebelum ini.
https://www.facebook.com/Dato-Seri-Mahawangsa-Mahdzir-Khalid-377863958981851/timeline/
No comments:
Post a Comment