Thursday, November 19, 2015

Teresa Kok Dakwa Kes Pembunuhan Anggota Polis Di Tanduo, Lahat Datu Cerita Lama

Biadap, kurang ajar dan menghina. Itu yang dapat dikatakan apabila Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menyifatkan pertemuan anak Ketua Umum PKR, Nurul Izzah Anwar Ibrahim dengan puteri sulung lanun Tausug, Jamalul Ikram III, Puteri Jacel Kiram sebagai tidak serius dan menyifatkan kejadian pembunuhan anggota dan pegawai PDRM di Tandou, Lahad Datu sebagai cerita lama.

Sungguh mudah golongan cauvinist Cina DAP ini memaafkan lanun-lanun Tausug yang menceroboh dan membunuh perwira-perwira Negara. Jadi tidak hairanlah mereka ini mudah menerima ideologi komunisme kerana mereka ini golongan 'pemaaf' dan menganggap peristiwa hitam yang berlalu sebagai 'cerita lama'

Adakah menjadi satu kebetulan apabila Bernard Then, Rakyat Malaysia yang dipancung ada kena mengena dengan pertemuan Nurul Izzah dan Jacel Tiram? Mungkin ya atau mungkin tidak. Lihat kronologi di bawah:

8/11/2015 - Bernard Then sepatutnya dibebaskan bersama Thien Nyuk Fun.

9/11/2015 - Nurul Izzah ber'selfie' mesra bersama Jacel Kiram. Pada masa yang sama penculik meminta wang tebusan ditambah.

16-17/11/2015 - Bernard Then dipancung!

CTS

No comments:

Post a Comment