Ini
betul-betul cari duit ni!!!
Apakah
kerana Pulau Pinang mencatatkan defisit selama lapan tahun
berturut-turut dalam belanjawan atau lebih tepat lagi sepanjang
tempoh Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, maka sesuatu
perlu dilakukan untuk menutup lompang tersebut... iaitu dengan cara
mengumpulkan wang menerusi denda dan cukai yang lebih tinggi?
Lapur
The Saviour, Pulau Pinang bakal mencatatkan denda kepada perokok
tertinggi di dunia apabila Jabatan Kesihatan Negeri
bercadang menguatkuasakan undang-undang larangan merokok di
kawasan seluas 259 hektar merangkumi Tapak Warisan Dunia UNESCO
George Town.
Perokok
yang ditangkap boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau didenda
sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.
Denda
untuk kereta yang ditarik kerana kesalahan meletak kenderaan juga
nampaknya telah dinaikkan walaupun tidak diumumkan, sepertimana
yang didedahkan oleh rakyat Pulau Pinang menerusi media sosial.
Tetapi pada masa yang sama, tiada sebarang tindakan ke atas
kenderaan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang yang diletakkan di
merata-rata tempat larangan.
Pulau
Pinang telah mendapat peruntukan besar daripada Kerajaan
Persekutuan, termasuklah pembiayaan sepenuhnya untuk menaikkan taraf
Empangan Mengkuang berjumlah lebih RM1 bilion. Walaupun menerima
banyak peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang
seringkali dilabelkan oleh DAP sebagai kerajaan zalim dan tidak
bertimbang rasa, namun peruntukan-peruntukan tersebut tidak pernah
disebut oleh Lim Guan Eng dan DAP. Bahkan dibayangkan dan
diberitahu pula kononnya Pulau Pinang dipinggirkan oleh Kerajaan
Persekutuan.
Sebelum
ini Lim Guan Eng mengumumkan yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang
memohon bantuan sebanyak RM805 juta untuk perparitan dan saliran.
Di
sebalik mendabik dada kononnya pentadbiran Lim Guan
Eng adalah yang paling bersih, telus, dan jauh daripada korupsi
dan salahguna kuasa, beberapa persoalan juga timbul berhubung
'harga mahal dan tidak masuk akal' yang dibayar oleh Kerajaan Negeri
Pulau Pinang kepada banyak projek termasuklah feasibility study
dan projek cat jalan untuk lorong basikal.
Menariknya,
tiada sesiapa yang kelihatan berminat dengan 'kemurahan hati' Lim
Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang membuat bayaran yang sangat
besar untuk hasil yang tidak seberapa tetapi lebih berminat
mengorek pelbagai cerita yang mereka sendiri tiada bukti untuk
ditonjolkan!!!
No comments:
Post a Comment