Artikel oleh
seorang jemaah haji tahun ini:
Ok. Sekarang
saya dah pulang, paling kurang sudah 48 jam tadi (baru selamat
sampai Malaysia), dan melihat kepada komen-komen isu di Mina
oleh orang awam secara umum. Maaf cakap, tapi salah sangka orang kita
berkenaan isu rempuhan di Mana benar-benar jauh menyimpang dan ia
semuanya mencipta 2 impressi 1) mematahkan semangat orang untuk pergi
menunaikan haji (dengan memburukkan Saudi), 2) menyebarkan kebencian
di kalangan sesama Muslim.
Biar saya
ceritakan kronologi peristiwa yang berlaku.
1. Bermula
dengan insiden kren yang menjadi tajuk utama media asing seperti BBC,
Economist dan Times of India, semuanya mengkritik pembesaran Masjidil
Haram yang memakan kos US 60 billion. Point dari saya ialah negara
mana yang boleh mengagak dan bersedia untuk insiden seperti tsunami,
hujan kilat, banjir besar, dan ribut taufan? Saya adalah antara saksi
utama semasa kren itu tumbang, dan percaya atau tak ia adalah
kategori Takdir Tuhan. Semuanya berlaku dalam sekelip mata dan
menyapu habis semua yang ada didepan nya. Kren yang tumbang itu
adalah yang kedua terbesar di dunia dan di pasang di luar kawasan
Masjidil Haram namun ia tidak dapat menahan kekuatan angin yang kuat
dan juga tenaga elektrik yang kuat dari kilat yang menyambar,dan anda
pasti terkejut melihat kren kedua terbesar itu tumbang ibarat
sekeping kertas melayang di udara. Memandangkan saya katakan ia
adalah Takdir Tuhan, jemaah yang bersolat tidak berhenti dari solat
mereka, begitu juga jemaah yang sedang melakukan tawaf, dan saya
salah seorang dari mereka. Kerajaan Saudi pula tidak mahu situasi
panik berlaku dan pintu terus ditutup dalam masa setengah jam dan
cepat cepat membersihkan mayat mayat dan mangsa mangsa yang tercede.
Pihak berkuasa tidak mengaktifkan sistem kecemasan agar jemaah tetap
meneruskan ibadah mereka.
2. Insiden di
Mina. Pengurusan di Mina kali ini adalah lebih baik. Lebih dari 100
ribu askar dan volunteers ditempatkan di banyak kawasan. Beribu
tangki air minuman sejuk dan tandas disediakan dengan jarak beberapa
meter diantaranya. Untuk mengatasi suhu panas, pihak berkuasa telah
meletakkan alat pancuran air di setiap tiang lampu di sepanjang
jalan, beribu kemudahan bergerak air, jus jus, dan air sejuk dalam
lori disediakan untuk kegunaan para jemaah. Operasi keretapi dan bas
bas telah disediakan untuk mengangkut orang. Yang paling penting
pihak berkuasa telah meletakkan pemeriksaan ketat untuk memantau
kemasukan haram bagi mengelakkan kesesakan. Walau bagaimanapun,
Takdir Tuhan tetap akan berlaku jika itu telah ditulis. Cuaca
mula semakin panas dari suhu 37 kepada 48. Pada malam pertama di
Mina, ada kejadian angin ribut disertakan dengan kilat. Tapi
kali ini angin yang datang membawa haba panas dan air sangat sejuk.
Subhanallah. Pada keesokan harinya para jemaah menyaksikan hari
paling panas di Arafah. Semua alat penghawa dingin menjadi
liabiliti kerana ia menyedut masuk udara panas, dan akhirnya para
jemaah merasa sangat letih dan kehausan. Perjalanan dari Arafah ke
Mina sedang menanti. Saya sendiri menyaksikan kesan dari cuaca panas
itu dengan melihat ribuan orang yang pengsan. Dan bas 5 bintang kami,
mengalami kerosakan gear pada waktu malam dan terpaksa berhenti. Kami
terpaksa berjalan.pada hari rusuhan sebanyak 3 juta jemaah berjalan
dalam laluan segala namun tidak seperti tahun lepas, udara panas pada
kali ini tidak mengira masa. Dengan pengalaman dua hari dalam suasana
panas dan keletihan, adalah sukar untuk menuju ke tempat Jamarat.
Saya percaya rusuhan berlaku adalah disebabkan oleh suasana panas
melampau, rasa lemas dan para jemaah mula hilang kesabaran disebabkan
kepanasan. Semuanya berlaku.
3. Pihak pihak yang membuat konspirasi
seperti jemaah Iran yang menjadi punca rusuhan, atau kononnya ada
konvoi putera raja, atau kerana kesalahan askar; hanya ingin memberi
salah faham kepada seluruh umat Islam dan membantu Non Muslim untuk
menyerang kita kembali. Saya percaya cara pihak berkuasa Saudi
menyediakan kemudahan untuk para jemaah tidak dapat ditandingi oleh
mana mana negara lain walaupun US. Cuba bayangkan kenapa kerajaan
Saudi ingin melakukan projek pembesaran Masjidil Haram sehingga
mencecah angka US 60 billion? Loji kuasa yang disediakan untuk
menjana elektrik di Masjidil Haram adalah 18000 mw, tenaga elektrik
yang jauh lebih besar yang dijana untuk seluruh Pakistan.
4. Saya menyeru
seluruh umat Islam untuk melihat isu ini sebagai Takdir Tuhan.
Keimanan saya menyatakan Allah sedang menguji seluruh umat Islam
samaada mereka akan takut untuk mengerjakan haji di masa akan datang,
atau mereka akan tetap melaksanakan rukun Islam yang kelima itu.
Dalam masa yang sama media asing yang cemburu dengan kita akan
berterusan cuba untuk.membentuk pemahaman kita melalui fakta fakta
yang salah dan tiada asas, agar terbentuk perbezaan di antara kita
sesama Muslim. Maka keputusan adalah di tangan kita (samaada mahu
percaya berita dari mereka, atau mahu mengambil fakta dari media kita
sendiri).
Nota: Di
Malaysia DAP adalah musuh Islam di belakang tabir. DAP belanja banyak
wang sponsor parti Dan NGO Islam yang terpedaya.
No comments:
Post a Comment