Tuesday, October 27, 2015

Peniaga jalanan Sampah, Peniaga Lendir Malaikat.


 

Dalam waktu ekonomi yang tidak menentu ini perniagaan makanan dan gunting rambut adalah perniagaan yang sesuai dijalankan. Malah perniagaan makanan boleh dilakukan selepas waktu kerja bagi mengubah corak hidup dan ekonomi diri.

Namun untuk mendapatkan lesen di kawasan-kawasan tertentu agar sukar disebabkan kerenah birokrasi Pihak Berkuasa Tempatan. Justeru para peniaga terpaksa berdepan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang tidak membenarkan perniagaan dijalankan di kawasan-kawasan yang bukan diwartakan sebagai tempat berniaga yag dilesenkan.

Peniaga-peniaga jalanan ini bukan untung banyak seperti peniaga 'Lendir', peniaga judi, namun peniaga jalanan inilah yang menjadi sasaran Penguatkuasa PBT yang menerima arahan dariphka atasan mereka.

Peniaga jalanan ini dilihat sebagai pencacat pemandangan kerana mengunakan khemah-khemah usang degan meja dan dapur masak atau barangan yang tidak tersusun rapi. Tapi inilah hakikat peniaga jalanan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kais malam makan malam.

Mana mungkin boleh dibandingan peniaga jalanan dengan peniaga "lendir" yang bermodalkan ratusan ribu ringit dengan pekerja yang seksi-seksi dan begitu juga perniagaan judi yang bermain dengan wang ratusan ribu ringgit. 

Itu belum kira lagi soal kedai mamak yang boleh letak kerusi meja atas jalan, kedai motor Cina yang melambakkan stok motornya di halamam kedai dan atas kawasan parker kereta serta peniaga hardware yang meletak barang sesuka hati.

Peniaga jalanan ini macam sampah di mata PBT dan Peniaga Lendir itu Malaikat di mata PBT. Seterusnya



No comments:

Post a Comment