Monday, October 26, 2015

Muhyiddin Bukan Pihak Yang Beri Laluan Kepada Najib

MITOS KINGMAKER MUHYIDDIN 

25 Oktober 2015 - Muhyiddin Yassin telah mendedahkan satu rahsia menarik dengan pendedahan terbaru betapa Dr Mahathir Mohamad telah menawarkan beliau jawatan Perdana Menteri, tetapi mengikut Muhyiddin dia menolaknya dan sebaliknya mencadangkan agar Mahathir pilih Najib Tun Razak. 

Dengan demikian, kata Muhyiddin, dialah orangnya yang ‘menjadikan’ Najib seorang Perdana Menteri. 

Sebenarnya, itu bukanlah jalan cerita yang betul, eloklah saya ceritakan apa sebenarnya yang terjadi. Lagipun, mereka yang sudah lama membaca Malaysia Today tentu sedar betapa kisah itu bukanlah satu kisah baru kerana sudah disiarkan beberapa kali sebelum ini, lebih dari sekali. 

Sejurus bencana pilihanraya umum 2008 dulu (yakni bencana kepada Barisan Nasional) Khir Toyo telah menganjurkan satu seminar di Hotel Singgahsana, di Petaling Jaya yang dihadiri oleh beberapa ratus ahli UMNO. Saya turut berada di sana, hanya kerana ingin tahu, kerana saya bukannya ahli UMNO. 

Dr Mahathir dan anak lelakinya, Mukhriz, turut hadir - duduk di meja utama di atas pentas. 

Kemudian, Dr Mahathir membuat pengumuman bahawa (Tun) Abdullah Badawi harus meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri (malah, dia telah berkata perkara itu selama dua tahun sejak Jun 2006) kerana keputusan pilihanraya umum yang buruk dan lebih teruk lagi Penang yang merupakan negeri Perdana Menteri telah dikalahkan oleh pembangkang. 

(Sebenarnya negeri kelahirannya, Kedah, pun tumbang kepada pembangkang tetapi Mahathir tidak pun menyebutnya.) 

Apa yang paling menarik ialah pengumuman Mahathir betapa satu Majlis Presiden akan ditubuhkan dan bakal Perdana Menteri akan ‘dipandu’ oleh Majlis ini. Dengan kata lain, Majlis itulah yang akan mentadbir negara. 

Tetapi, timbalan Abdullah ketika itu, Najib, bukan sahaja tidak bersedia menolak Abdullah agar melepaskan jawatannya, malah untuk memburukkan keadaan dia sendiri mengisytiharkan sebagai orang nombor dua dia akan terus setia kepada bosnya. 

Inilah yang mengejutkan Mahathir dan beliau memberitahu Najib kalau dia mahukan jawatan Perdana Menteri , dia mesti bertarung untuk mendapatkannya. Dengan kata lain, Najib mesti sungkit Abdullah keluar kalau dia mahu ambil alih jawatan Perdana Menteri. 

Tetapi, Najib tidak bersedia bertindak begitu. Memanglah ada dakwaan mengatakan Najib tidak mempunyai telur keberanian kerana dia bukan seorang pejuang. Kononnya dia mahukan jawatan itu diserahkan kepadanya dan banyak lagi. Najib berhujah, selepas perestasi yang tidak cemerlang ketika pilihanraya umum 2008 itu, cetusan krisis dalaman dan perbalahan kuasa tidak akan membantu UMNO ataupun perjuangan Barisan Nasional. 

Kerana itu Dr Mahathir bertindak mengenepikan Najib. Kemudian dia mla berunding dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Apakah Mahathir memang serius mahukan Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri ataupun apakah dia sengaja gunakan helah untuk mengancam Najib agar menurut kehendaknya, belumlah jelas lagi. 

Tengku Razaleigh, dapat merasakan bahawa Dr Mahathir telah gunakan beliau sebagai helah untuk menekan Najib agar menentang Abdullah. Dengan kata lain, Mahathir telah memberitahu Najib seandainya dia tidak bersedia mencabar Abdullah maka dia akan menghumban Najib dan beralih kepada Tengku Razaleigh. 

Dalam keseluruhan skima ini, Muhyiddin sepatutnya muncul sebagai orang nombor dua sahaja. Samada dia menjadi timbalan kepada Najib ataupun timbalan kepada Tengku Razaleigh. Dr Mahathir tidak ada rencana mahukan Muhyiddin sebagai orang nombor satu, seperti yang didakwa oleh Muhyiddin. 

Sememangnya, Najib telah merupakan pilihan utama Dr Mahathir. Tengku Razaleigh merupakan pilihan kedua Dr Mahathir ataupun mungkin bukan pilihan, kalau hanya sebagai helah untuk Najib bertindak menyanggah Abdullah. Tengku Razaleigh merasakan bahawa dia bukanlah seorang pilihan sebenarnnya dari mula lagi, tetapi hanya digunakan sahaja. 

Apapun, Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh bertemu juga untuk beberapa kali. Saya fikir sekurang-kurangnya sebanyak lima ataupun enam kali (sekali di rumah kediaman Dr Mahathir). Dan Dr Mahathir serahkan kepada Tengku Razaleigh ‘terma tugasan’. Antara terma tugasan itu ada menyebut bahawa Tengku Razaleigh kena bersetuju dengan penubuhan Majlis Presiden untuk memandu beliau cara mentadbir negara. 

Tengku Razaleigh naik berang dan menolak tawaran itu. Mana boleh begitu! Kalau dia naik menjadi Perdana Menteri pentadbiran negara mestilah mengikut cara beliau dan bukanlah beliau akan menjadi seorang Perdana Menteri boneka di mana ada pula seorang malaun yang bergelar Majlis Presiden yang menjadi de facto Perdana Menteri yang akan memandu beliau bagaimana menjalankan tugasnya. 

Kerana itu Dr Mahathir humbankan Tengku Razaleigh dan beralih semula kepada Najib. Selepas Najib menjadi Perdana Menteri Dr Mahathir pun mula memberi arahan apa yang perlu dibuat dan bila Najib tidak lagi sanggup menerima arahan itu dia pula yang mengabaikan orang tua itu dan berhenti bercakap dengannya ataupun berhenti menerima panggilan telefon Mahathir untuk selama enam bulan. 

Kerana itulah pada tahun lalu, Mahathir buat keputusan bahawa Najib harus berundur. Malah, Dr Mahathir telah menyebutnya secara terbuka — betapa Najib telah mengabaikannya dan enggan bercakap dengannya selama enam bulan. 

Tetapi dia memerlukan helah dan alasan untuk menjatuhkan Najib, seperti mana dia memerlukan alasan untuk menggulingkan Abdullah — yang merupakan kontroversi Minyak ditukar dengan Makanan ( Oil-for-Food controversy). Kini Mahathir gunakan isu 1MDB untuk jatuhkan Najib pula. 

Ini bermakna bahawa Muhyiddin tidak terlibat menjadikan Najib seorang Perdana Menteri. Malah, Najib hampir-hampir tidak menjadi perdana menteri kerana dia enggan mengikut arahan menikam Abdullah dari belakang. Mengikut rancangan, Muhyiddin memang sepatutnya menjadi Timbalan Perdana Menteri sahaja. Yang bezanya, timbalan kepada siapa? Najib ataupun Tengku Razaleigh? 

Seandainya anda betul-betul mahu bincang persoalan siapakah yang memungkinkan Najib menjadi Perdana Menteri, eloklah tanya Tengku Razaleigh. Tengku Razaleigh (Ku Li) telah terlepas peluang apabila dia beritahu Mahathir pergi main kot.. dia. Dan Dr Mahathir pun ketepikan Tengku Razaleigh untuk memilih Najib pula.. 

WHEN NAJIB ALMOST DID NOT BECOME PM THE CORRIDORS OF POWER 

http://al-faedah.blogspot.my/2015/10/mitos-kingmaker-muhyiddin.html 

3 comments:

  1. 'MAJLIS PRESIDEN' rupanya yang menjadikan Mahadir ini kecewa sangat. Itulah namanya pundek firaun mamak kutti yang tamak kuasa. Nasib baik Najib setia dan terlepas dari genggaman kutti ini. Aku rasa Najib telah menerima amanah dan tanggung jawab yang amat berat semasa menerima perlantikan dari Pak Lah. Dia diawasi dan akan difitnah apa jua cadangannya untuk membangunkan Negara dan mengembalikan UMNO. Najib telah difitnah lebih terok lagi dari Pak Lah. Semoga Najib tidak luntur imannya. Mohyiddin cuba menangok diair tenang nampaknya. Nasiblah Najib nampak dan melucutkannya. Aku rasa semasa jadi Menteri Pendidikan pun banyak yang belum jelas pencapaiannya. Sekolah masih banyak yang perlu dibangunkan, pembelajaran disekolah tidak mencapai tahap yang diidami dan perkara bahasa masih dipersoalkan. Sekarang Mohyiddin melalak untuk mendapat belas kasihan dan menagih kuasa.

    ReplyDelete
  2. ada2 saja nak menyedapkan cerita ya...boleh dengar semua yg mahathir cakap pada najib dan ku li ya..agak nya pasang spy recorder kat baju mahathir...

    ReplyDelete
  3. Eh takkan bru taw, cai ni ada ilmu halimunan. Tun g jamban pun dia ikut. Maknanya andai time kita kt jamban tu ada plak trdngar bunyi2 pelik. Ha memang cai ni la yg ngah dok spy kita.
    Lg 1 cuba kita teliti jaln crita rekaan cai ni. Mula2 mnuduh kononya tun nk pgunakn tgku rzli supaya njib rasa trancam. Tp tgku razali mgamok plak kt tun sbb majlis presiden. Dan lpas kes mgamok tu secara tb tb je najis jd pm. Konpius plak. Kalau dh tgku razali mgmok, maka xjadila tun utk pgunakan dia. Maka najib pun tak terancam gak laa eaa????? Jd akhr kata, apakebenda punya cerita ni der. Dasar macai. Memang xmalu mengada ada kan fitnah.

    ReplyDelete