Setelah
pembangkang dan pihak-pihak yang senang dengan PM Najib terkesima
dengan ucapan berapi yang diberikan oleh Perdana Menteri, DS Mohd
Najib Tun Razak di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengecam
pendudukan dan kezaliman Israel, pembangkang tidak ada cara lain
selain dari membuat fitnah ke atas satu gambar kononnya DS Najib
Razak hanya bersandiwara di dalam ucapannya sedangkan beliau mesra
dengan Perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu di luar.
Apa yang
berlaku sebenarnya adalah DS Najib terserempak Netanhayu di pintu
masuk dewan berkenaan. Ini bukan satu pertemuan tetapi terserempak
secara kebetulan. Perkara ini juga telah disahkan oleh Menteri Luar
dan Wakil Duta Amerika Syarikat. Pandai pulak puak-puak pembangkang
baca hanya sekeping gambar? Adakah dalam gambar berkenaan DS Najib
Razak berpelukan dengan PM Israel?
Perdana
Menteri juga terserempak dengan Perdana Menteri Turkey di luar dewan
berkenaan juga. Lihat gambar di bawah.
Allahyarham
Yassir Arafat pernah berjumpa secara berdepan dengan pemimpin Israel.
Adakah beliau bertumbuk dengan mereka?
Perdana Menteri berkata beliau sebenarnya telah bertembung dengan pemimpin itu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas Netanyahu selesai berucap dan giliran beliau pula selepas itu.
"Bukan saya jumpa...terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap," beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai gambar beliau yang dikatakan bertemu dengan Netanyahu yang disebarkan di laman sosial.
[ARTIKEL BERKAITAN: Akhbar puji Najib kerana ‘mesra’ Israel, agama Yahudi]
[ARTIKEL BERKAITAN: The Times of Israel: Malaysian PM calls for ‘new dawn’ in Muslim-Jewish relations]
Beliau berkata demikian pada akhir lawatan kerja ke Itali selama tiga hari mulai Jumaat.
Beliau berkata pada masa itu pemimpin itu sedang menunggu keretanya.
"Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh disahkan oleh Menteri Luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaysia di PBB," katanya.
Najib berkata jika beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel itu tentulah ia dalam keadaan yang lebih formal.
Beliau berkata orang ramai dapat membezakan perkara yang benar dan sebaliknya.
"Apa-apa
boleh menjadi viral. Apabila anda viral, mereka memberi gambaran
salah mengenai kebenaran. Ini adalah bahaya media sosial,"
katanya. Baca juga di SINI
No comments:
Post a Comment