KUALA
LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama tiba di Lapangan
Terbang TUDM Subang kira-kira jam 3.16 petang tadi.
Obama
yang tiba dengan menggunakan pesawat Air Force One dijangka berada di
Malaysia selama tiga hari yang dijadualkan menghadiri sesi dialog di
Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) di Universiti Taylor
selain mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Najib Razak serta
menghadiri Sidang kemuncak ASEAN 2015.
Bagi
melicinkan perjalanan Obama beberapa jalan utama telah ditutup yang
menyebabkan kesesakan luarbiasa berlaku apabila Lebihraya
Persekutuan daripada Subang menghala ke Kuala Lumpur ditutup sejak 4
petang tadi.
Lebuhraya
akan ditutup sehingga perjalanan Obama ke Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur ( KLCC) selesai, menurut jurucakap Bilik Gerakan Trafik Kuala
Lumpur.
No comments:
Post a Comment