Friday, November 13, 2015

Serangan Terhadap YPEIM Agenda Jahat Pembangkang Jatuhkan Institusi Islam



Serangan ke atas Yayasan Pembangunan Ekomomi Islam Malaysia (YaPIEM) dirancang oleh mereka yang menjadi alat kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP), untuk memenuhi agenda parti tersebut meruntuhkan institusi-institusi Islam di negara ini.

Seterusnya menurut MYKMU, selepas Kumpulan 25 (G25) yang berfahaman “Islam Liberal” menyerang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) minggu lalu, kini giliran Yapiem menerima serangan tersebut melalui National Oversight and Whistleblowers (NOW) atau dalam bahasa Melayu, Badan Pemantauan dan Penyalur Maklumat Negara.

Serangan ke atas Yapiem mendakwa ia sepatutnya menjadi badan kebajikan untuk umat Islam telah membayar gaji dan elaun berpuluh ribu kepada ahli politik dan keluarga mereka, merupakan satu taktik jahat ala komunis untuk meruntuhkan institusi-institusi agama.

Pertama, perlu kita tahu bahawa Yapeim merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1952 yang berorentasikan ekonomi dan kebajikan. Sejak ditubuhkan pada 13 Oktober 1976, YaPEIM memfokuskan kepada usaha untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan melalui pendekatan membangunkan ekonomi Islam dengan melibatkan diri dalam sektor perniagaan.

Dengan kata lain, Yapiem perlu berniaga dan mewujudkan peluang ekonomi untuk membantu orang Islam lain. Yapiem tidak menutip zakat atau sekadar badan kebajikan berorientasikan sumbangan dan geran. Justeru keputusan pembayaran gaji, elaun, bonus dan perlantikan adalah keputusan berasaskan perniagaan.

Salah satu program pembangunan ekonomi Islam yang paling berjaya ialah program Ar Rahnu YaPEIM yang kini telah dilaksanakan melalui 202 buah cawangan di seluruh negara.

YaPEIM merupakan pelopor dan peneraju dunia dalam memperkenalkan instrumen Ar-Rahnu sejak 1993. Setiap tahun sejak 1993, program Ar-Rahnu terbukti telah menjana keuntungan yang memberansangkan. Tahun ini sahaja, YaPEIM berjaya menjana pendapatan mencecah RM83juta. Keuntungan ini telah meningkat sebanyak RM11juta berbanding RM72juta tahun 2014.
Pada hari ini, Rezab Pendapatan YaPEIM terus bertambah dengan Aset Bersih sebanyak RM138juta pada tahun 2014 dan dijangka bertambah menjadi RM160juta sehingga Disember tahun 2015. Jumlah Aset keseluruhan YaPIEM berjumlah RM1.034 bilion.

Melalui program Ar-Rahnu dan pelbagai sektor perniagaan berkaitan, YaPEIM berjaya menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung kepada bantuan (geran) kerajaan dalam pengurusan dan operasinya.
Malah keuntungan yang dijana melalui aktiviti pembangunan ekonomi, jugalah yang digunakan untuk menjayakan pelbagai program kebajikan YaPEIM seperti Skim Kecemerlangan Pelajar (miskin) Nasional – SANTUN (melibatkan 5,200 orang pelajar miskin dan anak yatim yang cemerlang), Program Sinar Kasih dan Skim Khairat Nasional (dengan kumpulan sasar 200 ribu keluarga yang berdaftar di bawah e-Kasih), Program Pembangunan Komuniti dan Program Pembangunan Keusahawanan (mencecah 120,000 orang pada penghujung tahun 2015).

Orang Islam Cepat Melenting

Umat Islam di negara ini merupakan kumpulan manusia yang cepat melenting dan mudah percaya fitnah biar pun Allah beberapa kali berfirman dalam al-Quran mengingatkan dosa fitnah dan bercakap keburukan orang lain.

Hanya kerana membuat potongan gaji RM 20 sebulan untuk Yapiem mereka beranggapan sudah berhak mengherdik dan memaki pengurusan Yapiem tanpa membuat penyelidikan dahulu.

Tujuan Yapiem mengadakan program sumbangan termasuk melalui Skim Potongan Gaji Bulanan ialah ialah bertujuan memberi peluang kepada masyarakat Islam di negara ini turut membuat kebajikan dan mendapat pahala melalui skim-skim yang diperkenalkan bukannya kerana Yapiem tiada wang.

Hakikatnya, Yapiem sebagai pengusaha pajak gadai Islam terbesar di negara ini merupakan ancaman kepada sistem konvensional dan anda sendiri pasti tahu siapa yang terancam dengan perkembangan ini.
Sungguhpun perlantikan Lembaga Pengarah Yapiem dibuat oleh kerajaan, namun mereka beroperasi seperti organisasi perniagaan dan kebajikan biasa yang membuat keputusan berasaskan perniagaan.

Serangan terbuka ke atas institusi Islam membabitkan tuduhan salah guna wang dan ke arah korupsi bertujuan memalukan isntitusi Islam yang banyak membantu umat Islam ini.

Jika benar mereka percaya ada kesalahan berlaku, buatlah laporan kepada Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukannya membuat sidang akhbar berunsur pertanyaan supaya mereka bebas memburukkan orang tetapi terlepas dari tindakan undang-undang.
Tunggu, anda akan lihat banyak lagi serangan ke atas institusi Islam yang kemungkinan besar dirancang oleh DAP.

Orang Islam hari ini lebih percaya DAP dari perintah Allah dalam al-Quran. Mereka bergaduh soal tuduhan rasuah sampai sanggup merosakkan agama sedangkan Allah sendiri mengingatkan jangan membuat tuduhan tanpa sebarang bukti jelas. -

Mereka seolah-olah sudah tidak percaya bahawa Allah akan menghukum mana-mana pemimpin yang merompak harta rakyat. Umat Islam di negara ini pada hari ini sudah menjadi pendakwa, hakim dan juri sekaligus. Betulkah mereka memahami ajaran Islam?


No comments:

Post a Comment